Tuesday, July 19, 2011

harry potter dalam kenangan

avada kedavra!!
salam~

tanggal 15 Julai yang lalu, bermulanya tayangan bagi filem terakhir kisah budak berparut petir di dahi sekaligus mengakhiri fenomenanya selama 10 tahun. selama 10 tahun, dengan tujuh siri novelnya dan diadaptasi menjadi filem, seluruh dunia mengetahui kisah Harry Potter ini.

saya pun mengikuti Harry Potter sejak filemnya yang pertama, Harry Potter and the Sorcerer's Stone. bukan tengok wayang, tapi ayah belikan cd. lepas tu tengok yang kedua pulak. yang ketiga tengok kat tv2. yang keempat tengok kat mana entah, tv ke cd, sudah lupa. yang kelima tengok dekat channel HBO. yang keenam tengok dekat komputer, kakak dapat. yang ketujuh part 1 beli cd, berbulan tahu tunggu semata-mata nak tengok. dan akhirnya yang part 2 berjaya ditonton semalam. hehe~yang ni je tengok kat wayang. wayang yang hanya ada tujuh penonton. xpercaya? percaya sahaja. kuala lumpur ini berlambak pawagam, sebab itu wayang dekat desa petaling ini tak ramai orang.

novelnya pun semua sudah habis dikhatamkan hasil budi baik kawan-kawan meminjamkan. baca yang bahasa Melayulah tapi. semuanya tebal-tebal tapi boleh pulak habis. hehe~pendek kata, saya memang mengikuti setiap siri Harry Potter ini. persoalannya, tak apa ke?

ada yang kata Harry Potter ini ada menerapkan unsur-unsur Illuminati. sebab lambang Deathly Hallows itu berbentuk segitiga dengan bulatan di tengah dan ada garisan melintanginya. seolah-olah mata satu. siapa yang ada mata satu? huhu~yang ini  jawab sendiri ya. lepas itu ada yang bertanya, tidakkah salah mempercayai ilmu sihir semua ini? hmm..berdasarkan pendapat saya yang tak seberapa, mestilah salah. tapi saya menonton dan membaca sekadar membaca, tidaklah sehingga masuk ke dalam dunia sihir Harry Potter. saya tahu semua fakta-fakta rekaan JK Rowling untuk kisah Harry Potter ini tapi tidaklah sehingga membawa masuk semua itu ke alam realiti. realitinya, Harry Potter hanya watak khayalan JK Rowling dan sesudah tamatnya siri ini, ia akan hanya tinggal sejarah. di mana kalau anak-anak saya tahu pun nanti, itu mungkin disebabkan saya yang bercerita pada mereka. *kalau boleh taknaklah*

pendapat saya juga, tidaklah salah apabila minat dengan cerita ini. tetapi sangat penting untuk bijak menjaga diri agar tidak terpesong kepercayaan dan kefahaman. jangan juga dok tengok filem Harry Potter dan baca novelnya sampai lupa nak sembahyang. ambillah sekadar hiburan disamping dapat belajar bahasa Inggeris ke.  tapi, satu yang saya perhatikan, Harry Potter ini ada kebaikan jugak. dia mengajar betapa pentingnya kasih sayang sesama ibu bapa dan kawan serta kepercayaan dengan sahabat. walaupun mereka semua ni kafir dan memang budaya mereka lelaki perempuan bergaul tanpa batas, tapi ada sedikit yang saya respek. sedikit sahajalah. yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh2. kita semua dah besar untuk bezakan apa yang baik dan apa yang buruk.

Harry Potter dalam kenangan~

p/s: famili bonding dalam cerita ni kuat, kan? semua saling menyayangi. walaupun keluarga Dursleys tak suka Harry sebab dia ahli sihir, still Harry dapat makan dan membesar dengan hensemnya baiknya. maksudnya, tak adalah pulak Petunia nak buang anak saudara dia tu. orang kat Malaysia? anak sendiri pun nak buang. malulah dengan orang bukan Islam,kan?

4 respons terhadap bicara saya:

Fariza said... [balas komen ini~]

teringin nak tengok harry potter tapi dari first series da ketinggalan, nak kejar sampai akhir ni pun macam buang masa pula. ape kata kau jadi penglipur lara crite kat aku? hehe

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

haha~kite bwt bedtime story eh?

Fariza said... [balas komen ini~]

@nawwar_hanifah

oh bole! hehe 'afifah, asrama lain n probably kena duk dgn senior tu ade. dgr kakak aku ckp2 td. tp xtau medic dentist laen crite. *cuak x?* aku da ade homesickness mood da ni.

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Fariza

urghh..cuak2..aku cuak part duduk dgn senior 2.alamak..hrp2 duduk same2 batch. aku segan la..aku dah la nakal. nnt klau duduk dgn senior msti diorg tension..huk2..haha~