Thursday, January 24, 2013

shock!!

Assalamu'alaikum~
 
malam sudah hampir tua tapi saya masih berjaga. semuanya gara-gara nak kejar masa habiskan baca pathology. kalau ikut jadual, hari sabtu dah kena mula study pharmacology pulak.
 
err...hari sebelum tu kau buat apa, pah?
 
baca bhsc, cd, optech dan dmdt. kononnya la. tapi semua baca macam baca sotkaba (surat khabar) je. baca sambil lalu. kali kedua baca baru baca betul2. kali kedua tu....malam sebelum exam baru baca. kih3
 
oh. tajuk hari ni shock.
 
shock ni satu jalan akhir yang biasa bagi beberapa keadaan klinikal yang boleh membunuh seperti myocardial infarction, microbial sepsis dan sebagainya. pergh, ayat sebijik2 translate dari buku robbins. dalam erti kata lain, kalau keadaan tersebut berlaku, akan terjadilah shock yang akan menyebabkan kurangnya cardiac output dan perfussion of tissues.
 
salah satu jenisnya ialah hypovolemic shock. yang ni berlaku bila terjadinya kehilangan darah atau isipadu plasma (baca: plasma volume) disebabkan oleh pendarahan, kehilangan banyak cecair akibat severe burns (taktau macam mana nak translate) atau trauma. mungkin jugak terjadi dalam keadaan diarrhea, vomiting, dehydration and excessive sweating.
 
pastu terjadilah mekanisme letupan seperti yang telah ditetapkan untuk membetulkan semula keadaan yang sakit tadi. kalau sampai stage ketiga, dia akan jadi irreversible dan boleh membawa maut.
 
saje je tak nak explain lebih sebab takut salah. tapi sebenarnya cerita pasal ni sebab teringat kat insiden tekanan darah turun melampau tahun lepas.
 
ada sekali saya pernah mengalami muntah. sekali je. tapi sakit kepala yang mengikut lepas tu menjangkau sampai dua minggu. dua minggu hokey dengan berkejar ke sana ke marinya. sakit yang teramat tapi alhamdulillah masih boleh bangun. mulanya biarkan je sebab ingatkan hilang tapi dah dua minggu tak surut2 jugak, pergi kliniklah kita. masa tu la baru tau tekanan darah rendah.
 
hasilnya, tekanan rendah sebab blood volume kurang. sebab plasma volume kurang. sebab lepas insiden vomiting tu tak minum air yang cukup untuk restore benda yang dah hilang dari badan. sangat sangat sangat kurang minum air selama dua minggu. darah pun tak sampai ke otak. sakit yang amat.
 
bila dah baca benda ni, baru sedar yang ya Allah, Dia bagi aku peluang untuk sihat dan teruskan kehidupan macam biasa. terima kasih ya Allah. agak menakutkan bila tengok stage ketiga tu boleh sebabkan maut.
 
oklah. sambung baca patho lagi. terima kasih kerana singgah~
 
p/s: esok hari jadi Rasul, bak kata Ain adik saya. jom selawat banyak2 =)
 
 

0 respons terhadap bicara saya: