Monday, July 18, 2011

stanza cinta vs tahajjud cinta

salam~

hari ini drama-drama berunsurkan Islamik makin bertambah dari hari ke hari. semuanya bermula dari kejayaan drama Nur Kasih yang mencatat rating yang sangat tinggi, sehingga diangkat menjadi sebuah filem. saya dah menonton drama dan filemnya, dan jujur cakap, sedangkan drama pun ada buat saya menangis barang sekali dua, filemnya juga buat saya mengalirkan air mata sehingga berkali-kali. malu pulak pada orang sebelah masa menonton dalam tgv The Mines hari tu. 

tapi hari ini tak mahu cerita pasal Nur Kasih. sebab cerita tu dah 2 tahun berlalu. hari ini mahu kisahkan pasal drama yang sedang ditayangkan di tv3 sekarang ini, Stanza Cinta dan Tahajjud Cinta.

credit:google image

credit gambar:google image

sebenarnya dulu nak tengok Stanza Cinta dengan Tahajjud Cinta ni sebab ada Aaron Aziz *tarik telinga kuat-kuat* kerana terpengaruh dengan Nora Elena (perhatian: saya menonton secara online) tapi selepas itu Aaaron Aziz hanya menyumbang lebih kurang 75% sahaja minat untuk menonton drama-drama ini. selebihnya kerana tertarik dengan sinopsis cerita.

Stanza Cinta diadaptasi daripada novel Stanza Cinta tulisan Nurull Halawati. bagi saya, ini novel kedua selepas Tautan Hati yang membuatkan saya sangat tersentuh dengan ayat-ayatnya. ayat-ayat yang dinukilkan menjadi doa juga sangat best. ayatnya sangat memujuk bagi mana-mana remaja yang sedang dibuai cinta di alam yang penuh cabaran ini. ayat pasal jodoh, ketentuan semua di tangan Allah. kesimpulan: best sangat!! cuma agak sedihlah masa Irfan mati (huk2). tapi selepas itu gembira sedikit bila Amni akhirnya berkahwin dengan Taufiq.

Tahajjud Cinta pula bukan adaptasi mana-mana novel sebaliknya merupakan drama arahan Erma Fatima. ramai pelakon yang famous dalam drama ni termasuklah Aaron Aziz *tarik telinga sebelah kiri pulak* cumanya sampai sekarang dia belum muncul lagi. drama ni pasal apa entah tak sempat google habis tapi lebh kurang macam memperjuangkan hak wanitalah kot. kalau salah betulkan =)

bagi aku, 2-2 drama ni best. cuma aku lebih suka Stanza Cinta sebab walaupun permulaannya agak lambat, dengan pelakon yang sedikit kaku tapi malam tadi saya mendapati drama ni dah ada peningkatan. episod semalam boleh dikatakan majoriti dialog Amni, Irfan dan ustaz sangat best. menyentuh hati dan sekaligus berdakwah dengan cara yang ringan. entahlah, sebenarnya kalau baca novel lagi best tapi kita tak bolehlah nak expect yang drama akan 100% sama dengan novel,kan? yang penting, saya sokong Stanza Cinta!! hehe~

Tahajjud Cinta pun best. episod pertama lagi dah membuatkan saya kagum dengan Citra yang semangat nak buat demonstrasi memperjuangkan hak siapa-entah dekat universitinya sehingga dipanggil berjumpa pensyarah. tapi, masa episod dua saya rasa kurang senang sewaktu babak Wahdi memegang tangan Seri dan membuka purdahnya. ok. memang Seri pakai sarung tangan, tak apa. itu kita abaikan. tapi sebenarnya saya tak senang dengan perbuatannya itu. saya cuba bersangka baik, walaupun diorang belajar di Jordan ambil bidang usuluddin dan syariah tapi mereka tetap manusia biasa, maka tak terlepas dari kesilapan. tapi seterusnya saya tak seronok bila babak Seri meratap-ratap kematian Wahdi yang kemalangan. Citra pula memujuk tapi bukan dengan kelembutan. entah. setiap orang ada pandangan tapi saya macam tak senang pada cerita ini bila ada babak-babak macam ni.

belum lagi masuk babak mereka berjalan berdua-duaan. entahlah, saya tak pernah belajar di luar negara jadi saya tak tahu realitinya bagaimana. tapi setahu saya melalui pembacaan saya dalam novel Salju Sakinah, ikhtilat antara lelaki perempuan sangat terjaga. entah. terpulanglah. tapi kepada peminat Tahajjud Cinta jangan risau, saya akan tetap menonton drama ini, insya Allah. mungkin ada pengajaran yang dapat dikongsi dalam episod-episod yang akan datang. 

apa-apa pun, media bertanggungjawab dalam memandaikan masyarakat. sewajarnya babak yang diperlihatkan ialah babak yang mendidik, bukan babak yang mengajar masyarakat ke arah kemungkaran. saya teringat ceramah Puan Ainon ketika mengikuti kursus penulisannya suatu ketika dahulu. dalam surah Yusuf ada dinyatakan bahawa abang2 nabi Yusuf berniat jahat terhadap baginda tetapi tidak pula dinyatakan kaedah perlaksanaannya. bererti, kejahatan itu ada tetapi janganlah ditunjukkan. 

sekian, terima kasih =)

Selamat bersiap-sedia menyambut Ramadhan!! 

2 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

sekarang fenomena 'cinta islamik' melanda. refleksi ni best.

http://azlanshahjb.blogspot.com/2011/07/refleksi-drama-tahajjud-cinta.html#more

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

like link yg ko bg..
btul2...mgkn ada perkara yg kite xbwt skrg..tp siapa tau masa depan kita,kan?

thanks a lot..nk share ke fb la plak.. =)