Saturday, July 23, 2011

part of my life- tamhidi =) (part 4)

salam~

disebabkan ini kisah berkenaan Tamhidi, maka kena pakai aku. supaya rasa lepak sikit bila membacanya, taklah macam tengah baca perutusan Yang Dipertuan Agong. =)

lepas habis cuti raya, kitaorang pun kembali semula ke kolej kediaman Nilam Court yang indah permai dengan tasik di hadapannya itu. bertemu kembali dengan buku2, bas ungu yang sesak macam sardin cap Ayam Brand serta tidak dilupakan makcik-makcik kafe. bila dah balik ni, bermakna sesi bergelak ketawa perlu dikurangkan sedikit demi sedikit kerana semua bakal menduduki peperiksaan MUET untuk bahagian lisan dan seterusnya menghadapi peperiksaan akhir semester. 

namun begitu, sebelum peperiksaan, kitaorang kena ambil test syafawi dulu. SYAFAWI. dia lebih kurang macam ujian lisan bahasa Arab masa sekolah menengah dulu jugak. ada kena baca petikan, kena jawab soalan. markah daripada ujian ini menjadi salah satu carry mark untuk kertas Bahasa Arab. yang tak tahan kena cerita pasal diri sendiri dulu sebelum baca petikan dan jawab soalan. dah macam kena temuduga pulak. bagi kelas2 lain, syafawi diaorang mudah dan tidak perlu digeruni. sebaliknya semua budak Medic 1, Dentistry 2 dengan Tst kumpulan berapa entah sangatlah tidak sanggup menghadapi syafawi ini. semuanya kerana kitaorang dapat seorang ustaz ni. oh, ya. lupa nak bagitahu. guru yang akan menilai untuk syafawi ni bukan guru yang mengajar tau. kena tukar. dan pertukaran ni bukanlah kitaorang yang tentukan. isk,isk,isk..

Pagi, Khamis 21 Oktober 2010 (kalau xsilap)

eh,eh, macam lawa pulak tarikh tu. 21102010. eh, tak lawa, tak lawa. minggu ni minggu study week. jadi tak ramai yang datang awal. aku pun datang awal sebab ingat nak study sama-sama dengan Yasmeen. lepas tu dalam waktu tengahari macam tu kitaorang budak2 medic dentist ada sesi bergambar bersama cikgu Arho, cikgu Fizik yang dijangka akan tamat perkhidmatan semester ini. tapi sesinya bermula lambat sebab budak Medic 1 dah mula syafawi sejak pukul 9 pagi dan sampai sekarang tak habis lagi. ada beberapa orang masih lagi terkandas di tingkat 1 Pusat Tamhidi untuk menduduki syafawi. namun begitu, sesi bergambar terpaksa juga diteruskan.

selepas Zuhur, aku dengan kawan2 sekelas Dentistry 2 (perempuan) pun membuat rombongan Cik Kiah ke Pusat Tamhidi sebab kelas kitorang dijadualkan akan memulakan sesi syafawi dalam pukul 2.30 (kot..maaf,fakta semakin dilupakan). kira ala-ala lepas Zuhurlah. jadi, kitaorang pun melepak dekat pintu belakang makmal komputer. sambil-sambil tu bukak buku Arab, praktis apa yang patut. sambil itu sempatlah berborak dengan budak-budak Medic 1 yang masih tak habis. gerun seyh mendengar cerita diaorang. maklumlah, kitaorang dapat Ustaz Ridhwan. ustaz yang digeruni oleh segelintir pelajar Tamhidi. nak tahu kenapa?

pertama, ustaz tu masa syafawi dia akan bercakap dalam bahasa Melayu. maksudnya, dia akan bertanya dan menemuduga kitaorang dalam bahasa Melayu. tapi!!!kitaorang tak boleh jawab hatta sepatah pun dalam bahasa Melayu. mesti jawab dalam bahasa Arab. haruslah, nama pun syafawi. mungkin boleh juga mencuba nasib menjawab dalam bahasa Inggeris. kedua, ustaz ini kuat psycho orang. antara soalan dia masa tanya pasal diri sendiri ialah "kenapa nak jadi doktor?". dia tanya ini pada budak2 medic dentistlah. dan sudah tentulah kitaorang akan menjawab " nak tolong orang," takkanlah nak jawab "supaya kalau saya bersalin nanti saya dapat bidankan diri saya sendiri," ok mengarut. takkanlah aku nak cakap "supaya saya boleh tampal gigi saya sendiri," mestilah nak tolong orang,kan? lepas tu bila orang jawab macam tu, dia akan kata,"hmm..semua orang cakap macam tu,".

yang aku tak tahan masa sesi aku. untuk memudahkan pembacaan, aku telah menterjemahkan perbualan kami  ke dalam bahasa Melayu klasik. dan berlakulah perbualan antara mereka seperti di bawah:

Ustaz: kenapa awak ambik pergigian?
aku: sebenarnya, saya ambik ni sebab mak ayah saya suruh. diaorang galakkan saya jadi doktor gigi.
Ustaz: kenapa nak jadi doktor gigi?
aku: sebab saya nak berkhidmat pada orang (ayat bagi lain sikit..haha)
Ustaz: hmmh...semua jawapan sama je. nak tolong orang konon. ke sebab nak duit banyak?
aku: eh, tak adalah, ustaz. (sebenarnya masa ni aku diam je. dengan ustaz jangan ajak berdebat,ok?)
Ustaz:haa..tadi awak kata awak ambik pergigian ni sebab mak ayah awak suruh. kalau ikut awak, awak nak ambik apa?
aku: saya nak ambik farmasi sebenarnya.
Ustaz: kenapa nak ambik farmasi? apa yang awak tahu pasal farmasi?
aku: err..farmasi ni bidang yang buat ubat-ubat, kimia....(tiba-tiba ustaz potong)
Ustaz: hmm..awak tak tahu sangat pun sebenarnya. farmasi bukan setakat ubat-ubat je. bidang bla bla bla...(apa entah dia cakap aku tak ingat)

dan selepas itu dia tak bertanya lagi. terus dia suruh baca petikan dan jawab soalan. yang tak tahannya, sempat lagi ustaz terlelap masa sesi aku tu. alhamdulillah, sesi aku ok, bagi akulah sebab aku berjaya tidak dipengaruhi emosi. haha~sebab dengar cerita ada budak Medic 1 sampai menangis kena syafawi dengan ustaz tu. budak lelaki kelas aku pun ada seorang yang dah masuk kena keluar balik dan buat lagi sekali syafawi (kot). tapi itu bukanlah kemuncak segala-galanya. 

nak tahu kenapa syafawi ini memberi kenangan 'terindah' buat pelajar Dentistry 2? sebab syafawi kitaorang bermula dalam pukul 4 lebih nak menganjak ke pukul 5. setiap sesi pelajar bukanlah mengambil sekitar 2-3 minit, sebaliknya ada yang menjangkau setengah jam dan boleh jad ada yang lebih. sesi aku habis sekitar 6.45. budak-budak lelaki semua dah habis petang-petang lagi. aku orang kedua ke ketiga entah dari senarai nama budak-budak perempuan. budak kelas semuanya ada 18. kiranya baki selepas aku ada dalam 10-11 orang lagi. cuba kira sikit pukul berapa baru habis? belum tolak lagi masa lebih kurang sejam untuk pergi solat dan sebagainya.

makanya, walaupun aku dah habis sebelum pukul 7 tu, tapi aku tak terus balik. aku stay teman sekali kawan2 yang belum syafawi tu. daripada berdebar-debar langsung dah tak takut. tapi seronok jugak dapat duduk dengan kawan2 macam tu. boleh ambik2 gambar. tudung pun dah tak buat gaya pin ke bahu, biar je lepas ke bawah. kisah apa, budak lelaki semua dah balik. hehe~tetapi saat paling syahdu ialah selepas solat Maghrib, kitaorang baca Ma'thurat secara berjemaah, memecahkan keheningan tingkat 1 Pusat Tamhidi tersebut. kuranglah rasa cuak tu. yalah, kampus dah sunyi kot. kalau ada pun senior2 yang ada kelas malam. tiba2 masa ni aku rasa, ustaz patut bagi budak lelaki yang habis syafawi lambat. yalah, diaorang kalau stay sampai lewat taklah cuak kot. lainlah kitaorang ni. perempuan. kan3?

ada sebab kenapa aku cakap macam tu. sekitar jam 10.30 macam tu, ada tinggal lagi 5 orang yang masih belum syafawi. disebabkan dah lewat, yang 5 orang tu pun suruh kitaorang yang dah sudah ni balik dulu sebab takut tak ada bas balik hostel. diaorang kata, "kitorang takpe, kan ustaz kata ustaz boleh hantarkan." jadi, kitaorang pun berlalu pergi. tapi cuak jugak. cuak sebab bilalah diaorang ni nak sudah syafawi,ea? sekarang dah nak pukul 11. ustaz tak nak sambung esok, sebab esok ada sesi dengan budak Tst. dia nak habiskan hari ini jugak. tapi, kitaorang balik jugaklah lepas tu. alhamdulillah, selamat juga sampai asrama.

esoknya, baru kitaorang tahu, daripada 5 orang yang tinggal semalam. cuma 3 je yang ustaz hantar balik. itupun diaorang kena soal dengan pak guard sebab balik tengah malam. seorang lagi sempat kejar bas namun yang paling simpati ialah yang seorang lagi. dia kena jalan kaki cari orang nak tumpang balik. siapalah yang tinggal tengah2 malam macam tu lagi? nasib baik ada senior yang kebetulan belum balik dan sudi menumpangkannya pulang ke hostel. alhamdulillah.

demikianlah kisah kami melalui detik2 syafawi yang mendebarkan serta memenatkan. tetapi ini bagi kenangan sebenarnya. esok itu kitaorang ada jamuan dengan Madam Azlina merangkap cikgu bahasa Inggeris kami yang baik hati. tengahari itu sempatlah aku dengan Liyana pergi bilik cikgu hantar nugget dan bercerita dengan cikgu serta Ustzh Azniwati (isteri ustaz bahasa Arab kitaorang) pasal kes syafawi malam tadi. cikgu2 pun terkejut kot! maksudnya? entah. maksudnya dekat batch sebelum ini tak pernah jadi sedahsyat kitaoranglah kot.

apa-apapun, ini jadi kenangan,kan? best jugak sebab masa ni famouslah Dentistry 2 sebab kes syafawi tengah malam. haha~ramai yang tanya, "macam mana korang?" "betul ke.." itu ini dan bla bla bla..dan aku gembira jadi salah seorang daripada itu. 

sesungguhnya Tamhidi jadi indah kerana pelbagai perasa yang terdapat dalam setiap momen yang dikongsi bersama kita. dekat sini, aku berani cakap yang memanglah USIM universiti baru dan kadang-kadang banyak masalah. tapi semua kesukaran itu tak terasa bila ada kawan-kawan yang best macam korang semua.

sekian, terima kasih.

"berkhidmat untuk rakyat"

apa aku mengarut nih? =="

ok, wassalam~

3 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

kita dulu komen pasal bas, xpula ckp rupa org berlari rebut2. tp junior skrg kata rebut bas mcm main ragbi. kau xterasa ke? haha *Ketuk kepala sendiri*

nak jgk disebutny Medic1. 'Afifah tak baik tamak. hhaaha eh tarikh 20102010 baru sedap. terima kasih, kau telah memberi inspirasi utk aku ubah wedding day nanti. 1112'13 atau 20122012. apesal makin dekat? -__-"

tapi knp aku xterdengar sgt pasal cerita balik malam ni??hehe

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha~ko igt x ade skali 2 yg pakcik bas jahat die pegi rakam kita berebut naik bas 2? die bukan xtau budak tamhidi mmg jd agresif bila naik bas...haha~aku plg xboleh lupa yg masa kau dah naik sebelah kaki atas tangga bas tp lepas tu budak laki conquer naik bas sampai last bas tu penuh ngan diorang..pastu kau membebel laju2 sampai aku dgn aimi gelak semangat~haha~

mane ade tamak,aku kan setia pd yg satu *tibe2 rindu..jahatnya syaitan ni*..ok,same2..eh,xkanlah secepat itu?

btw, i wish ko perasan satu perkataan tu~hehe...klau xsila baca balik entri ni kuat2~haha

Fariza said... [balas komen ini~]

@nawwar_hanifah

ah malu teramat la sangat-sangat nya. pakcik bas tu tak sekolah betul. dulu takde sivik, no wonder. =.="

pasal bebel laju tu pun malu sendiri juga. tapi serius memang geram. rasanya nak dekat raya masa tu, ari khamis tak silap sebab petang tu ayah aku ajak balik tapi aku taknak n sebab bas jugakla gaduh dgn keliwawa medic2. ah tak suka. tapi itu kelakar pun ade. momen ceria-kalau tgh boring,silalah ingat.hehe

ok panjangny comment. aku agak lambat pickup cuti ni. SANGAT! xperasan perkataan tu. apakah?hehe da baca banyak kali ni. tapi masih -.-"