Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat =)
asal update je hari Jumaat asal Jumaat je baru nak update. haha~nak buat cemaner...belajar sambil bekerja adalah memenatkan dan akhirnya tiada masa lapang untuk update blog melainkan di hujung minggu sahaja. ehem. atau di ambang hujung minggu seperti sekarang ini.
ok, sebelum tu saya nak semua orang tengok video kat bawah. kena tau! kalau tak korang tak faham apa yang saya nak sampaikan. internet lambat takpe. tinggal jap, bagi dia loading sampai full dulu pastu datang balik dan tengok bersama horlicks secawan kat sebelah laptop.
rasanya semua orang pernah dengar kot pasal 'diffusion of responsibility' ni. saya je yang baru tahu hari ni (haha) sebab ada kawan saya buat presentation pasal teori psikologi ni untuk subjek English kitorang. dahsyatkan sambil belajar dental belajar jugak pasal teori psikologi ni.
'diffusion of responsibility' ni ialah satu fenomena sosial yang mana dalam satu kelompok manusia, bila berlaku sesuatu terhadap seorang yang asing bagi kita (baca: stranger), kita kurang terfikir untuk membantu dia. dalam BInya ialah, it is a social phenomenon where people are less likely to help a complete stranger when surrounded by other people. dalam erti kata lain, kalau kat depan kita ada orang tua terjatuh, kemungkinan untuk orang tua tersebut dibantu adalah kurang kalau kat sekeliling dia ada ramai orang. tapi, kalau ada seorang, kemungkinan untuk dibantu adalah tinggi sebab orang tu akan rasa bertanggungjawab untuk membantu orang tua yang jatuh tadi.
kalau kita ingat lagi kes budak kat China, Wang Yue yang dilanggar sampai berkali-kali sedangkan orang sekeliling tu ramai je yang nampak, inilah salah satu kes yang menunjukkan berlakunya 'diffusion of responsibility' dalam kalangan saksi2 yang melihat kejadian tu. saya sangat terkesan dengan fenomena ni sebab dia bagi kesan yang buruk sampaikan boleh bawak kepada kematian. ada jugak kes lain macam Kitty Genovese yang membawa kepada terbitnya teori sosial ni dan kes ni berlaku pada tahun 1964. dalam semua kes ni, banyak orang yang mendengar/ menyaksikan kejadian tu berlaku tapi hanya beberapa orang je yang tampil membantu tapi sayangnya, bantuan tu terlambat.
huhu~sangat terkesan dengan pembentangan diorang tadi sebab bayangkanlah, kerana ignorance, satu nyawa melayang macam tu je. rasa sangat terkesan lagi bila ayat2 kat video tu cakap camni,
" what if that person was your own child?"
kan? macam mana kalau benda yang sama terjadi kat orang yang kita sayang?
the same thing goes to our brothers and sisters in Palestine. are we going to sit and watch them got attacked and killed by the Zionist day by day? eventhough they never asked us to join them fighting the Zionist, why not we here in this peace country stand up and change to be better? tegakkan semula Islam?
oh, cakap sangat berkobar-kobar, kan? mehlah kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik. saya sorang2 je tak boleh =) insha Allah~
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment