Saturday, October 6, 2012

gigi yg menjadi rebutan

salam~

suasana aman dalam kelas tutorial Andalus hingar bingar dengan tawaran hebat lagi lumayan. bukan promosi jualan t-shirt Ukhti oleh Jah mahupun t-shirt 'i am future dentist muslim' oleh Reng ataupun kek lapis apollo yang dijual kat belakang kelas. tetapi lebih dahsyat dari itu.

benda tu bukanlah berharga bagi 99.5% rakyat Malaysia yang lain. tetapi kami yakin, dalam baki 0.5% tu, mereka semua senasib dengan kami. 

senasib dengan kami sekiranya mereka juga mengambil jurusan pergigian macam kami. yeah, kerana kami pelajar pergigian dan bakal menjadi doktor gigi, maka kami (? tetiba rasa pelik lantas saya menukar kepada kata ganti nama kitorang) kitorang kena kumpul gigi-gigi yang masih cantik yang telah dicabut yang hanya dipandang tanpa sebarang mata oleh masyarakat luar. banyaknya yang kau, yang.

so, setelah setahun berusaha, dapatlah sebanyak yang mampu. saya bersyukur sebab banyak jugak dapat gigi (hasil rondaan ke sekitar Sg. Besi dan Bandar Tasik Selatan) dan dapat jugak berkongsi dengan kawan2 lain. inipun ada yang tak habis kutip lagi dan harap2 dapat kutip dari klinik yang last petang ni nanti. selain daripada nak lengkapkan gigi sendiri dan buat simpanan di masa hadapan (yang carious teeth), saya jugak nak bayar hutang orang belakang. haha =P

makanya, apa yang kitorang buat dengan gigi yang dikumpulkan tu? kitorang kena susun gigi2 tu dalam satu bekas berbentuk jaw manusia bernama Frasaco dan lekatkan mereka pada wax. lepastu, kena isi plaster of Paris (POP) dalam ruangan yang berbaki supaya gigi2 tadi akan berdiri tegak seia sekata tanpa bergerak2 dan gigi2 ni akan digunakan untuk praktikal menampal gigi nanti.
dr. 'afifah sedang tekun yang amat berlakon susun gigi  sbb  kwnnye dr. husna sdg amik gambar
dr. 'afifah n dr. hajar =)
apsal tudung tu pelik sangat? haha~itu gambar masa nak buang POP yang dah tak dipakai. oh ya, hasilnya adalah seperti berikut:

sebelah kanan gigi bawah, sebelah kiri gigi atas~
sebut 'keju' =D
demikianlah hasil tungkus lumus kami dalam seminggu ni. minggu depan nak siapkan yang lagi satu.

saya sedang berusaha menyesuaikan diri dengan suasana tahun 2. serius, walaupun dah masuk minggu ke 5, saya masih rasa macam tak dapat nak adapt dengan life tahun 2 yang kelasnya penuh dari 8-5 dan adakala sampai pukul 6, ditambah dengan letih main bola tampar petang2 (i participate sufa for the second time) lagi2 kalau hari tu ada lab optech, memang katil tu tempat paling best la. masa tu kalau boleh nak doa je bangun2 tidur baju dah ada orang gosokkan, kain dah ada orang lipatkan, buku untuk kelas esok dah ada orang kemaskan, laptop ada orang shutdownkan dan chat kat facebook yang orang tegur ada orang balaskan. eh?

harapnya saya dan kawan2 diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam tahun kedua ni dan berjaya menempuhi tahun2 akan datang dengan kekuatan bersumberkanNya. amin.

bak kata Kelly Clarkson: what doesn't kill you makes you stronger =)


2 respons terhadap bicara saya:

Unknown said... [balas komen ini~]

assalamualaikum, boleh saya tanya akk ada gigi lebih utk saya kumpul or anything yg akk boleh cadangkan utk saya hantar balang gigi ke klinik mana2. I hope that you could help me out as I am a dental student too.

Unknown said... [balas komen ini~]

ASSALAMUALAIKUM, BOLEH SAYA TANYA AKK ADE KUMPUL GIGI LEBIH KE? OR ANY CONTACTS YG ADE GIGI LEBIH UTK SAYA KUMPUL SEBAB SAYA JUGA DENTAL STUDENT.OR ANY KLINIK YG BOLEH MEMBANTU SAYA KUMPUL GIGI KE? SAYA HARAP AKK BOLEH MEMBANTU SAYA :)