Tuesday, May 29, 2012

rindu Maahad~

salam~

semalam baru dapat tugasan baru. kena jadi pengarah untuk roadshow n untuk kali yang pertama ni, kitorang akan pergi ke sekolah saya, SMKA Maahad Hamidiah.

kenapa saya? haha~ada orang tu cakap, "sebab itu sekolah kau. kau lagi faham selok-belok sekolah kau."

sangat tidak kukuh alasan itu ye. apa korang ingat aku ni jadi pengarah untuk program "Mari Mengenali Maahad" ke? sampai nak kena aku jadi pengarah untuk tunjuk jalan bagai.

ok, lupakan hal itu.

saya cuak sebenarnya. sebab saya bakal menjadi bak kata pepatah, "seperti sirih pulang ke ganggang". eh, betul ke? sebenarnya sebab saya akan balik ke sekolah saya. yang mana kebanyakan cikgu saya masih mengajar kat situ n ada 2 batch junior yang kenal saya. jadi, kalau saya masih lagi xmatang n bersikap macam kat sekolah dulu, malulah! #^_^#

tapi saya bersyukur sangat dapat pergi Maahad free2 camni. hehe~bukan selalu dapat pergi. dah banyak kali kawan ajak join program dengan junior (SOLEH, kem add maths, perkampungan ilmu) tapi takde satu pun yang saya dapat penuhi. semuanya sebab saya sangat busy dengan schedule kat sini.

wuwuwu...rindu sangatlah dengan Maahad. sekarang dah rasa berdebar sebab nanti bila pergi mesti teringat banyak benda. tengok dewan teringat itu, tengok blok asrama teringat ini, tengok pokok rambutan kat depan rumah cikgu Rohayati tu teringat lagi. err...makcik Hasnah yang jaga asrama tu ada lagi x?rindu jugak yang tu. lagi satu, blok MN dah cat ke? hehe~

rindunya. rasa macam baru lagi tinggalkan sekolah.terbayang lagi sunyinya asrama masa last day SPM. sunyinya sekolah. dulu saya ada tulis kat dinding sebelah tempat duduk saya kat kelas "10 tahun lagi aku datang. 'afifah azam. 5 ibs '09". saya tak tahulah ada lagi ke tak tulisan tu. ataupun tulisan tu dah hilang dicat baru ataupun kelas tu dah tak jadi kelas form 5 lagi dah. eh, vandalisme!! haha~tulis pakai pensel je pun.

sekejap sangat masa berlalu. lagi rindu bila hari tu masa dinner MPS, ada orang nyanyi lagu 'Terima Kasih Guru' yang Mirwana nyanyi tu. seriusli, memang boleh kata tiap2 tahun masa hari Guru budak Mirwana akan nyanyi lagu ni. tambah2 lagu yang Mirwana buat tu tujukan kat cikgu mereka yang jugak merupakan cikgu saya. haruslah tersentuh!!! terus mesej Yasmeen cakap rindu sangat kat Maahad. 

semoga semua cikgu dalam keadaan sihat sejahtera. terima kasih banyak2 cikgu sebab banyak bagi ilmu kat saya, sabar dengan karenah saya. insya Allah, 4 tahun lagi saya akan jadi seorang doktor gigi yang membanggakan cikgu2 semua =)

dah macam ucapan hari Guru la pulak. haha~

oklah. kepada budak junior (kiranya korang masih kenal akak), silalah buat2 tak kenal pada hari kejadian (roadshow) tu nanti ye. haha~

rindu sangat kat Maahad!!!

Monday, May 28, 2012

MPS & kenduri kahwin kak zakiah~

salam~

lama sungguh xde cerita baru. hari ni nak buat catatan peristiwa yang satu hari nanti akan jadi kenangan yang sangat dirindui.

Jumaat lepas, 25/5 ada dinner yang Jaksa anjurkan. buat kat Bukit Jalil Golf & Country Resort. temanya merah hitam putih. disebabkan saya memang xde langsung baju merah yang best (sebenarnya nak beli baju baru) jadi kenalah beli baju baru. haha~mengada,kan? nasib baik mak pandai jahit. kalau x, jangan haraplah nak siap pada waktunya. oh ya, kitorang (Dentistry 5th batch) buat persembahan choral speaking malam tu =)

ni adalah sikit gambar ambik malam tu. 


majlis xmula lagi tp air dah nak habis =P





serba serbi merah =)
kenyang sangat n pudingnya sangat lazat. haha~kira berbaloilah kot makanan camtu. tapi sebabkan saya makan lewat (biasa makan malam sekitar pukul 6.30-7 lebih camtu makanya kepala jadi sakit dan sampai sekarang masih pening kepala lagi.

ok, habis part Malam Perdana Siswa. rehat sekejap hari Sabtu. sempatlah lari sekejap pergi jumpa pihak yang uruskan hiasan dewan untuk dinner fakulti nanti sekejap petang tu n lepas Asar, kakak datang jemput balik rumah sebab kebetulan nenek ada kat rumah dan esoknya adik saya nak pergi masuk U. tapi xduduk rumah sangat pun sebab malam tu keluar pulak pergi Warta beli barang sikit. masa nak balik, nenek belanja cheese nan =) sangat lazat.

esoknya lepas sarapan, siap2 untuk ke GV semula. masa ni keluarga saya dah berpecah dah ikut aktiviti masing2. mak, kakak, adik n 3 orang yang kecik tu ikut hantar adik nak masuk U. ayah, nenek dengan lagi 2 orang adik ikut ayah pergi kenduri kat Shah Alam. sedih jugak tak dapat ikut hantar Atikah tapi harap2 masa dia nak masuk UiTM nanti saya dapat hantar sekali.

sampai kat GV, siap2 nak pergi kenduri kahwin kak Zakiah, senior kitorang yang sekarang ni dalam tahun 4. kenduri tu kat Kg. Sekamat, Kajang. memang dah plan dengan kawan2 sekelas nak pergi sama2. jadi, dengan 4 biji kereta, kitorang pun berkonvoilah beramai-ramai ke tempat kejadian.

mula2 dah set dah pukul 12 mesti dah start gerak bagailah. tapi last2 sampai nak dekat pukul 1 jugak sebab mula2, Farah Husna dah sampai dengan avanza beliau, mengangkut 7 orang budak bersamanya. pastu Nadiah pun sampai untuk angkut lagi 4 orang. kira dah ready nak geraklah ni. tapi budak lelaki takde pun lagi nampak bayang kereta ke apa. sorang pun call. dah call2 bagai tu, dengan sempat beli cakoi n air mineral buat bekalan dalam perjalanan, rombongan budak lelaki pun memunculkan diri. bak kata sorang kawan ni, "diorang ni bersiap ke apa? dah kalah kita yang perempuan ni. pakai tanjak ke bla3...bukan diorang yang nak kahwin pun.." bebel2 dalam kereta. haha~lepas semua dah ada, kitorang pun bergerak secara konvoi ke tempat kejadian.

alhamdulillah, kitorang selamat sampai sebelum pukul 1. kira oklah sebab traffic pun tak teruk. sampai2, salam2 dengan beberapa ahli keluarga kak Zakiah, ambil makanan, makaaannnn!! laparlah. haha~tapi masa ni kak Zakiah dengan suami dia tak sampai lagi. takpe2, kitorang tunggu. makan2 dengan khusyuknya sebab semua tengah lapar.





bakal2 pengantin..haha =)
tengoklah budak lelaki tu. bukannya bertanjak bersampin bagai ke apa. pakai selipar je pun. tak tahulah kitorang apa yang lama sangatnya nak bersiap sebelum pergi tadi tu. haha~tak berapa lama lepas tu, pengantin pun sampai. maaflah takde gambar.

apa2 pun, terima kasih banyak2 sebab pergi sama2 n balik sama2 jugak. balik tu semua orang pengsan agaknya. penat jugaklah. lagi2 hari tu cuaca agak panas n sakit kepala saya pun makin menjadi-jadi lepastu. sekarang pun tak hilang lagi sebenarnya.

seronok sangat =D insya Allah kitorang akan pergi lagi buat aktiviti2 camni. sangat suka bila ada dalam suasana macam ni. kita pun nak berkawan lama2, bukan sampai habis belajar semata. manalah tahukan, hari ni pergi kenduri kahwin akak senior, esok2 karang ada pulak entri bertajuk "merewang di kenduri XXXXXX" <----nama kawan. haha~insya Allah

Sunday, May 13, 2012

terlepas 4892

selama hidup jadi orang yang ada blog ni kan...

satu je yang aku nak tengok...

viewers aku mencapai 4892...

sebab tu tarikh lahir aku...

tapi hari ni dah terlepas!!!!

waaa =(

ok,tu je. nak gi buat slide presentation. salam~

*terima kasih pada yang sudi menjenguk.akhir2 ini saya sangat terkejut melihat stats saya =D

Friday, May 11, 2012

untuk adik2 bakal pelajar tamhidi pergigian '12/'13

salam~

ini entri untuk adik2 yang bertanya perihal tamhidi pergigian. yang bukan pun boleh join =)

1)kisah hidup kat Tamhidi

actuallykan, saya ada buat entri2 yang memang cerita pasal saya kat Tamhidi dulu. maybe korang boleh jenguk2 sini.


part of my life-tamhidi =D (part 1)


setakat ni itu jelah yang sempat dicoretkan pasal kisah hidup kat Tamhidi. kalau nak tengok yang lain2, boleh klik kat label 'tamhidi'. nak buat entri baru yang khas pun saya tak ada masa sangat. minta maaf banyak2 *tundukbanyak2kali*

2) barang2 keperluan
erm..barang keperluan. apa yang korang rasa perlu, bawa je. baju2 untuk kuliah (baju kurung @ pakaian yang sopan n menutup aurat), baju2 santai (tshirt n sebagainya). ikut koranglah. lepastu, kalau rasa perlu betul laptop, boleh bawak. tapi sepanjang di Tamhidi, saya tak pakai sangat laptop. ada je kerja yang kena buat guna laptop bagai ni tapi taklah sedahsyat peringkat degree. habis2 pun guna laptop sebab nak online atau update blog *dush3* 

3) hari pendaftaran
korang mendaftar 23/5 kan? sama dengan kitorang dulu =D masa hari tu nanti, jangan lupa bawak segala dokumen yang diperlukan. jangan tinggal satu pun! nanti rumit. lepastu, kalau boleh, salinan IC sendiri, parent n sebagainya, buat banyak2 sebab takut tiba2 tak cukup pulak. gambar pasport pun jangan lupa. lepastu, bagi yang perempuan, sila pakai tudung lawa2 sebab nanti korang akan ambik gambar untuk buat kad matrik. samalah untuk lelaki. pakai smart2 tau =) hari pendaftaran tu nanti, kalau boleh, terus pakai baju ungu macam yang USIM suruh tu. senang sebab tak payah tukar2. nanti orientasi pakai baju tu jugak.

4) hari orientasi
sebenarnyakan, kalau universiti lain orientasi dia ada yang seminggu dan sebagainya. tapi masa kat Tamhidi, takde rupa orientasi sangat pun. haha~banyak ceramah je. n banyak briefing pasal subjek2 yang akan korang study kat Tamhidi nanti. explorace bagai ke apa takde pun. masa degree baru ada. fakulti buat. so, takyah risau sangat pasal orientasi kat Tamhidi =)

sekian, itu sahaja yang dapat dikongsikan. harap2 dapat jawab soalan yang diajukan. ini dari pengalaman saya. mungkin masa anda, lain aktivitinya. apa2 pun, tahniah kepada yang dapat Tamhidi USIM =D selamat datang n semoga terus berjaya pada masa akan datang =)

Tuesday, May 8, 2012

apa itu 'tamhidi' ?

salam adik2 yang baru dapat offer UPU sekalian.

mesti ada antara korang yang dapat tamhidi kan? dan korang pun mesti tertanya2 apa benda la pulak tamhidi tu? meh sini akak selaku bekas pelajar tamhidi nak bercerita.

Tamhidi ni satu program Asasi di bawah universiti iaitu USIM. USIM tau tak apa? Universiti Sains Islam Malaysia. yang kat tepi highway kat Nilai tuu...haha~yang tu la. sape2 yang pernah lalu highway tu mesti tau.

ok, straight to the point. Tamhidi ni dalam bahasa Melayunya ialah persediaan. eh, ye ke? ye kot. dah nama untuk asasi. kat sini, ada 5 course untuk Tamhidi iaitu Tamhidi Perubatan, Tamhidi Pergigian, Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Tamhidi Syariah dan Undang2. setakat ni la. tak taulah kalau nanti dia nak tambah course lain pulak macam architecture ke, farmasi ke, engineering ke. apa2 pun, itu semua bergantung kepada berapa banyak tenaga kerja yang diperlukan nanti. kalau banyak orang habis belajar tapi takde kerja, tak boleh jugak, kan? sebab tu kalau perasan, budak2 Tamhidi Pergigian yang paaaaaling sikit. sebab tempat yang disediakan kat ijazah nanti lagi sikit. tapi dengarnya nak tambah lagi. itu xsure.

pasal subjek, kat Tamhidi ni korang akan belajar sama jugak macam kat Matrikulasi KPM cuma silibusnya lagi sikit dan dimudahkan. kira korang takdelah kena belajar semua benda. contoh tamhidi yang aliran sains, korang akan belajar Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Arab, Inggeris dan ICT. sebenarnya semua tamhidi aliran sains (perubatan, pergigian dan sains teknologi) belajar benda yang sama. jadi, kalau korang dah masuk tamhidi Medic sekalipun, korang tak boleh gerenti yang korang akan dapat tempat kat degree nanti kalau korang tak usaha dengan baik. tapi jangan risau, subjeknya senang saja dan insya Allah korang akan dapat yang terbaik. 

kisah hidup kat Tamhidi: hidup kat sini takdelah beza sangat dengan masa kat sekolah dulu (kalau korang duduk asrama la). mungkin beza sebab tak ada prep bagai. tapi korang akan belajar macam mana nak manage masa sebab hidup di zaman Tamhidi ni sangatlah pack sebab dah start ada tutorial, kuiz yang markahnya jadi carrier mark, assignment dan sebagainya yang semuanya memerlukan komitmen yang menyeluruh. tapi jugak, Tamhidi adalah masa yang sangat best sebab masa ni korang akan kenal dengan ramai orang dan korang akan sayang kawan2 satu tutorial macam adik beradik sendiri =)

ermm...nak cerita apa lagi ea? pointer. untuk yang nak sambung degree dalam course medic, korang kena lepas sekurang2nya 3.50 dan dapat band 3 MUET. sama jugak macam dental tapi pointer tu kalau lepas 3.30 pun dah ok. tapi tak taulah untuk batch akan datang macam mana. untuk keselamatan diri, baik aim untuk dapat lebih dari 3.50. lagipun, tak salah kalau kita bercita-cita tinggi, kan? pastu, jaga2, jangan  sampai dapat pointer bawah 1.75 (kalau tak silap) sebab ini akan menyebabkan korang ditendang!! hiyarrrkkk!! sedih tahu~kerana pointer itu jatuh di bawah kategori "GAGAL DAN DIBERHENTIKAN". jugak hati2 jangan dapat pointer antara 1.75-2.00 sebab ini korang akan masuk kategori "LULUS BERSYARAT". so, belajarlah betul2. tak ada masa dah nak main2. korang dah struggle sepenuh hati masa SPM dulu so apa salahnya kalau tingkatkan lagi usaha, bersusah setahun ni je supaya korang dapat tempat masa degree nanti. 

tapi, tak bermakna korang kena stress je hidup kat Tamhidi ni. ada je masanya korang boleh bergumbira. pagi2 hujung minggu pergilah jogging keliling tasik kat depan Nilam Court tu ke, jalan2 kat Nilai 3 yang dekat tu ke, sewa prebet sapu pergi Giant/Tesco Nilai ke, ataupun lepak kat bilik kawan sambil tengok Running Man. sekali sekala bagi release sikit tension tu. akak pun dulu Jumaat malam pergi bilik tv kat bawah tu tengok cerita Ustaz Amirul. hehe~tension tahu. 

jadi, setakat ni tu jelah. tak tau nak cerita apa lagi. hehe~kalau nak tahu apa2, sila2 la tanya kat kotak komen bawah tu. insya Allah ada masa akak jawab =)

sekian, terima kasih =D

yang benar,
nawwarhanifah
(pelajar Tamhidi Pergigian '10/'11 + pelajar Fakulti Pergigian USIM '11/'16)


update: memandangkan post ini ditulis sekitar 2012, sila klik post ini untuk maklumat yang lebih updated. terima kasih =) sebarang persoalan boleh kemukakan di post yang terbaru.