Saturday, October 27, 2012

4 sebab kenapa saya xleh kurus?!

salam~

sambil2 menunggu budak2 ni hilang mamai untuk bangun dan bersarapan, mehlah nak cerita sikit.

akhiran ini, sukati je pakai perkataan ni yang entah wujud entah tidak kan. sejak kebelakangan ni, dah mula orang sekeliling saya cakap saya gem. bukan straight to the point tapi ada lapis2 jugakla macam, "kau ni dah berisi sikit, sikit la tapi isi tu tetap ada" atau "kau dah besar" dan bila tengok kat cermin, patut la dulu tempat yang saya biasa pin tudung dah macam beralih sikit. i mean, saya perlukan ruang yang lebih luas untuk menampung saiz pipi yang tak lama lagi mesti orang cubit je kalau buat perangai tak senonoh.

actually, saya sangat sensitif dengan perkataan 'besar', 'bulat' atau 'berisi' apabila mereka digabungkan dengan perkataan 'makin'. tapi takdelah sensitif sampai tak makan atau jadi anorexia, bulimia, meh kita buli dia biar dia jadi kurus sket. takdelah sampai camtu. tapi, mesti tetiba rasa macam, mesti banyak sangat bertambah sampai orang noticed. kalau nak diikutkan, BMI saya masih dalam tahap normal tapi sangatlah dekat nak masuk ke tahap lebih berat badan. memanglah saya tinggi (170 cm) dan kalau berat tu nampaklah berisi sikit,kan tapi takkanlah nak bagi sampai dah masuk betul2 part lebih berat badan tu baru nak mengah2 turunkan balik kot?

so, banyaklah jugak yang saya dah cuba buat (cuba je baru, xistiqamah sebab tu maintain macam belon) tapi belum menjadi. selalunya plan nak kurus ni menjadi kalau kat hostel + kampus je sebab sendiri control pemakanan tapi bila balik rumah, hancuss. sebab tu la saya listkan kat sini kenapa saya takleh kurus.

1) hidangan ditemani air manis2 yang amat.
- kalau kat rumah, tahap gulanya masih boleh dikawal sebab famili saya bukan jenis yang nak makan kena ada air sirap ais dalam gelas tinggi bagai tu. tapi once kau dah balik kampung, say goodbye la pada diet seimbang sebab kau akan jumpa air manis kat kampung dah macam air kosong. pastu bukan manis2 biasa, manis sangat!! setiap kali makan, ok? mahunya tak naik gula dalam badan. pastu kat kampung bukannya buat kerja apa sangat, melainkan yang basic saje. jadi, tak semua gula tu diconvert jadi energy dan akhirnya mereka bertukar jadi lemak yang kini dah dapat taraf pemastautin tetap kat badan saya ni.

2) makan merupakan aktiviti wajib keluarga.
- kalau ikutkan, memang semua orang wajib makan kot. masalahnya keluarga saya ni kerjanya makan je sampaikan nak makan pun kena marah pasal ada yang malas nak makan. pastu, tambah lagi. pastu kenyang. pastu kena panggil makan lagi. pastu kenyang pastu takde kerja yang boleh dibuat pastu tidur. the same routine and finally, jadilah koko krunch!!

3) jarang exercise.
- balik petang2 selalu katil tu nampak cam best je. konon2 nak lepak kejap en sambil belek2 benda yang dibeli kat giant tadi tapi pastu, ambik phone, set alarm. dekat2 pukul 7 baru makan. malam takkan nak keluar gi gym pulak karang kau dah penat, langsung terus tidur. pastu kerja banyak lak tu. naik tangga paling2 mudah pun malas nak buat. asyik rasa penat je. tengok budak lelaki stamina tinggi lepak je naik tangga n agaknya sebab tu diorang tak tidur dalam lecture kot. badan cergas, minda cerdas. yeah!! 

4) mak masak sangat sedap!!
- mak saya masak sangat sedap. pastu memang wajibla yang sedap2 tu mestilah masakan Melayu yang kaya dengan jutaan kalori tu. sekali ngap memang akan ngap lagi banyak kali. eh, tetiba kau nak salahkan mak pulak ea? haha~~memandangkan di masa hadapan nanti saya bakal tinggal jauh dari mak dan diri sendiri pun tak reti masak, maka chance untuk kurus adalah tinggi. muahaha~

kesimpulannya, nak kurus weh. bukan nak kurus cekeding tu nanti sekali angin tiup terbang kesian je. nak turunkan berat bagi jadi ideal je. dan jugak nak sihat sebab kadang2 saya punya tekanan darah turun. harap2 dengan sebab nak jaga tekanan darah, maka saya dapat jaga pemakanan saya sekali. okdah.

sekian mekasih.

0 respons terhadap bicara saya: