Tuesday, July 5, 2011

kenal USIM tak?

salam~

tadi ada orang post dekat wall group Tamhidi, bahawa ada segelintir pelajar USIM berhadapan dengan masalah untuk menerangkan USIM itu apa dan di mana. dan majoriti yang mengetahui pun sebab USIM itu di tepi highway, alhamdulillah.

saya sendiri pernah berhadapan dengan situasi ini. masa baru lepas dapat keputusan UPU, semua orang tanya dapat mana. ada yang tahu, dan ada yang tak tahu. dan jenuh juga nak terangkan.

insan A: dapat mana?
saya: dapat universiti sains islam.
insan A: oh, UIA?
saya: eh, bukan. ni yang dekat Nilai tu.
insan A: (angguk dan harap2 dia tahu)

tapi yang lawaknya masa ada sekali tu. pergi beli kuih ke apa entah, yang menjualnya orang situ2lah jugak. dia kagum pasal saya balik rumah. sebab dia nampak kad matrik yang terselindung bawah tudung. mungkin perkataan Islam tu samar2, jadi dia cuma nampak Universiti Sains Malaysia.

penjual: rajin adik balik ye.
saya: eh, tak adalah. dekat je kan. lagipun, minggu ni tak ada apa2.
penjual: eh, bukan kat Pulau Pinang ke?
saya: (terus tunduk belek kad matrik) eh, itu USM. saya USIM. sains Islam (hehe)
penjual: oh...

saya rasa, bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya. ramai mungkin. yalah, universiti baru, haruslah orang pun tak kenal sangat. apa-apa pun, saya harap yang membaca entri ini tahu dan kenal USIM ye. 

sekian, USIM simply inspiring~

(malas nak upload gambar)

2 respons terhadap bicara saya:

_aLiaHwaFa_ said... [balas komen ini~]

weh same. ada orang siap tnya, "kuis tu apa?". so biasa kalau org tny blajar kt mne, aku cakap kat bangi je. hahah

huda_emas said... [balas komen ini~]

hmm,,sama cm ak..bila ak ckap universiti sains islam,diorang tnya blik,UIA kah?
bila ckap USIM,tnya gk,USM kah..? wuwuwu~~ so sad..