Tuesday, August 28, 2012

cuti yang busy~

salam~

hari ni dah masuk minggu ke-4 bercuti final sem. rasa macam dah lama tapi bila mengetahui bahawasanya minggu depan dah nak kena balik gv, maka masa tu timbul soalan dalam otak fikiran tak pasti lobe belah mana, "kenapa cuti aku sekejap sangat?".

tapi lepas tu sedar diri balik. dulu saya jugak yang beria nak cuti sekejap. sebab bila cuti lama sangat boring plus rasa boring dan nak jerit bila ada 'cornflake' kat rumah. huhu~

so, kali ni saya merasa cuti saya amat terisi berbanding cuti tahun lepas yang lama dan bosan dengan rutin yang sama tapi seronok sebab dapat pengalaman first time naik kapal terbang melancong ke Langkawi bersama famili tercinta =)

minggu first, saya habiskan dengan marathon tengok Merlin, Family Outing dan Team Medical Dragon tapi sampai sekarang Merlin je yang dah habis tengok. sambil2 tu kerja saya ialah buat house chores dan menjahit baju raya.

minggu second, masih sama dengan minggu first kecuali bezanya baju dah siap jahit dan minggu ni banyak buat kuih. tapi satu je yang menjadi. haha~almond londonku tak begitu menjadi. sob3. nasib baik ayah rajin beli kuih kat office jadi tetamu yang datang rumah akan tetap dapat merasa almond london.

minggu third, disebabkan Ahad dua minggu lepas Raya, jadi memang raya sakanlah seminggu ni. 3 hari raya yang first spent kat kampung ayah pastu 3 hari yang berikutnya kat kampung belah mak. namun begitu, rezeki duit raya tahun ni tak banyak. cecahlah jugak 100 tapi dah mula rasa raya masa dah besar ni makin tak best. mungkin dah kahwin nanti best kot? hehe~ada sedara baru, bagi duit raya kat budak2 kecik serta masa tu yang paling penting dah ada teman untuk harungi Ramadan sama2. hehe~

sekarang dah minggu keempat. saya kena cari game2 yang best yang boleh dimainkan untuk orientasi budak baru nanti. tetiba blur pulak, treasure hunt tu camne eh main dia? haha! sabar je la. masa ni la jugak dok ulangkaji balik setiap episod Running Man sebab nak tengok kot2 ada game yang best yang boleh dimain. tapi banyak yang tak logik je jadi terpaksalah search internet. yang tak menahannya tengah search2 boleh pulak terjumpa blog sendiri. haha!!

ni antara yang saya jumpa kat Running Man game2 yang best tapi tak logik kalau dibawak ke FPg. haha~

flip a coin: tepuk buku tu bagi syiling tu terbalik ke permukaan belah sana.

yang game ni sukar untuk dilaksanakan. tak tahulah sebab kenapa tapi saya dah praktis banyak kali dari malam semalam, tak terbalik2 pun syiling tu. kalau tepuk atas bantal baru boleh terbalik. jenuhlah kakak nak bawak bantal pergi kampus semata-mata untuk game ni. kalau saya suggest game ni, mesti ditolak. haha!


hit the chopstick. chopstick ni taruk celah2 jari pastu hentak dia ke meja bagi patah. xpatah, FAIL!!

yang ni pun memang tak ah nak buat. buat naya anak orang je. tangan tu nak pakai lama lagi. haha! plus, kitorang pun tak makan pakai chopstick so ini pun saya tolak siap2 sebelum suggest lagi.


one person came.game ni kita seru berapa nombor pastu orang ikut giliran nombor tu kena bangun

yang ni saya rasa tak sesuai sebab boleh melenguhkan badan dan kesian kat budak2 yang dah sedia penat tu. mungkin boleh suggest untuk telematch kot. hehe~


anyway, last2 game yang ni jugak masuk list saya:

draw in row. game ni kitorg pun dah main masa orientasi dulu tapi sebab best, so harap dpt buat lagi. hee~


last2 game ni jugak yang nak dicadangkan. tak tahulah diterima ke tidak. tapi game ni yang paling syok sebab dapat tengok bakat melukis semua orang. haha~memang sampai sakit perut gelak bila tengok orang dalam row tu spoilkan gambar yang nak dipass ke belakang. haha~


dahlah. tengah fikir lagi satu game. kalau sesapa ada idea, sila jangan segan2 ea nak bagitau. hihi~~


oh, ye. sila klik gambar untuk lebih jelas =)

0 respons terhadap bicara saya: