Tuesday, May 31, 2011
xsabar nak study balik~
Wednesday, May 25, 2011
bila terasa rindu~
Sunday, May 22, 2011
patah tumbuh hilang berganti :'(
memanglah sayang. sayang yang sangat-sangat. masa tukar telefon baru, rasa nak menangis je tapi malu la nangis depan adik yang dah berharap dia akan dapat telefon tu. entahlah, sebab dia selalu mati tiba-tiba. sebab tu nak tak nak kena tukar jugak kepada telefon lain. ayah kata "ipah tukar je la henfon tu. kalau dah asyik mati nanti boyfriend nak telefon pun xdapat"...haha~sejak bila la pulak ni..lagi, telefon ni bagi banyak kenangan manis sebab telah digunakan sepanjang tamhidi. hmm..serius sedih tau.sebab tu sekarang kalau nampak nokia c3 pun pandang sebelah mata je. =(
nak tahu tukar dengan telefon apa? beli samsung gt-e1080f. sama je dengan nokia 6610 tu tapi xboleh nak buat lagu best-best. biasa-biasa je. waaaa!!!!sayang telefon lama. err...kenal ke samsung yang mana ni? yang macam kat bawah ni.
Friday, May 20, 2011
statistik yg menakutkn~
2. 80% umat islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS
3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan
4. 50% menyokong program seperti Akedemi Fantasia, Tomtombak, Mentor dan rancangan yg seumpamanya
5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan
6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama
7. 50% remaja hari ini tidak reti atau tidak pandai mengaji
8. 80% remaja atau kaum wanita suka berseluar panjang dan memakai T-Shirt
9. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang
10. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri
11. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada berwlikan imam
12. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda
13. 30% umat islam adalah kaki botol dan minum arak
14. 30% pasangan yg telah berkahwin dan dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur
15. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yg banyak
16. Hanya 60% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu
17. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari
18. 80% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang
19. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit
20. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan
21. 70% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH
Wednesday, May 18, 2011
eii..encik xmalu ea?
Tuesday, May 10, 2011
erti belajar bersungguh-sungguh
"jangan meniru dalam periksa,nanti kalau dengan meniru tu kita dapat result bagus, kerja bagus, gaji banyak, besarkan anak-anak dengan gaji banyak tu, haram jadinya. bila haram, macam mana nak bentuk anak-anak yang baik sebab hati mereka sendiri dah tercemar dengan punca yang asalnya dari kealpaan kita sendiri?"
oh,ya!!nak kongsikan ayat terakhir dari Surah At-Taubah. boleh diamalkan sebagai doa tawakal =DKemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)
ØَسۡبِÙ‰َ ٱللَّÙ‡ُ Ù„َآ Ø¥ِÙ„َÙ€ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ù‡ُÙˆَۖ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِ تَÙˆَÚªَّÙ„ۡتُۖ ÙˆَÙ‡ُÙˆَ رَبُّ ٱلۡعَرۡØ´ِ ٱلۡعَظِيمِ..
kot iye p0n semangat study jangan sampai jadi camni ea? |
Monday, May 9, 2011
my mom is amazing!! ^_^
mak saya di belakang itu!! (err..adakah gambar ini semata-mata untuk tunjuk gambar mak atau sebab penulis ini mahu tunjuk comelnya dia masa kecik?)
Salam~sebenarnya Hari Ibu yang digembar-gemburkan itu tarikhnya semalam namun begitu saya hanya mampu menge ‘post’ entri ini hari ini. Walaupun mak saya tak ada blog, tetapi inilah caranya saya dapat expresskan betapa sayangnya saya pada mak selain berusaha member yang terbaik kepada mak untuk membalas jasa mak yang setambun banyaknya.
Nama mak saya ialah Normadiah binti Abu Kasim. Berasal dari Temerloh, Pahang dan merupakan anak perempuan sulung dalam 7 adik beradiknya. Mak pernah dapat tawaran untuk sambung belajar ke Universiti Al-Azhar, Mesir selepas tamat STPM dulu tapi disebabkan mak anak perempuan sulung dan keluarga mak tak berkemampuan untuk hantar mak ke sana, jadi mak terus kerja selepas STPM. Mak kerja sebagai ustazah kat satu sekolah agama kat Bangi tapi selepas adik bawah saya lahir, mak berhenti kerja.
Mak sangat berbakat dalam memasak. Cakap saja nak makan apa, tentu mak buatkan. Kadang-kadang main-main je cakap dengan mak, “mak, sedap ni kalau dapat makan bla blab la..”. Tengok-tengok esok tu mesti mak dah siap masakkan. Kehandalan mak lebih obvious masa bulan puasa. Kitorang kalau balik asrama tak pernahnya bawak tangan kosong. Mesti mak masakkan sesuatu yang special untuk bagi berbuka dengan kawan-kawan. Mak kata, “tak apa. niat sedekah dekat kawan-kawan”. Lepas tu, mak pandai menjahit. Selama ini kami beraya baju mak la yang jahit. Baju sekolah pun mak yang jahit. Saya kagum sebab masa bulan puasa juga nampak betapa mak mampu bahagikan masa dia dengan seimbang, menjahit, memasak tapi dalam masa sama masih gagah untuk kejutkan kami ajak pergi masjid kalau dah sampai penghujung Ramadhan. ^_^
Lepas tu, mak seorang yang lemah-lembut namun begitu kami adik beradik mewarisi ke’becok’an ayah. Haha~mak bukan jenis yang suka membebel. Oleh itu bila saya dah besar, saya yang ganti tempat mak untuk menjadi ‘pensyarah’ terhormat selepas ayah. Memang padan la mak dengan ayah. Ayah bising dan mak jenis pendiam. Haa..untuk pengetahuan, mak dan ayah bertemu ketika masih sekolah lagi =) sweet,kan? Mak cerita dulu ayah selalu usik-usik mak. Tak sangka lepas tu kahwin. Hehe~sampai sekarang, mak masih simpan ‘surat-surat cintanya’ dengan ayah dalam satu fail special. Kat depan fail tu dia tampal kad kahwin dan gambar kahwin dia dengan ayah. Huhu~agak-agak saya kena buat macam mana nanti?Mungkin print mesej-mesej lepas tu baru simpan dalam fail k0t. Sudah, sila hentikan.
Baiklah. Setakat itu sahaja nampaknya. Banyak lagi sebenarnya istimewa pada mak tapi kalau tulis kat sini mesti tak muat punya. Saya tahu, semua ibu di dunia ini adalah amazing,kan? Mereka istimewa, mereka terbaik dan mereka satu dalam berjuta-juta. Satu hari nanti, kita juga akan jadi ibu. Jadi, mari persiapkan diri kita dengan ilmu yang cukup supaya generasi akan datang menjadi orang yang bermanfaat kepada ummah. Insya Allah =D
Mari dengar nasyid ini!! =)