Friday, February 6, 2015

#theonlybatch di India (bahagian 1)

Assalamu'alaikum =)

aku tengah tengok cerita PK sebenarnya tapi tahap sambungan internet aku sangatlah mendidihkan hati lalu aku mengambil keputusan untuk menaip entri yang tertangguh berapa bulan dah ni ha. kawan aku ada pesan hari tu suruh update blog cerita pasal kitorang pergi India hari tu. haha~baiklah sahabat. aku cuba ya. kena gigih skit laa kalau nak baca ea sebab kitorang pergi sana lima hari. haih kenangan terindah kot..
ini gambar wajib hahaha
kitorang berangkat ke India 2 November 2014 lebih kurang pukul 9 lebih camtu. haha nilah akibatnya lambat update cerita memori pun dah hilang. flight kitorang dijangka mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah nak ke 5 jam dan kitorang naik Air Asia. harga tiket aku tak tahu sebab aku pergi dengan kawan2 sekelas jadi lectuirer aku yang uruskan. tugas aku hanyalah membayar duit yang diperlukan dan berlatih menari petang2. eh?

dalam flight aku duduk tepi tingkap. haha~maafkanlah aku yang jakun ni. first time kot pergi oversea kalau korang dah banyak kali pergi duduk diam2. aku cakap, cita2 aku bila dapat naik kapal terbang nanti ialah nak pergi toilet dalam flight tu. tapiii cuaca sepanjang penerbangan pergi tu tak baik. aku tidur pun tak lena sikit2 terjaga bila flight langgar awan. aku agak tengah hujan lebat waktu tu sebab sekejap2 aku nampak kilat. kecut perut weh. dalam kepala waktu tu dah terbayang muka mak ayah adik beradik bagai. tak habis2 tengok jam sebab kalau boleh cepatlah sampai India aku dah cuak sangat ni.

india dari atas langit. ya aku tau tak nampak apa pun haha~
alhamdulillah lebih kurang pukul 11 malam waktu India (waktu Malaysia lebih kurang 2.30 pagi) kitorang selamat mendarat kat airport Bangalore. sini imigresen diorang agak ketat. ada kawan aku kena tanya macam2 contohnya datang sini buat apa, berapa orang, pergi mana? huhu...mujurlah takde benda pelik berlaku. lepastu kitorang bergelandangan sekejap kat airport tu sambil tunggu bas datang untuk angkut kitorang ke Tamil Nadu. sampai je bas terus naik dan balas dendam tak dapat tidur sepanjang flight tadi. lena gila kot aku tidur sampaikan bila diorang cerita bas berhenti untuk driver dia minum kejap terus aku blur, ya ke? aku tak perasan pun hahaha.

oh ya, lokasi sebenar LA kitorang ialah Salem, Tamil Nadu di mana kitorang melawat Vinayaka Missions Sankarachariyar Dental College, sebuah dental school kat sini. kiranya dah sampai Bangalore tu, perjalanan tak habis lagi sebenarnya. sampai hotel kat Salem tu lebih kurang waktu Subuh. sampai2 je kami disambut dengan tuala lembab yang sejuk dengan segelas fresh orange (kot). wahhh bestnya..ada pulak orang tolong angkut beg pergi bilik. tapi aku pun bawak bagasi so bukanlah ada masalah pun kalau nak angkut sendiri hahaha.

hotel dia sangat best!! aku tertanya-tanya sampai sekarang berapa agaknya jumlah sebenar yang aku spent untuk datang sini. dahlah katil best, makanan sedap, aku tak tau nak cakap apalah. anyway, hari Isnin tu kalau ikut jadual kena pergi ke kolej tu. tapi lepastu Principal kolej tu datang jumpa kitorang kat hotel. lepastu beliau kata nak bawak kitorang pergi berjalan pulak. aku pulak macam, eh? best gila kot. aku ingatkan kena buat apa. so, kitorang pun dibawa ke Yercaud Hill. sejuk macam naik Cameron la rasa dia. tapii scenery dia Subhanallah...

tapikan nak naik tu kena jalan dia sangatlah mengecut-perutkan. ada 20 selekoh hair-pin yang sangatlah membuktikan pakcik driver bas tu memang hebat. sakit kepala woii berpusing-pusing tu. sampai atas, ada tasik kat situ. kitorang naik bot keliling tasik tu. bot yang kena kayuh sendiri la tapi. harga Rs 30 sorang. tu pakej yang aku ambikla. kawan aku lain ada yang ambik pakej orang tolong dayungkan pastu ada lagilah.

maafkan gambar yang tak lawa hehe~

excitednya weyh!!
lepastu lecturer kitorang belanja aiskrim Kulfi. sedap gila. tak tau mana nak cari kat Malaysia ni. lagi kat atas tu aku takde buat apa sangat dah. ada kawan aku naik auto pusing kampung kat atas tu. ada yang beli makanan apa tah nama dia tapi yang aku faham dia macam cili goreng celup tepung. aku tak makan pasal aku fikir cilikan pedas. aku pulak bukan jenis tahan pedas. so baik jangan cari pasal. lebih kurang pukul 6 camtu hari dah gelap (ala2 Maghrib nak ke Isyak) kitorang pun turun. harunglah sekali lagi 20 hair-pin bend yang pening tu. haha~turun balik tu diam je muka semua tahan sakit kepala.

hari kedua, Selasa (4 November 2014) kitorang ikut student VMSDC pergi buat community service kat satu perkampungan ni. CS diorang memang daebak sebab kalau kitorang kat sini datang CS buat dental check up, then buat pameran dengan bagi consultation sikit pastu balik. tapi diorang siap buat treatment kot. tapi treatment yang simple la macam buat simple restoration dengan scaling. yeah, diorang kat sini beli sendiri kot micromotor semua tu. kita kat Malaysia lain, satu kubikel tu dah provide segala benda buatlah segala treatment kat situ. tinggal nak rajin buat je. tabiklah aku kat diorang. lagi satu, sebabkan masa buat CS ni majoriti kanak2 yang datang (buat dekat sekolah) jadi dapat tengoklah beza kanak2 sini dengan kanak2 kat Malaysia. haha~

kanak2 kat sini sangatlah cooperative. maksud aku kalau duduk atas chair buat treatment tu taklah menggeliut macam cacing ke apa. rupanya sebab diorang ni dah dididik dari kecil untuk hormat orang2 macam cikgu, doktor so bila buat treatment, kau janganlah sengaja cari pasal. patient paeds aku, alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi buat perangai bukan2 (haha aku pun bukanlah seorang yang penyabar dengan budak2). tapi mencabar jugaklah huhu. aku rasa cerita panjang pun tak guna apa kata korang tengok je gambar bawah ni.

diorang memang pakai lawa2 kalau orang nak datang. 

semangat memasing nampak kamera ea~~
Registration + check up
caries free punya corner
setelah itu gigi tersebut perlulah ditampal.
mantap ah dia scaling sambil berdiri. aku duduk pun sakit pinggang hoii (salah posisi la maknanya haha)
habis CS bergerak balik hotel. dalam perjalanan tetiba boleh pulak berhenti tepi jalan, semua cam peliklahkan. rupanya diorang nak bagi minum air dengan makan biskut sikit, takut kitorang lapar ke apa kan sebab kalau ikut waktu dah makan tengahari kita (haha perut masih ikut waktu makan kat Malasia ya). oh lupa nak cakap yang beza waktu antara Malaysia dengan Salem lebih kurang 2 jam setengah. sampai hotel melepak dan rehat sambil tengok movie. malam memang takde aktiviti apa.

aku rasa macam nak habiskan je sebenarnya tapi panjang bebenor la pulakkan. berat jadinya nanti. so takpelah aku split je jadi 2 bahagian. ada tiga hari lagi kat India ni. nanti sambung lagi ok?

kredit gambar: dari henfon aku dan jugak kamera Adila dan Filzah. terima kasih korang =)







0 respons terhadap bicara saya: