Friday, May 11, 2012

untuk adik2 bakal pelajar tamhidi pergigian '12/'13

salam~

ini entri untuk adik2 yang bertanya perihal tamhidi pergigian. yang bukan pun boleh join =)

1)kisah hidup kat Tamhidi

actuallykan, saya ada buat entri2 yang memang cerita pasal saya kat Tamhidi dulu. maybe korang boleh jenguk2 sini.


part of my life-tamhidi =D (part 1)


setakat ni itu jelah yang sempat dicoretkan pasal kisah hidup kat Tamhidi. kalau nak tengok yang lain2, boleh klik kat label 'tamhidi'. nak buat entri baru yang khas pun saya tak ada masa sangat. minta maaf banyak2 *tundukbanyak2kali*

2) barang2 keperluan
erm..barang keperluan. apa yang korang rasa perlu, bawa je. baju2 untuk kuliah (baju kurung @ pakaian yang sopan n menutup aurat), baju2 santai (tshirt n sebagainya). ikut koranglah. lepastu, kalau rasa perlu betul laptop, boleh bawak. tapi sepanjang di Tamhidi, saya tak pakai sangat laptop. ada je kerja yang kena buat guna laptop bagai ni tapi taklah sedahsyat peringkat degree. habis2 pun guna laptop sebab nak online atau update blog *dush3* 

3) hari pendaftaran
korang mendaftar 23/5 kan? sama dengan kitorang dulu =D masa hari tu nanti, jangan lupa bawak segala dokumen yang diperlukan. jangan tinggal satu pun! nanti rumit. lepastu, kalau boleh, salinan IC sendiri, parent n sebagainya, buat banyak2 sebab takut tiba2 tak cukup pulak. gambar pasport pun jangan lupa. lepastu, bagi yang perempuan, sila pakai tudung lawa2 sebab nanti korang akan ambik gambar untuk buat kad matrik. samalah untuk lelaki. pakai smart2 tau =) hari pendaftaran tu nanti, kalau boleh, terus pakai baju ungu macam yang USIM suruh tu. senang sebab tak payah tukar2. nanti orientasi pakai baju tu jugak.

4) hari orientasi
sebenarnyakan, kalau universiti lain orientasi dia ada yang seminggu dan sebagainya. tapi masa kat Tamhidi, takde rupa orientasi sangat pun. haha~banyak ceramah je. n banyak briefing pasal subjek2 yang akan korang study kat Tamhidi nanti. explorace bagai ke apa takde pun. masa degree baru ada. fakulti buat. so, takyah risau sangat pasal orientasi kat Tamhidi =)

sekian, itu sahaja yang dapat dikongsikan. harap2 dapat jawab soalan yang diajukan. ini dari pengalaman saya. mungkin masa anda, lain aktivitinya. apa2 pun, tahniah kepada yang dapat Tamhidi USIM =D selamat datang n semoga terus berjaya pada masa akan datang =)

6 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

wah! femesny kawan sekolah sy ni..bgs2! kot2 bole jd mpp ke...hehe

habis2 pun guna laptop sebab nak online atau update blog *dush3* #i like! hehe

additional info :
jgn tgglkn pape dokumen ms pendaftaran kat parents..korg akn daftar sndiri,parents tggu ats tlg tgk je..kalau suro parents pegangkan pape, nti da jd satu kesulitan bila nk daftar...pastu compile dokumen based on list..nanti trus hand-in je dgn pendaftar n beres...

gmbr pasport bwk lebih...nti
ms intro subject,korg akn dpt helaian yg suro isi maklumat diri..kalau nk femes,bole ltk gmbr skali..kitorg dlu nerd...kata je akn bg gmbr kemudian..tp xbg jgk..hehe

byk2 berdoa semoga Allah beri yg terbaik...n appreciate ms bersama family skrg..takut homesick nanti...hehe

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

haha~jgn nak mengarut duhai fariza =)
xreti la jadi mpp2 ni..hehe..btw, thanks for the additional info =D

dgr 2 adek2~

farizaat said... [balas komen ini~]

eh..dentist da smpi kuota ke?medic masuk 2014 ni penuh da n will start to have interview...ahh sudahhh

ohh tukang jahit..jgn mahal2 eh...confirm aku anta kat kau..hehe

farizaat said... [balas komen ini~]

kena wat pengenalan ni..kak 'Afifah ni schoolmate ms kat smka maahad hamidiah...br knal ms form3 sbb dia br masuk..form4 jd jiran klas sblh..form5 jd jiran blkg tmpt duduk belah kiri,sblh pntu blkg tmpt org seludup mesej2 tnpa pengetahuan ckgu kat depan..haha ms tamhidi dia duk rumah bwh C-2-9 rasany...sy C-3-5(xtny pn)...n kerap jgkla blaja sama2 n dia pn byk kali syahid kat rumah sy...baik kan dia?hehe slalu memberi kata2 smgt kat sy...pendek kata,cari kawan yg baik,yg sntiasa ade mndgr cerita suka dan duka...dan Allah mmg pasti 100% akn ada bersama..

hidayah_daisy said... [balas komen ini~]

thanks kak :)

Unknown said... [balas komen ini~]

Kuota ntuk sarjanamuna perubatan berapa orang ya?
Plajar tamhidi medik brapa orang?