Wednesday, August 1, 2012

hadiah ulangtahun kelahiran yg paling bermakna =)

salam~

dah masuk fasa kedua Ramadhan. macam mana hari2 yang dah berlalu? adakah sama macam biasa atau makin baik dari hari ke hari? ;)
source

syukur sangat3456788 yang tak terhingga. alhamdulillah. tak tahu lafaz apa lagi yang boleh gambarkan betapa tingginya rasa kesyukuran atas semua nikmat yang Allah bagi =)

kan hari tu saya ada bagitahukan yang saya tengah tunggu result sama ada saya kena viva@re-sit atau tidak pro exam. hari ni ialah hari penentuan. guess what??

alhamdulillah!! saya lulus =D lulus bermakna saya tak kena viva dan jugak tak kena duduk-semula mana2 subjek =) syukur sangat2. 

mula2 tahu yang viva untuk subjek anatomy. bila tengok je nombor matrik sendiri tak ada kat list tu, terus senyum dengan sangat lebarnya =D syukur dah lepas satu subjek.

lepastu tahu untuk subjek oral biology pulak. yang ni pun sangat seronok bila tahu tak kena viva. tapi yang kena viva ni semuanya viva spesies distinction, yakni viva yang nak melepaskan diorang ke markah A. ya Allah, aku ni dapat lulus pun dah cukup bersyukur sangat.

lepastu menunggu sama ada kena re-sit atau tak. masa ni sangat berdebar tahu sebab saya takut subjek Physiology dengan Biochemistry. saya tahu saya tak usaha kuat sangat kat dua subjek ni dan dua subjek ni saya tak pernah dapat A. lulus cukup2 makan je. alhamdulillah sangat2 sebab kat sini pun saya tak kena re-sit =D

bila dapat tahu je saya tak kena langsung re-sit mahupun viva, terus terduduk peluk Adila sambil menangis. tak tahu macam mana nak gambarkan rasa seronok dan syukur sebab dapat lepas semuanya. mungkin orang akan kata, " alahai, tak kena re-sit dengan viva je pun. semangat sampai nangis2."

yep, orang tak tahu. memang orang tak tahu. tapi kalau anda baca blog saya dari dulu dan perasan yang entri saya lately kebanyakannya berkisarkan luahan saya yang tertekan dengan kehidupan semester 2 yang serabut, maka anda akan faham. dan anda akan tahu kenapa saya menangis sungguh2 bila tahu dapat lulus professional exam ni.

sebab saya tak study betul2 sem 2 ni. saya bergantung harap dekat attention yang cuba saya bagi masa dalam lecture/dissection hall/makmal je. saya cuba tumpu 100% walaupun dalam kebanyakan masa saya terlelap. haha~lepastu, masa study week pun sempat lagi busy2 dengan roadshow yang alhamdulillah jugak berjalan dengan lancar. pendek kata saya tak banyak masa nak study. sebab tu saya sangat risau sampaikan pernah terbayang yang tahun depan mungkin saya tak dapat naik tahun 2. ngeri sungguh! masa tu jadi sangat sedih sebab saya sayang kawan2 saya dan kalau betul, mana saya nak letak muka? wuwuwuw~

jugak, masa paper biochemistry saya blank. saya tak tahu nak jawab apa. lagi2 masa tengok soalan pasal eicosanoid tu. part yang saya baca sekali lalu sahaja dan kalau tak jawab, semestinya 15 markah akan hilang. mana saya nak cover? sebab tu lepas habis paper, saya tawakkal je. saya redha kalau kena re-sit paper biochem sebab saya sedar usaha saya tak sebanyak mana. tapi alhamdulillah hari ni Allah bagi saya hadiah yang paling bermakna untuk ulangtahun usia yang yang akan datang iaitu lulus exam ni =)

sekarang, mari doakan kawan2 saya yang bakal viva dan re-sit. saya harap sangat mereka akan lulus dengan jayanya. doakan urusan mereka dimudahkan dan diberikan ilham yang baik ketika jawab soalan nanti. amin. 

satu je saya mintak untuk hadiah hari jadi saya. saya harap kami satu kelas dapat naik ke tahun 2 dan terus berkawan sampai bila-bila =D amin.

terima kasih atas doa anda semua =)

1 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

amin...tok smua owg mlgkh msuk scnd year...