salam~
hari ni rutin masih seperti biasa. kunci jam awal2 tapi bangun mesti masa tu bateri phone pun dah nak kong. ambil tuala, masuk bilik air, keluar balik, solat, siap2, ratakan toner kat muka, spray sikit minyak wangi, kalungkan kad matrik ke leher, pin tudung, ambik beg, sarung stokin, kunci pintu, naik lif, naik bas, siap. sudah ready pergi kampus =D
- terkejut masa doktor masuk. pastu blurr sikit sebab macam lain je doktor ni. oh, memang lain pun. doktor ni silap masuk kelas. dia nak masuk kelas 3rd year sebenarnya. lepas dia keluar terus suasana jadi macam pasar besar seremban. saya senyum je. betul, tak tipu. budak lelaki kat belakang terus cakap "hah, mengumpat la tu," it's not mengumpat ok. it's just we all budak2 perempuan ni suka mengulas situasi yang ada. macam buat ulasan novel untuk TITAS jugak. pastu baru la doktor sebenar masuk. beliau terus membahagiakan membahagikan kami kepada 5 group untuk buat presentation. oh yeah, i dapat group baru. bukan apa, berkembang sikit bila group dengan orang lain2 ni. even kata dah lama sekelas ke apa, tapi saya tak tahu seseorang tu melainkan lepas dah pernah berkerjasama.
2) subjek bahasa Arab untuk pelajar Sains (memang camni la nama dia. sila percaya)
- takde benda nak cerita. hehe~
3) subjek Pathology bersama Dr. Mohit
- baru first time masuk kelas beliau sebab kelas pertama sebelum ni saya balik awal. pasal nak pergi kenduri sepupu. beliau best bila mengajar tapi yang sadisnya, saya tetap mengantuk. kuheran betul dengan diri sendiri. memang tahan je la kan sebab satu lagi budak lelaki kat belakang n diorang ni gaya segar bugar je. minum apa entah tengahari tadi saya pun tak tahu. kopi jantan kot. ah, kalau saya ni bagi kacip fatimah ke, misai kucing ke, lidah buaya ke kalau dah setan kacau tu memang tidur jugak. diorang bukannya takut dengan segala macam jenis sumber kafein yang mampu meningkatkan kadar degupan jantung tu. degupan jantung kita yang jadi laju ada la pasal risau bila tersengguk pastu takut orang nampak. haha~namun begitu, terima kasih atas kopiko yang adila bagi, hilang jugak mengantukku di jam yang kedua sambil dengar budak lelaki mengarut kat belakang.
pastu habis kelas. pastu solat Asar, beli makanan, bayar bil p1 wimax. sadis sungguh bila dengan muka toyanya saya bayar bil dengan rm6 dalam bentuk duit syiling. haha~
*ini entri yang dari hari tu lagi nak dipost tapi sebab internet bermasalah maka tertangguh. hari ni baru dapat publish.
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment