seorang kawan aku pernah tanya benda ni kat aku. masa tu jawapan yang aku terfikir cumalah " ni, macam buku kat tangan aku ni," yang mana aku tengah pegang buku fixi waktu tu.
tapi bila difikir balik, banyak je genre buku lain yang aku minat. cuma aku suka membaca ikut mood. macam dengar lagu. time aku rasa nak pecah telinga aku pasanglah 2PM. time rasa down sedih aku pasang lagu English yang lirik best. time rasa angau (haha) lagu nasyid pun aku dengar. atau kadang2 dengar muzik piano je pun dah cukup. eh tadi nak cerita pasal buku kan? haha..
anyway, aku paling suka baca tentang manusia. bukan buku biologi ya. aku suka baca travelog terutama pasal orang yang pergi luar negara dan hidup situ dan share pengalaman dia duduk negara tu. contoh buku ustaz Hasrizal yang Di Hamparan Shamrock Kuseru NamaMu dan Secangkir Teh Pengubat Letih. buku2 ni buat aku rasa nak sangat pergi luar negara, tinggal dan bergaul dengan orang sana. of course aku tak expect la kalau aku duduk sana aku akan senang lenang semuanya harmoni ke apa tapi mungkin perbezaan budaya kita boleh mengajar aku sesuatu. haish, apasal la aku tak bercita-cita nak belajar sungguh2 kat luar negara dulu? takpe master nanti ada lagikan
lagi aku jugak suka novel thriller. pasal siasat2 pusing sana sini macam tengok CSI. aku paling minat Ramlee Awang Murshid. tapi dah lama aku tak beli bukukan so novel latest dia tak terbeli lagi. sebab tulah sugar daddy kena masukkan duit cepat hahaha. jugak aku suka novel fixi sebab segelintir novel dia mengajar aku realiti masyarakat. tapi kanak2 bawah 18 sila tanya aku dulu kalau nak baca buku ni ea. bukan semua korang boleh baca tau! lain benda yang dia belajar kang naya je.
apapun, ni laa antara buku yang aku suka selain buku pelajaran yang terpaksa disuka hahaha. sesiapa yang ada nak recommend buku apa best silalah bagitau ya. cadangan sangatlah dialu-alukan. aku kena hidupkan semula hobi rajin membaca yang selalu aku claim dalam biodata waktu kecik2 dulu haha. sebab kalau nak jadi penulis, kena banyak membaca =)
p/s: selagi tak ada entri pasal India, maka ketahuilah bahawa laptop aku masih tak siap baiki. tak sabarnya nak dapat laptop balik
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment