Saturday, December 8, 2012

kedatangan ahli baru: Gary =)

Assalamu'alaikum~

persoalan yang timbul sewaktu melihat tajuk post ini di dashboard blogger anda, siapakah Gary?

dia ialah teman baru saya. oh, tiada sebarang halangan yang boleh memisahkan kami.

dengan ini, sukacita saya ingin memperkenalkan kepada anda Gary!!

memperkenalkan. dari kiri: cacak, dayongi dan gary

ya, Gary ialah sekuntum kaktus. kaktus sekuntum ke? ke sebentuk mahupun setangkai? yang penting bukan secangkir.


saya tak pernah ada sebarang pokok sebelum ni. maksud saya, saya tak pernah jaga apa2 pokok sebelum ni. ditambah lagi dengan kawasan rumah saya yang duduk atas rumah orang, ketiadaan ruang yang sesuai untuk menanam pokok, maka saya tak pernah didedahkan dengan cara-cara menjaga pokok dan sebagainya. yang saya tahu dari kecik hanyalah cara2 yang pelbagai untuk menjahanamkan pokok bunga yang ditanam oleh nenek saya. haha~

kaktus ni adik saya beli masa dia pergi Cameron Highland tempoh hari. best sangat kot dapat pergi Cameron Highland sebab dulu kampung saya kat situ dan ayah saya memang membesar kat situ. cuma sekarang dah pindah Beranang maka kampung kat Cameron Highland macam dilupakan dan tak diketahui oleh generasi sekarang. adik saya beli sebab kakak saya suruh. kakak saya punya yang bulat tengah2 tu, Dayongi. Cacak tu adik yang bawah saya punya dan Gary saya punya. 

kenapakah Gary? sebab saya minat sangat dengan Gary Leessang yang jadi MC untuk Running Man tu =D weeee~haha..lepastu sebab tak tahu jugak nak bagi nama apa.

mak saya cakap dia pernah bela kaktus ni dulu2. sampai besar panjang jugaklah. dia kata jaga kaktus ni senang sebab tak payah nak kena siram setiap hari. kalau nak siram pun renjis2 je. pastu kalau dah besar nanti pindahkan dia ke pasu yang lebih besar. oh, kalau camtu kena pergi nursery la untuk dapatkan pengetahuan lebih lanjut pasal penjagaan kaktus ni. 

saya excited sekarang sebab nanti nak bawak Gary balik GV. pastu nak bagi dia duduk sebelah modem wifi tu, biar dia dapat matahari. balik kampus nak spray2 sikit dengan air pastu kalau tension ke apa nak borak2 dengan dia. saya harap saya dapat jaga dia baik2.

saya teringin jugak nak jaga binatang. macam hamster ke sebab comel dan kecik. masalahnya saya ni jenis penggeli bila kena kaki binatang yang gerak2 tu (memanglah, hanya binatang yang mati je yang kakinya tak bergerak). maka terpaksalah lupakan hasrat tu.

so, sesiapa yang ada tips2 menjaga kaktus, sila bagitahu saya =) moh le share2. 

rasanya kalau dah ada rumah sendiri nanti baru boleh buat aktiviti berkebun ni kot.

anyway, selamat datang Gary =D

2 respons terhadap bicara saya: