salam~
agak2 apa yang boleh dibaca dari gambar di bawah?
kalau takat granulomatus inflammation tu memang la semua nampak =P hehe~FYI, nilah keadaannya setiap kali saya dalam lecture Pathology.
lectue Pathology selalu kurang bernasib baik sebab kena petang2. sebenarnya buat bila2 pun boleh sebab kalau dah mengantuk tu memang mengantuk jugak. yang peliknya, selalu sangat lak tu saya mengantuk. orang lain saya tengok relaks je dengar lecture tapi saya?
mari kita flashback semula dengan situasi yang baru berlaku tadi.
2.30 petang, waktu dalam bilik tutorial Andalus.
"Nisa', nak mentos."
"Nah."
"Mekaseh!!" semangat lak en cakap terima kasih.
pastu lecturer pun masuk dan kuliah bermula.
segar.
dan segar lagi.
dan masih segar.
jeling jam, eh? baru nak pukul 3 ke?
telan air liur. mentos dalam mulut dah habis. mata dah start terkelip-kelip tahan mengantuk.
tangan laju2 salin nota padahal apa yang disalin tu sama je dengan apa yang dah ada kat slide nota yang diprint. takpelah.
menguap sikit. cepat2 tutup dengan tangan sebab nanti orang belakang nampak, malu. hehehe~
tetiba rasa kepala senget ke tangan kiri yang tadinya tongkat dagu. pastu tetiba rasa segar.
HEI! BILA MASA AKU TIDUR NI??
mak!!malunya..malunya...huhuhu~terus segar akhirnya sampailah lecture tamat jam 3.45 petang. nasib baik tak kena tegur dengan lecturer tau.
oh my Pathology!
p/s: setakat ni saya mengantuk yang amat dan melampau masa patho je. alhamdulillah. yang lain semua ok sebab saya amat suka Pharmacology dan DMDT. hehe~semoga cemerlang =)
1 respons terhadap bicara saya:
microbes???
Post a Comment