Sunday, October 21, 2012

apsal saya amik dental?

salam~

sebelum itu saya ingin merafakkan setinggi-tinggi yang amat kesyukuran kepada Allah kerana telah menyelamatkan rm15 saya daripada burn begitu sahaja disebabkan oleh access card saya yang meroyan sejak bukak sem tempoh bulan. juga kesyukuran yang teramat kerana hari ni masa kuliah Pathology saya tak mengantuk, tersengguk mahupun berangan nak masak apa untuk suami balik rumah lepas kerja yang akan berlaku beberapa tahun lagi. yeah, alhamdulillah~

jadi, mari kita lurus kepada titik. sejak kecik lagi, saya tak pernah rasa impressed kat doktor2 dan berangan nak join mereka kerja di hospital satu hari nanti. sebab masa tu saya sangat teringin nak jadi peguam. rasa macam bestnya!! kalau dapat jadi peguam.

tapi bila masuk sekolah menengah (selepas PMR), mak ayah mula berharap ada seorang anak mereka yang jadi doktor. tapi masa tu saya tak minat langsung dan hanya membayangkan nak jadi peguam je. then, my sister further her study in law kat UM, so menyebabkan saya rasa, dah ada sorang jadi peguam, takkan semua nak ambik bidang sama, kan? masa ni la saya rasa boleh je kalau nak terjun ke bidang sains, tapi please, tak nak doktor.

pastu naik form 5, rasa minat sikit nak jadi pharmacist. oklah tu kan dapat tolong orang jugak. but still, my parent persuaded me to choose medic as my first choice. benda dah orang tak nak, kan. haruslah dalam diri timbul jugak rasa memberontak bagai. lagi2 masa ni saya minat Fizik more than Biology. sebab tu masa result SPM keluar, sedih yang amat ye bila Fizik dapat B+. tapi alhamdulillah overall ok =)

disebabkan saya amatlah tak mahu jadi doktor, parent saya pujuk saya untuk jadi dentist. sebab pada mereka, dentist tak sesibuk doktor yang ada on-call bagai2 tu. saya nak cakap pun saya bukannya kerja lagi jadi tak tahulah. ayah cakap, at least saya ada masa untuk family sebab saya ni perempuan. hah, jangan kata yang korang baru tau saya ni perempuan. muehehe~

makanya, saya pun isilah borang UPU tu dengan choice first Tamhidi Pergigian USIM. tapi tak dapat, dapat Tamhidi Sains dan Teknologi. anyway, pergi je sebab offer ke matrik Johor yang dapat dulu tu dah ditolak sesiap. ade gak mohon MAIWP tapi sebab tak gi interview maka tak dapat. sekian.

tapi sape sangka, takdir  Allah memang cantik, cun, cute, hensem dan jelita bila Dia tetapkan saya dapat tukar course kepada Tamhidi Pergigian sehari lepas masuk USIM. disebabkan teringat kat mak ayah yang sangat berharap saya dapat jadi doktor, maka saya cakap kat diri sendiri, apa salahnya kalau saya cuba. in case kalau tak dapat sambung dental jugak degree nanti, it's okay. so, saya pun tukar kepada dental.

secara mudahnya, lepas dah masuk tamhidi dental pun saya still tak rasa nak jadi doktor gigi lagi. sampailah sekarang, alhamdulillah saya dah masuk tahun 2 BDS ni, saya rasa memang Allah tak saja2 letak saya kat bidang ni, Dia mudahkan jalan saya untuk masuk ke bidang ni bukan tanpa sebarang sebab yang kukuh melainkan kalau bukan memang bidang ni untuk saya. lagipun, saya tahu kalau saya betul2 nak ambik farmasi n jadi pharmacist nanti, mungkin saya tak dapat cure orang secara direct. walaupun skill buat cavity preparation saya masih di tahap boleh buat orang guling2 bila tengok, at least saya dah cuba dan saya akan improve di masa akan datang, insya Allah.

eh, tetiba rasa macam lari dari tajuk lak. anyway, apa2 pun bidang kita ambik, semuanya menyumbang kepada kemajuan ummah =D tak gitu? so, selamat berusaha ye kawan2 =D 

sekian mekasih.


1 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

eeh...bru tahu awk ni pmpuan la....lallaalalla~~~