Friday, January 4, 2013

luaskan pengertian rezeki

Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat =)

dulu-dulu masa tak tahu, saya berpandangan rezeki itu terhad kepada wang ringgit sahaja. mungkin sebab itu yang kita dapat pegang. tapi bila dah makin besar dan diberi petunjuk (hehe), barulah saya faham yang rezeki tu amat luas sebenarnya.

Ustaz Pahrol Md. Juoi pernah sebut dalam buku beliau yang bertajuk Nota Hati Seorang Lelaki pasal rezeki. dia kata, macam mana cara kita memahami pengertian rezeki tu menentukan luas sempitnya kita rasa rezeki kita tu. contoh, kalau kita terhadkan dan fahamkan makna rezeki tu hanya pada wang ringgit semata-mata, jadi kalau masa takde duit, tak masuk biasiswa bagai tu, takde rezekilah maknanya?


jadinya, bukanlah macam tu maksud rezeki. rezeki ni sebenarnya setiap nikmat yang Allah bagi kat kita. tak semestinya duit semata-mata. kalau macam tu, adakah kita akan kata Allah tu zalim sebab orang miskin takde duit, jadi takde rezeki? mestilah tak, kan? rezeki tu boleh jadi datang dalam bentuk kesihatan, kemudahan dalam setiap urusan yang kita nak buat, ketenangan, kepandaian dan macam-macam lagi. macam kakak senior saya pernah cakap masa kitorang mengadu tak reti buat Optech, asyik salah dan kena redo je, dia kata nanti dah masuk klinik, semuanya bergantung pada rezeki kita.

ada orang pandai buat segala macam skill yang diperlukan dalam klinik. tapi ditakdirkan Allah pesakit dia tak dapat datang hari tu. jadi, tak dapatlah nak buat requirement yang ditetapkan. ada orang skill dia biasa-biasa je, mungkin jugak berada pada tahap merisaukan, tapi sebab pesakit dia datang, dapatlah dia praktis lagi skill dia dan mantapkannya dan dapat fulfill requirement.

kalau kita sempitkan makna rezeki, nanti kita akan rasa sesak nafas. sebab bila benda yang kita faham sebagai rezeki tu takde, kita rasa tertekan. ayah saya selalu pesan, takde duit takpe, yang penting belajar kena tetap sungguh-sungguh. rezeki Allah tu ada kat mana-mana. dan rezeki Allah tu amat luas.


kesimpulannya, marilah kita luaskan pengertian rezeki kita supaya kita jadi hamba yang lebih bersyukur kepada Allah. dalam masa yang sama, kena jugak usaha sungguh-sungguh untuk cari rezeki yang halal yang Allah dah tetapkan pada kita.

last sekali, jom amalkan solat sunat Dhuha =) fadilatnya banyak dan boleh lihat kat sini =D

                     

*segala gambar didownload dari google image. mekaseh*






0 respons terhadap bicara saya: