kami yang lawa-lawa =D
Aku mulakan dari kiri ea. Tak payah. Yang paling kiri itu aku. Haha~sebelah aku ialah Syuhada atau nama penuh dia Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Yunus. Dia ambik Law. Pastu sebelahnya yelah Fayras Shabrina Mohd Adzenam. Yang ni ambik Sains n Teknologi, sama jugak dengan budak sebelahnya Intan Nurfarahin Ahmad. Yang paling hujung pulak Nur Ata’ain Safinaz dan dia jugak ambik Law,sama kelas ngan Syuhada tadi.
Sebenarnya kat sini aku nak ucap berbanyak-banyak terima kasih buat mereka berempat kerana sudi berkawan dengan aku yang banyak karenah serta sabar dengan angin aku yang kadang-kadang ‘weng’ sikit (hehe~bukan sikit,banyak seyh). Kepada Syuhada, aku ni mulut selalu lepas. Mintak maaf banyak2 tau. Terima kasih sebab banyak ajar aku ‘kecek Kelate’ (haha~ada niat tersembunyi ni). Terima kasih sebab sabar dengan aku =D.
Seterusnya kepada Ta’in yang sangat sayang kepada kucing. Aku kalau dengan kucing dewasa yang suka bermanja aku susah sikit. Sebab tu aku suka dekat Baby. Eh, orang nak cakap pasal Ta’in, sibuk jer family Donashi ni. Terima kasih banyak-banyak sebab selalu makan dengan aku, jugak sebab kau suka dengar nasyid aku pun tumpang sekaki. Terima kasih yang tak terhingga sebab selalu tumpangkan aku masa kau bawak kereta dulu tapi minta maaf banyak-banyak sebab tak pegi Nilai 3 masa lepas habis exam dulu. Huhu~aku harap satu hari nanti kita akan jejak juga ke sana bersama-sama =D .oh ya, terima kasih jugak sebab bagi pinjam laptop, bagi aku online facebook =D
Lepas tu, kepada Intan yang suka ceria-ceria. Terima kasih jua kerana mewarnai hidup aku dengan manja2 kau tu.haha!!takde la.gurau saja. Terima kasih tau kerana begitu sabar dengan aku dan minta maaf jugak sebab selalu tak dapat tolong kau dalam pelajaran. Terima kasih sebab bagi tumpang online facebook kat laptop kau =D laptop dari jepun tuuu..haha~sangat-sangat berterima kasih =D
Terakhir kepada Faas yang juga banyak berjasa kepada aku. Hukhuk..terima kasih jugak sebab sabar dengan aku serta mengizinkan aku tumpang online dan buat beberapa assignment kat laptop kau. Sangat-sangat berterima kasih. Minta maaf tau selalu tak tolong kau dalam pelajaran. Kau jugak telah banyak buat aku gembira dengan keceriaan kau. Hehe~banyak-banyak terima kasih.
Last but not least, words cannot describe how much I looooooovvvveeeee you all my housemates. Eventhough we are from different places and sometimes we fight in opinions, we are still can built a happy and strong friendship. Your smiles brought thousand of happiness in my life and you characters have become the colours that paint on my canvas of experiences. Thank you for this friendship and I hope that we will still in contact each other as time changes and bring us to the new world.
p/s:terima kasih jugak sebab jaga rahsia aku =D kalau aku jadi kahwin dengan orang itu baru korang boleh pecahkan rahsia itu,tau! (tapi kena minta izin aku dulu =P)
2 respons terhadap bicara saya:
hehehehehe....sayang anda jugeeeee.our friendship never last
yang berbaju biru tu sudah berpunya?
Post a Comment