Wednesday, July 27, 2011

kisah medical check-up dan darah~

salam~

pernah pergi medical check-up? seharusnya pernah. 

pertama kali pergi sebelum mendaftar masuk Tingkatan 1. biasa je. tak takut pun.

tapi bila buat untuk masuk Tamhidi, baru tahu. tak sukanya pergi medical check-up!!

sebab kena AMBIL DARAH. 

here the story begin.

tahun lepas, saya membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Besar Kuala Lumpur. bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM 80. di situ, saya telah dikehendaki buat x-ray, buat ujian urine,timbang berat badan dan sebagainyalah. tapi masa itu tak kena ambil darah lagi. namun begitu, keputusan pemeriksaan itu belum dapat disiapkan pada hari yang sama, jadi saya diminta untuk hadir pada 18 Mei 2010 untuk mengambil keputusan tersebut.

17 Mei 2010. malam. saya menerima panggilan dari Hospital Besar Kuala Lumpur bahawa saya perlu hadir keesokan harinya untuk membuat ujian darah. erk? serius. saya tak pernah ambil darah jadi saya tak tahu macam mana prosedurnya. malam itu,tidur jadi tak lena sebab memikirkan,macam mana agaknya ambil darah itu, ea?

keesokan harinya saya pun hadir ke hospital bersama ibu bapa saya. takutlah...tambahan pula saya tak suka bila cakap pasal darah ni.mesti nanti rasa macam tak sedap badan je. macam ada benda yang nak buatkan saya tertidur. namun begitu, semuanya berjaya diatasi ketika pakcik medical assistant mula menyuntik jarum ke salah satu arteri saya di lengan kiri selepas beberapa sesi menepuk-nepuk supaya urat darah timbul. 

masa darah kena ambil tu memang tak pandang langsung kat darah merah pekat yang tengah memenuhi picagari tu. buat-buat relaks aje padahal dalam hati, bilalah dia nak habis sedut darah aku ni?tapi tak lama lepas tu, sesi ambil darah pun habis. dan sejemput kapas dengan alkohol ditekapkan ke tempat arteri terkoyak tadi, hasil suntikan jarum supaya tak ada darah keluar lagi dah.

ok, ingatkan dah habis sampai situ. waktu tengahari, nama saya dipanggil. rupanya medical assistant tu cakap, doktor perhatikan dekat xray saya tu macam ada kuman-kuman dekat paru-paru saya. dia suspek, mungkin TB. saya dah cuak. masa tu memang saya tengah batuk-batuk dan agak teruk sebab dah berlarutan hampir sebulan. jadi, kes saya terpaksa dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori. 

maka, tengahari itu pun berkampung dekat IPR pulak. doktor check dan doktor memang suspek kalau ada TB. tambahan pula masa ni tengah serius dengan wabak H1N1. jadi, doktor suruh bagi sampel darah dan kahak, manalah tahu kalau memang wujud kuman itu. oleh itu, saya pun pergi ke bilik nak bagi sampel darah tu.

ok, kena ambil darah lagi. tadi dah sekali kena cucuk. serius,tak suka bila kena cucuk. sampai je dekat bilik tu, encik medical assistant terus ambil 5 test tube pelbagai saiz dan letak atas meja, sekali dengan picagari untuk sedut darah. mata dah terbuntang luas. LIMA??!! bukan nak derma darah kot.kalau muka saya ni memang ada iras penderma darah paling banyak dalam negara,baik bagi beg plastik je. ok,dah start cuak.

mula-mula encik MA tu nak cucuk bahagian kiri dekat dengan siku. sebab bahagian situ senang keluar darah. lepastu baru dia perasan yang bahagian tu dah dicucuk pun. jadi dia beralih ke lengan kanan. serius,masani sangat tak suka bila dia tepuk2 tangan orang. memanglah pakai sarung tangan tapi kalau dah menepuk tu macam gaya orang nak tidur,tak ke tepukan tu macam nak mintak pelempang?haha~ganas betul mak ngah seorang ni.

tepuk punya tepuk, tak jumpa urat darah tu. dia pun pelik. dah berapa kali mengeluh dah. oklah. buat dalam bentuk dialog. senang cerita.

MA: dik, mana urat darah awak ni?
saya: *cakap dalam hati. malas nak layan.(entah..adalah sekitar tangan tu)
MA: isy, tak dapat pun ni. banyak botol nak kena isi ni. (spontan dia tunjuk 5 test tube tadi)
saya: hmm..
MA: awak janganlah takut. relaks je. kalau tak nanti urat tu kecut, lagi susah nak ambik darah.
saya: (ya tak ya jugak. oklah,relaksje.)
MA: hah..macam nilah... alamak..tapi darahnya keluar sikit je la. (dia cucuk jugak kat lengan kanan tadi)
MA: cuba cucuk kat sini pulak. (dia cucuk kat belakang tapak tangan kanan)
saya: ss..sakitlah. (haruslah sakit. sini darah keluarlah jugak tapi sebab sayakan kurus *perasan* jadi terasa sakit bila jarum tu terkena tulang)
MA: sorry2 (kau ingat ni konsert super junior ke?). tak apalah.kita cuba ambik kat sini pulak.(dia tunjuk dekat belakang tapak tangan kiri)
saya: ok. (harap-harap tak sakit)
MA: sorry ye awak. kena pakai cara yang ni. sebab darah keluar sikit sangat. banyak lagi nak kena isi ni. (alamak, ada 3 test tube lagilah. itupun ada satu yang belum cukup lagi sebenarnya).

dan MA itupun keluarkan satu lagi picagari baru (sebenarnya setiap kali cucuk kat tempat baru kena tukar terus jarum tu) tapi kali ni macam jarum mesin jahit je rupanya). aiyooo...amma..appa...eh..silap.. ya Allah, bantulah hambaMu ini (tiba-tiba macam nak keluar lagu HambaMu ost Imam Muda pulak).

MA: awak tahan sikit ea. yang ni sakit sikit tapi nak buat camner.
saya: hmm..redha je la. (ok, kali ni banyak sikit darah keluar)
MA: ni nak sambung study ea? sambung study kat mana?
saya: USIM.
MA: hah?kat mana tu? (kau nak terkejut pulak. rabak tangan aku siap kau)
saya: kat Nilai.
MA: oh..(entah ya dia tahu entah tidak). alamak,macam dah tak keluar dah darah kat sini.kena cucuk kat tempat lain pulak. 
saya: (hah?? ni dah berapa tempat kena cucuk ni? dah macam penagih pulak, asyik cucuk tang sini, dia cucuk tang sini.)
MA: try ambil dari sinilah. (dia pun cucuk picagari baru ke salah satu arteri di pergelangan tangan. nasib baik masa ni banyak jugak darah keluar dan akhirnya mencukupi jumlah darah yang diperlukan untuk buat ujian)
MA:huh...habis pun. (sambil tangan susun test tube tadi.)
saya: (mata bulat je tengok darah pekat sendiri dalam 5 test tube tadi.)

kesimpulan: dalam satu hari sampai 5 tempat kena cucuk dan 7 test tube pelbagai saiz digunakan untuk mengumpulkan darah jenis B saya itu. eh?ke darah A? nantilah nak cari balik laporan lab yang buat masa tamhidi dulu. 

sekian sahaja pengalaman saya mengambil darah. pengalaman pertama kebanyakannya tak indah. harap2 lepas ni kalau ambil darah dah tak takut sangat. 

sebenarnya esok nak pergi medical checkup. sebab tu tiba-tiba tergerak nak tulis pasal ni.

p/s: nasib baik nanti nak jadi doktor gigi. tak adalah kena cucuk orang selalu.kalau cucuk pun dekat gusi. gusi tak banyak darah,kan? hehe~

2 respons terhadap bicara saya:

asnizaziz said... [balas komen ini~]

salam..wahh, takutla nak kena cucuk..tapi lebih rela kena cucuk drpd kena mkn ubat...uuuuu..takut makan ubat punye pasal..

sy follow sini ^_^

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@asnizaziz

waalaikumsalam~hehe...saya pun xtau knp xsuke ngan jarum...btw, thanks~