Wednesday, July 6, 2011

bayangkan kalau pelajar tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka~

salam~

ini adalah idea mengarut semata-mata. awal2 lagi diperingatkan bahawa ini hanyalah sekadar gurauan dan mustahil untuk jadi kenyataan. 

1) bayangkan kalau budak Tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka, lebih-lebih lagi kalau satu kuliah. semestinya kes tidur dalam kuliah akan berkurangan dan akhirnya menjadi sifar. hal ini seterusnya akan memberi mood yang baik kepada cikgu2 untuk bagi syarahan sebab bila dah berkahwin, apatah lagi kalau suami/isteri dalam kuliah yang sama, sudah tentu perasaan untuk melentok-lentok ke kawan sebelah atau melakukan aktiviti main tic-tac-toe buat hilang mengantuk akan hilang sama sekali. hal ini kerana mereka mengetahui bahawa cik abang/adik sayang akan memerhati dari jauh.mestilah, sumber inspirasi depan mata. biasanya orang yang kahwin masa belajar akan belajar sungguh-sungguh sebab nak jaga anak orang. lagi, presentation pasti akan dilakukan di tahap yang terbaik punya sebab tak nak malu depan cik abang/ adik sayang sendiri. jangankan presentation, kalau boleh setiap soalan yang cikgu lontarkan (contohnya cikgu Kimia) akan dijawab sehabis baik sebab tak nak kantoi depan cik abang/adik sayang yang sendiri langsung tak buat homework yang cikgu bagi, apatah lagi cikgu tu sendiri.

situasi ini tidak pernah berlaku di usim, sekian harap maklum~


2) bayangkan kalau budak Tamhidi dibenarkan berkahwin sesama mereka, elaun yang diterima daripada Kementerian Pengajian Tinggi pasti akan digunakan sebaik-baiknya sebab ini akan mendidik sikap bertanggungjawab dalam diri mereka. kalau hari ni cik abang dah tolong top-upkan RM10, minggu depan giliran adik sayang pulak. elaun juga takkan dibazirkan sesuka hati dengan berbelanja di KFC di Giant Nilai ataupun berkunjung ke Tesco Nilai yang baru bukak tanpa sebab. apatah lagi pergi sewa prebet sapu semata-mata nak pergi pasar malam dekat Bukit Mahkota (ok, yang ni tak pernah dengar orang buat sebenarnya). sebaliknya, elaun yang diterima akan digunakan secara berhemah. manalah tahu kot2 masa cuti mid-sem kena balik rumah mertua, tak adalah balik dengan tangan kosong. duit yang ada bolehlah digunakan untuk membeli buah mata kucing atau durian sebagai buah tangan kepada mertua tersayang. lagi, perbelanjaan terhadap keperluan akademik juga akan dapat dijimatkan sekiranya pasangan dari course yang sama. tak payah beli buku 2 kali. kongsi sahaja. ala, tutor kimia awak, tutor kimia saya jugak =)

nah, ni sumer elaun abang. simpan dlm akaun awak ye~

3) bila di hostel, jaksa tak risau sangat tengok lelaki perempuan berdua-dua sebab setiap pasangan akan didaftarkan dan tahu yang berdua-dua tu ialah orang yang dah kahwin. kalau makan semeja pun tak kisah. tapi haruslah pandai menjaga etika dan akhlak mulia ya saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian. buat study group pun tak apa sebab saling membantu,kan? dan masing2 juga akan tahu untuk naik ke rumah bila dah pukul 11 camtu. hei, walaupun sudah berkahwin,takkanlah nak tunggu kena hambat baru pandai cari jalan balik rumah. masing2 juga akan saling ingat-mengingatkan tentang peraturan kolej dan universiti supaya tidak menerima padah di hari muka.  

4) dan yang paling penting sudah tentulah ikhtilat antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan lebih terjaga kerana masing-masing pasti ingin dan perlu menjaga diri masing-masing. mereka tak akan berurusan melainkan atas sebab2 yang benar2 penting. itupun kalau boleh nak mintak passkan kepada cik abang/ adik sayang. ok, agak mustahil perkara itu. namun begitu, lebih penting lagi ialah permasalahan 'couple' tak akan timbul kerana para pelajar telah mengambil langkah bijak dan menepati syarak iaitu dengan mendirikan Baitul Muslim. meskipun masih muda, namun ilmu itu dapat dipelajari melalui pengalaman. tak semestinya bila dah kahwin, perempuan kena berhenti belajar dan jadi suri rumah manakala lelaki pulak berhenti belajar dan kerja tak kisahlah apa2 asalkan dapat jaga anak orang. (wah, cakap macam dah berpengalaman)

sekian, itu sahaja idea mengarut saya setakat ini. diingatkan sekali lagi bahawa ini hanyalah rekaan semata-mata. takkannya budak baru habis SPM, baru lepas ambil lesen memandu, bawak kereta langgar bumper pun sampai terhantuk ke siling kereta nak terus kahwin. kan? ke ada jugak?

p/s: ulangan lagi sekali. INI IALAH REKAAN SEMATA-MATA. sila jangan ambil serius =)

*credit gambar:google images*

4 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

saya nak jadi jaksa yg mendaftar pasangan! kat fakulti nanti "bayangkan" ni akan jadi "dah bayang dah". tapi bab tidur dalam kuliah rasa-rasa cam sama je. presentation sume tak pasti. tp suka tutor kimia awak tutor kimia saya juga* =)

Rukia said... [balas komen ini~]

terbaik larr..hahaha!! XD

huda_emas said... [balas komen ini~]

haha..kn bes kalo cmni..terbaekkk r kakpah..tabik spring..hehe

ana izzat said... [balas komen ini~]

huish..boley gagah gk resons 2...hihik