Assalamu'alaikum =)
hari ni hari Isnin. kalau dulu masa baru masuk tahun 2, semester ni maksudnya, hari Isnin macam menakutkan bagi sesetengah orang, contohnya saya. sebab hari Isnin jadualnya bermula dengan Operative Technique selama 5 jam.
tapi sekarang dah biasa. dah boleh terima yang setiap Isnin akan jadi kurus kering sampai sakit kepala pasal tak sempat makan breakfast sebelum lecture+praktikal dan tengahari makannya menggunung tinggi. nak lagi kenyang tambah Horlick ais sebungkus. perghh..eh, alhamdulillah..
macam ada satu minggu tu, kitorang baru belajar pasal endodontic iaitu root canal treatment (rawatan untuk cuci akar, lebih kurang camtulah). mula-mula blur dan mengantuk (bese la, monday blues) waktu dengar lecture. pastu bila start praktikal, kelam kabut cari gigi la, tanya senior sana sini dan alhamdulillah ada yang bernasib baik. pastu belajar macam mana nak ambik x-ray gigi yang sebatang tu. pastu belajar macam mana nak tembus masuk ke akar gigi tu. oh, sangat menduga kesabaran dan ketabahan. disebabkan hari tu sangat kelam kabut ke sana ke mari, makan tengahari pun sempat luak separuh je. pastu jadi sejuk akibat tersimpan kat belakang lecture hall sambil kelas Pathology.
disebabkan Optech ni jugak, topik perbualan kitorang masa lunch lepas Optech mesti berkisarkan benda yang baru dibuat tadi jugak. antaranya ialah,
" weh, kau dah siap ke amalgam kau?"
" belum. aku tak reti carve. dah buang dua kali dah. kau?"
" aku dah. tu pun tadi aku assess dengan dr. (namaterpaksadirahsiakan). dia komen gak tapi dia sign je."
ataupun
" weh, aku kena redo lagilah cavity preparation aku."
" rileklah. kitorang siap bertanding lagi siapa paling banyak kena redo." hahaha...saya la tu.
" ye? kau buat berapa kali redo dah?"
" tadi yang keempat. tapi nampak gaya ukur ngan perio probe tu dah excess sampai 2mm. nampak gaya gigi kelima la nanti."
dan topik famous kami masa lunch sekarang,
" kakpah, kau dah buat x-ray?"
" dah. tapi aku rasa tak berapa nampak la. tapi hari tu aku tanya doktor dia tak suruh pun aku buat apa2. di suruh aku ' bring the source of the x-ray nearer to the film'." confuse gak kena mount balik ke tak sebenarnya sebab root canal aku pun nampak satu je."
" aku punya kena mount baliklah."
" xpelah. aku (orang lain) pun tak buat lagi."
" nanti kita pergi sama ea"
untuk semester ni, inilah yang kami belajar. kami belajar menampal gigi dan buat rawatan RCT ni. penat toksah cakap. buat satu gigi je pun dah letih, inikan nak menghadap patient yang boleh mencapai puluhan orang satu hari dah bekerja nanti. sebab tu di malam hari, kami kini kebanyakannya mengamalkan konsep kelawar. tidur pas Maghrib or Isyak dan berjaga semula dalam pukul 2-3 pagi camtu siapkan kerja yang tertangguh.
tapi, di sebalik semua tu rasa seronok tetap ada dan akan sentiasa ada. seronok sebab dapat belajar buat treatment (oh, tahun depan nak menghadap pesakit betul dah) dan seronok bila saling support menyupport satu sama lain. dalam kelas yang memerlukan skill yang tinggi macam ni, bukan semua orang buat kerja sering sejalan. ada yang advanced, ada yang lag. tapi, semua orang dari satu asas yang sama iaitu semua orang tak pernah buat benda tu sebelum ni. jadi, tak mustahil la ianya ambil masa untuk betul2 mahir dengan segala macam skill merawat dalam mulut orang tu.
anyway, tak sangka sem 1 dah nak habis. terasa lak nak habis sebab ramai yang dah start cuti. kitorang lmbat lagi. exam hujung Januari tahun depan. pray the best for us =)
2 respons terhadap bicara saya:
DEAR 'afifah,
bittaufiq wannajah! ^^
@fAraH_K
thanks =)
all da best to you too~
Post a Comment