salam~
hari ni nak mengarut secara bebas tanpa sempadan lagi. haha!!
esok dah nak merdeka. dah 55 tahun nampaknya negara kita merdeka dari segi bahasa tapi minda masih dijajah dan tidak merdeka. apa2 pun, semoga keamanan yang kita rasa walaupun tak begitu harmoni ni membantu kita untuk membebaskan diri sepenuhnya dari penjajahan.
heh, sarkastik pulak.
ape lak. orang cakap betullah.
hmm, fikir sendiri la.
dah2. hehe~hari ni saya amat gembiranya pun serta bersyukur kerana sebahagian kerja2 saya sebelum balik ke gv sudah selesai. alhamdulillah~tinggal lagi sikit je nak kena buat dan insya Allah kalau takde aral, paling awal saya akan balik gv Selasa depan.
heh, macam dah tak sabar je nak balik asrama? haha~mana adalah. hari tu la yang saya nampak free untuk orang2 tersayang menghantar saya. kalau tidak, entah bila lagi boleh hantar. kan, kan, kan? *lambai sikit dekat mak*
oh, ye. tadi saya sudah berjaya mengumpulkan gigi2 terbuang. setahun saya tinggalkan bekas kat klinik2 gigi tu. tapi satu je yang ingat kat saya. haha~salah sendiri jugak sebab tak keep in touch dengan klinik2 tersebut. nasib baik ada rezeki. syukur sangat. tapi haruslah jumpa gigi yang berlubang sana sini lagi banyak dari gigi yang 'bunyi' (baca: sound).
gigi2 daku. jgn tertipu dgn saiz bekas. harap maklum. |
weee...rajin sungguh mengedit gambar siap letak nama blog. padahal kalau dah update dalam masa busy2 dulu, tak kira dah semua ni. link sumber asal gambar pun tak letak. haha!! apa2 pun, saya di sini sukacita ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua orang yang pernah datang mencabut gigi di klinik2 sekitar Sg. Besi. kerana gigi anda, saya dapat belajar. ecehh...
lepas ambik gigi, saya jalan2 kat pekan yang semakin membangun itu. sebenarnya, ni la kali pertama saya jalan sensorang kat situ. sila ambik perhatian. dahlah jalan kaki dari rumah sebab dekat je pun, lepastu sensorang lak tu. alhamdulillah takde pape jadi. memula jalan kat Hari2 la, tengok2 kasut la, pastu ternampak Secret Recipe lalu hati berdetik, nak masuk ke tak. bukan selalu aku makan sensorang kat tempat vogue camni. haha!! tak jadi la. saya cepat muak bila makan kek secret recipe lagi2 sensorang. tetiba lalu depan kfc pulak. hehe~yang ni ok kot. maka, saya pun berkeputusan untuk makan di situ. saje, habiskan masa.
tapi tak makan banyak pun. beli Pokkits a la carte je. nak beli air kang batuk ni makin menjadi pulak. jadi, makan saje. tapikan, agak sedihlah makan bendalah ni. bila mengharungi detik2 menyedihkan makan Pokkits ni saya terkenang pada Toasted Pocketful yang merupakan kegemaran saya suatu ketika dulu setelah Foldover McD takleh nak dimakan.
bendalahnya camni, ada roti ape eh..dah lupa padahal slalu makan kalau beli kat pasar malam. haha~macam roti nan kot. osah ko membongak, pah. hahaha...pastu ada kepingan ayam dengan sos nenas (rasanya la) dan sayur mayur serta mayonis. kat atas sekali dia letak keju parut. keju ni la yang menyakitkan hati serta mencalarkan penampilanku sebagai bakal doktor gigi. haha~bendalah berterabur tau tak masa mula2 nak suap tu? adeh...malu takyah nak cakap la. dah la ada budak kat tepi saya tu makan benda yang sama jugak. tapi bila tengok dia kuis2 meja dia kutip balik keju yang berterabur tu, maka saya pun gelak dalam hati. kita serupaaa!! haha~
kecik dan xkenyang.*source* |
pastu balik rumah. pastu terus bukak balang gigi tu excited nak tengok gigi camne. tapi saya diterjah oleh bau yang boleh buat orang muntah! nasib baik dah standby mask dengan glove siap2. tapi rasa mual itu hilang bila mata melihat pemandangan gigi yang banyak di dalam itu. hehe~
sekarang dah malam. tapi tah nape tetiba rasa sakit kepala. risau la penyakit darah rendah saya datang balik. tapi hari tu pegi klinik 1Malaysia yang bayar seringgit tu, doktor check dia cakap darah saya rendah. 100/69 mmHg. hari tu dulu 100/50 mmHg. series tak tau nak buat camner nak bagi tekanan ni naik. apa2 pun, doakan saya sihat walafiat ye =)
dah, tak tau nak ngarut apa lagi. hehe~
2 respons terhadap bicara saya:
arghhhhhhhhhhhhhh!!!aku x p kutip lgi ggi aku...mmpoih r...:(
really?gigi ke dalam 2?
Post a Comment