Friday, January 18, 2013

durian crepe dan study week

Assalamu'alaikum~

hari ni hari last semester 3. oh, rasa macam dah hari last sekolah dulu2 pulak. esok start study leave dan lepastu, ada exam. jadualnya sangat kejam oh!! tak bagi orang bernafas betul.

jom tengok jadualnya.

30/1- Pharmacology (Theory & OSPE)
31/1- Pathology (Theory & OSPE)
4/2- Community Dentistry
5/2- Microbiology (Theory & OSPE)
6/2- Behavioural Science and Oral Health
7/2- Operative Technique
8/2- Dental Material & Dental Technology

yang tak tahannya minggu kedua tulah. tapi nak buat macam mana, tempat tak banyak dan terpaksalah padat2kan. kalau tak kurang pulak cuti nanti kalau exam lama. apa2 pun, doakan kitorang sume eh =D

tadi beli durian crepe. sebab dah lama teringin nak makan dan orang pun dok pumpang2 cakap durian crepe sedaplah, itulah inilah. last2 beli jugak dengan berkongsi dengan sorang kawan merangkap roommate sendiri. muahaha~

durian crepe buntal~
ianya gemok dan sedap dan lazat dan bila makan, kena hati2 takut krim dalam tu melepek jatuh atas tudung ke apa. haha~meskipun namanya durian crepe, namun janganlah terlalu berharap yang dalam tu ada seulas durian semata-mata sebab duriannya hanyalah secalit dua sahaja. yang membuatkan dia gemok ialah krim.

maka, saya memutuskan bahawa durian crepe sedap tapi sebab ada krim, rasa macam kalau makan banyak akan jadi muak. dalam satu bekas tu ada 6. tapi sebab kongsi, saya dapat tiga. tiga tu pun dah cukup sebenarnya. makan satu memang rasa nak lagi satu tapi bila dah telan tiga keping, takpelah. cukup dulu. nanti2 dah lama2 baru beli lagi.

dahlah. jap lagi nak balik rumah =D

0 respons terhadap bicara saya: