Sunday, November 4, 2012

benci prank

salam~

tadi saya baca balik post lama2 yang mengarut tu. haha~pastu terbaca post pasal orientasi masa first year hari tu. yang mana masa tu kena prank dan secara jujurnya, itulah pertama kali saya jadi takut dengan prank.

kau tak takut ke sebelum ni?

takutlah jugak. tapi takut sekadar tutup mata camtu je la. belum sampai tahap nangis2 jerit2 bagai ke apa. selalu je orang bagi game tic-tac-toe la, link dekat chat la tapi serius, tak sekronik apa yang jadi masa orientasi tu.

tapi sejak tu, saya jadi penakut. menyampah betul sebab senang2 je saya hilang keberanian yang saya dah bina sejak sekian lama tu. ingat senang ke nak bina benda2 mental cognitive bagai ni? 

tambah takut bila kena prank lagi hari tu. ni yang rasa macam nak saman je budak sekor yang menghantar benda tu. teruk betul. 

malam yang pekat gelap itu, saya masih belum tidur. baru pukul 12 camtu n normal la student camni menjalani hidup macam kelawar. berjaga sampai pukul 4-5 pagi pastu tidur balik sebelum bangun semula solat Subuh. nasib baik masa ni ada sorang lagi roomate yang belum tidur. kalau tak sape la yang nak jadi penyelamat saya malam tu.

masa tu tengah siapkan kerja organisasi unit. sambil2 tu jenguk Facebook nak bagi hilang mengantuk. tetiba ada sebentuk makhluk Allah ni tegur kat chat. takde salam ke apa, dia bagi satu link. disebabkan saya ni lurus, baik dan mudah percaya kat orang tanpa sebarang prasangka, maka saya pun tekan link tu yang membawa kepada terbukanya tab baru. disebabkan jugak internet slow, jadi saya sambung kerja2 tadi sementara dia loading.

kerja dah 90% siap. pastu teringat link tadi. bukak balik tab tu. bila tekan je, ko tau dia keluar apa?

gambar pocong!!! 

makkkk!!! bergema jeritan saya malam tu. gila2 punya jerit sebab gambar tu besar!!! mata dia bulat lak tu!! ! tengoklah betapa semangatnya saya bercerita sampai semua nak kena ada tanda seru. terus lari kat katil kawan yang tengah tidur. malang sungguh bila dia terkejut jugak tapi pastu dia tidur balik. nasib baik roomate yang tak tidur lagi tu terkejut gak dan terus tanya kenapa. dan dia jugak la yang kena paksa dengan saya untuk pangkah tab berhantu tu. kuang ajo betul siapa yang menghantar tu. habis saya terlanggar laptop kawan yang baik hati dah tolong tutupkan tab tu. 

dan pagi esoknya,

" kakpah, ko bukak tak facebook semalam?"

JELING. dalam hati dah prepare skrip dah nak bebel kat diorang yang memang disyaki menjadi dalang semua ni. diorang lak time tu dah sibuk berhujah membela diri. yang tak menahan dalang sebenar tu siap cakap lagi,

" aku tengok je gambar tu terus aku terjun glenview sebab takut sangat,"

" oh yeah? habis kalau kau terjun siapa yang prank aku malam tadi?" saya balas balik. nak membongak pun biar la bertempat. 

kalau ikut hati memang saya nak drill je tangan yang gatal2 hantar link tu. sakit hati!!

lepas ni jangan mengada nak hantar benda bukan2 kat saya. tak kira la nak main2 ke, bukan setakat unfriend, saya block je terus manusia yang menggendut hantar benda2 camtu.

oklah. minggu ni exam mid-sem. doakan kitorang ea =D

0 respons terhadap bicara saya: