Saturday, July 9, 2011

terima kasih ayah kerana bagi saya kereta~

salam~

selamat hari Sabtu dan selamat menyambut 9 Julai..sila jangan fikir bukan2. 

entri ini ialah special tribute kepada ayah saya yang telah bersusah-payah dan begitu banyak berkorban semata-mata untuk kesenangan anaknya. walaupun saya tahu ayah saya takkan sampai ke blog ini dan sekiranya ya, maka saya perlu bersiap-sedia untuk meng'edit' mana-mana entri yang dirasakan merapu (macam banyak je. sigh)

ayah, terima kasih sebab bagi saya kereta. walaupun bukanlah kereta Saga FL mahupun Myvi limited edition namun saya SANGATSANGATSANGAT berterima kasih sebab..oh terharu sangat ni. sebab ayah sanggup keluarkan duit sedempuk begitu untuk belikan kereta kepada saya. 

kereta tersebut ialah kereta Nissan Sunny yang dah hampir 20 tahun pun tapi ketika menaikinya, kakak kata macam tengah naik Saga. sebelum ni ayah ingat nak belikan Iswara aeroback tapi tak sempat nak buat downpayment, dah ada orang sebat. tak apalah, bukan rezeki. lagipun, itu baru downpayment. bayar bulan2 mahu semput ayah nanti. tengok, kereta 2nd hand pun mahal tau. 

namun begitu, saya sangat bersyukur sebab sudah ada kereta sendiri sekarang. ala, baru nak masuk degree kot takkanlah nak pakai kereta mahal2 pastu yang first hand pulak,kan? karang terlanggar kereta orang, terkemek pintu, terpatah wiper mesti menangis kuat2. jadi, kalau pakai kereta 2nd hand dan murah macam ni, rasa sedih tu tak adalah sangat dan taklah rasa rugi sangat. oh, ya. kereta ni pun jimat. isi minyak penuh ialah sebanyak rm40. sikit je,kan? kereta volvo ayah kalau minyak penuh mahunya rm150. ke dah makin naik?

jadi, nanti kalau nak pergi kampus senanglah. tak payah nak tunggu bas, bila naik bas belum tentu dapat duduk. paling best, nak pergi mana2 senang. balik rumah pun senang. tak payah nak terkedek-kedek beratur beli tiket lrt pastu kena tukar dekat chan sow lin baru sampai sungai besi. itu baru balik, pastu kalau nak pergi tesco beli stok makanan atau saja2 nak berurut dekat RestN Go ataupun buat spa ikan pun senang. insya Allah, semoga diberi kemudahan.

sekali lagi, terima kasih banyak2 kepada ayah kerana bagi saya kereta. semoga Allah murahkan lagi rezeki ayah. nanti dapat simpan duit pergi haji pulak. amin =)

p/s: Fariza, nak tumpang tak? kalau kau nak balik Serdang pun aku boleh tumpangkan =) insya Allah

3 respons terhadap bicara saya:

_aLiaHwaFa_ said... [balas komen ini~]

weh best gilaaa ko dpt kereta doeee.

Fariza said... [balas komen ini~]

okay baru nak komen lepas berteriak dekat akk aku "ade lagi kawan aku yg nk bwk keta nanti!" hehe wah dapatlah tumpang balik nanti. dulu aku anta sampai ktm serdang, skrg kau pula ye. takdir Allah itu adil. =D

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha~alhamdulillah, Allah bukakan jln untuk aku balas budi baik ayah kau dan kau. insya Allah. tp kne tgk aku balik la ek.hehe~