Sunday, December 23, 2012

sejarah itu tidaklah membosankan sebaliknya amat kool!!

Assalamu'alaikum =)

dulukan masa kelas BI pertama kat Tamhidi, masa sesi berkenalan ada beberapa soalan. antaranya ialah subjek kesukaan. saya ingatkan subjek tu apa2 je including yang belajar masa kat sekolah dulu. jadi jawapan saya ialah subjek Sejarah.

dan saya kena gelak lepastu. muahaha~

cis. semuanya gara-gara salah faham. tapi tak kisahlah semua tu. yang penting, saya suka sejarah sebenarnya walaupun kebanyakan fakta tu tak semuanya saya ingat. 

seronok sebenarnya bila kita dapat tahu sejarah sesuatu, especially sejarah negara kita, sejarah Islam, lagi-lagi sejarah perkenalan mak ayah kita yang jumpa kat sekolah dulu dan berakhir di jinjang pelamin. pokok pangkalnya, sejarah bagi kita panduan untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama dan macam mana nak hadapi hari-hari akan datang.

memandangkan saya suka sejarah walaupun mengantuk jugak kadang tu, saya jadi pelik bila orang kata sejarah ni bosan. maybe sebab benda ni subjektif so ikut masing-masing la kan nak minat sejarah atau tak. 

TAPI!!

ada satu sejarah yang semua umat Islam kena tahu. iaitu sejarah kita. sejarah kita dolu-dolu yang sangat membanggakan tu. betul, sangat bangga dan ohh...rasa macam nak duduk kat zaman kegemilangan Islam tu dulu jugak. zaman di mana Islam menguasai 2/3 dunia dengan Khalifah yang memerintah serta kehidupan yang penuh penghayatan terhadap Islam masa tu.

seperti yang semua orang sedia maklum, sejarah ni cerita orang zaman dulu. meaning, kalau kita minat baca cerita novel, cerpen bagai tu, kenapa tidak sejarah? mungkin kita rasa boring belajar sejarah dulu sebab tuntutan exam yang kena hafal beribu fakta untuk dapat markah bagus masa SPM. as a result, kita menghafal dengan terpaksa dan kita pun rasa boring.

kepada budak2 form 4, sila wujudkan kesedaran semasa belajar sejarah Tamadun Islam. saya sangat suka bila dengar cerita tentang zaman itu walaupun ianya sad ending bila sistem Khilafah diruntuhkan. kalau saya cerita kat sini, belum tentu cukup walau buat 9 siri sekalipun. selain daripada dalam buku teks yang hanya bagitahu surface saja tu, saya cadangkan anda baca novel2 sejarah karya A.Latip Talib. novel sejarah Islam beliau sangat menarik dan saya harap ada orang sudi bagi saya satu set buku2 tu. muehehe~~sebagai hantaran pun takpe...

anyway, sejarah Islam ialah sejarah yang patut diketahui oleh semua umat Islam dan sejarah itu tidak bosan. pening mungkin ya, tapi hendak seribu juta daya tak hendak seribu dalih, kan? 

semoga kita dapat ambik pengajaran dari sejarah kita =)



p/s: baru balik ISK. sangat seronok kalau dapat involve semua umat Islam dalam program camni =D


0 respons terhadap bicara saya: