Assalamu'alaikum =)
tajuk tak menarik minat pembaca langsungkan? hahaha~aku cuma nak kongsi je sebab aku rasa tak semua orang faham pasal benda ni.
so, apa bendanya?
ni ialah gambar planner klinik aku. aku rasa ramai je antara kita yang ada planner kan? tapi pernah tak go through planner tu dan tengok apa isi dia selain tarikh2 penting yang kita isi tu?
aku suka beli diari. klasik sangat tau. dulu aku pelik kenapa kat muka depan part personal data tu bukan setakat nombor telefon aku benda2 common yang ada tapi nombor dentist dengan doktor pun ada. so ruangan tu selalu kosong sebab aku takde personal physician and dentist. tengoklah sampai sekarang pun ruang tu kosong. aku janji beli planner baru nanti aku isi. haha~
balik kepada kehairanan aku. setelah belajar dentistry, maka aku faham kenapa ruangan tersebut ada dan perlu diisi. baik isi la ye. sebabnya rekod macam ni sangat membantu kita waktu dalam kesusahan. selain daripada mudah dipulangkan kepada kita kalau tetiba planner ni tercicir kat mana-mana, ianya juga bertindak sebagai penyelamat hidup kita.
aku terfikir ni masa pensyarah Paediatric Dentistry aku cerita pasal MH 17. Dr cakap dalam kes macam ni di mana mangsa semua susah untuk dikenalpasti disebabkan oleh kemalangan tu, antara benda yang membantu dalam mengenalpasti mayat ialah dentition kita. tau tak gigi kita ni unik sangat tau. walaupun satu badan dah terbakar sampai muka dah tak boleh kenal, tapi dengan gigi kita ni kita boleh tau banyak benda.
benda yang paling senang nak tau ialah umur kita. aku terbaca kat buku OPOM aku dia cakap kalau nak tau bangsa dengan jantina pun boleh tau. hebat tak hebat Allah cipta gigi kita ni. tapi untuk bab jantina dengan bangsa tu seseorang pengamal tu kena dilatih bertahun jugak la. selain tu, dengan dentition kita ni kita boleh kena siapa orang tu kalau yang tinggal hanyalah gigi.
kalau korang ingat lagi masa sekolah dulukan ada kad hijau yang kena bawak setiap kali nurse dental datang sekolah buat check up. setiap kali datang mesti dia akan update charting iaitu keadaan semasa gigi korang. berlubang ke dah cabut ke pakai gigi palsu ke pakai crown ke. benda2 macam ni la yang membantu sebenarnya. bermakna kalau korang seorang yang rajin datang dental check up korang punya data pergigian akan ada dengan dentist. so, kalaulah jadi benda di luar jangkaan ( na'uzubillah mintak jauh) data ni sangat2 membantu.
akhir sekali, kaitan dengan planner tadi? haha~ kalau korang tulis nama dan nombor telefon dentist korang maka senanglah kerja. kalau dalam kes macam aku sebut tadilah. sekali lagi aku mintak jauh tau. aku tidaklah mendoakan tapi benda ni bukan berguna waktu camni je. berguna jugak untuk benda lain. contohnya kat planner tu jugak ada suruh tulis nombor doktor peribadi kan. katalah korang ada masalah kesihatan yang orang tak tau tapi korang ada doktor peribadi atau ada follow up dengan doktor. tiba2 berlaku kecemasan sampai orang tak tau nak buat macam mana. kalau bukak planner ni, orang taulah nak contact siapa dan insha Allah doktor yang memahami keadaan kesihatan korang tu akan dimaklumkan keadaan korang dan tahu macam mana nak manage.
p/s: aku semakin memboringkan. haha~ entri India tak habis lagi. terima kasih sangat siapa yang baca =D
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment