Sunday, August 5, 2012

terima kasih tahun 1, selamat datang tahun 2~

salam~

sekarang saya secara rasminya sedang bergolek2 sambil menghabiskan masa yang terluang untuk cuti yang cuma sebulan ini. alhamdulillah masih dapat cuti. ada orang mungkin tak merasa cuti pun. 

terima kasih tahun 1 yang telah saya lalui atas segala pengalaman berharga dan pengajaran yang terlalu banyak dalam hidup ni. sedar2, tahun ni saya dah umur 20 dan saya bukan budak kecik lagi dah. tak tahulah kenapa tapi bila mengingatkan angka 20 tu dah dijejak, terasa macam "aku dah besar?" iaitu perasaan berat dan risau nak hadapi hari2 mendatang.

sememangnya tahun 1 yang dah lepas ni memperkayakan lagi perbendaharaan pengalaman saya. saya merasa banyak benda. saya nampak sangat bezanya semester 1 dengan semester 2 saya. semester 1 sangat senang lenang sebab tak kena pegang apa2 lagi. masuk je semester 2, boleh kata setiap bulan mesti ada air mata yang tumpah. jadi, saya belajar untuk jadi kuat semester ni dengan mengambil subjek tambahan iaitu sentiasa kuat, sabar dan bergantung 100% pada Allah.

terima kasih tahun 1. saya belajar jadi bendahari, saya belajar jadi ahli jawatankuasa, saya belajar jadi pendebat, saya belajar membahagikan masa dengan sebaik mungkin, saya belajar cara belajar yang betul that is tumpukan sepenuh perhatian dalam kuliah so that nanti masa balik tak payah nak kena menghadap buku lama2 just sebab nak cover benda yang saya tak faham masa lecture. sangat rugi tahu? harap2 ini dapat dipraktikkan lagi untuk 8 semester akan datang, biiznillah =)

jugak, saya belajar untuk jaga kesihatan saya. jangan disebabkan kesibukan, makan minum terabai. hari tu masa pergi kenduri kahwin senior saya ada bagitahu yang saya sakit kepala. saya ingat sakit kepala biasa, so tindakan saya untuk melegakan ialah tidur. saya takut nak ambik Panadol. sampailah satu hari lepas dah hampir 2 minggu lebih sakit kepala tu tak hilang2 jugak, saya turun pergi klinik panel. masa ni dah tak tahan sangat, rasa macam nak hantuk kepala kat dinding. saya ingatkan migrain. rupanya bila doktor dah check, tekanan darah saya rendah. huhu~sabar je lah. semuanya disebabkan saya tak jaga makan dan kurang minum air. alhamdulillah saya ada kesedaran nak pergi klinik. haha~yelah. appearance mungkin bagitahu kita just sakit kepala tapi kita still boleh buat kerja macam biasa. padahal dalaman tak betul. agaknya mesti sangat dahsyat sampaikan renin-angiotensin-system gagal me'restore' blood pressure saya ke normal. alhamdulillah selamat =)

so, tahun depan kena jaga diri elok2. kena banyak3 minum air, tak boleh makan sesuka hati tak ikut waktu, tak boleh jugak tension2 (sebab bila tension saya nangis dan bila nangis kepala pun jadi pening) dan kena banyakkan makan sayur (padahnya bila malas makan sayaur). sebab tahun depan akan datang dengan lebih banyak cabaran dan saya kena jadi kuat =) insya Allah.

selamat datang tahun 2 =D semoga saya dan kawan2 satu batch diberi kekuatan untuk menempuh cabaran baru yang tahu macam mana rupanya. Allah sentiasa ada dan akan tolong hambaNya =)


0 respons terhadap bicara saya: