Monday, June 3, 2013

ujian kita xsama, tapi hasilnya serupa

Assalamu'alaikum =)

setiap hari kita diuji. baik ujian berbentuk nikmat mahupun yang berupa musibah. bila kita diuji, selalu kita bandingkan keadaan diri kita dengan orang lain.

" aku miskin, tak macam diorang kaya."
" aku tak pandai, bukan macam diorang yang bijak2. sekali baca terus lekat."
" takde siapa nak sokong aku. takde siapa nak dengar luahan aku. bukan macam dia, semua orang ada sebelah dia bila dia ada masalah."

nah, kadang2 kita terlupa yang ada bahagian yang kita ada, tak dimiliki oleh orang yang kita dok bandingkan tu. kita kekurangan di certain bahagian tapi ada bahagian lain Allah bagi kita peluang merasanya yang mana special untuk kita. orang lain tak rasa.

macam tu juga ujian. Allah dah berfirman siap2 dah yang Dia bagi ujian ikut tahap kemampuan kita. Dia je yang tahu sekuat mana kita hadapi ujian tu. jadi, sila rasa bersyukur dan seronok sebab Allah tu adil dan Dia tak uji semua hambaNya dengan ujian yang sama.

thing that we need to remind ourselves everyday is to be grateful. try to look yourself from a different side. then you will found that He gives you something that He does not give to other people. do it while you are alone and think about it deeply. try to list what He gives you that made you smile and happy. you will find it uncountable and if you try to list problems that you are going through, it cannot exceeds all blessings that you have.

satu cara untuk kita jadi bersyukur ialah dengan ingat balik semua yang Allah bagi kepada kita secara percuma. dan sentiasa ingat yang bukan kita seorang je yang diuji dalam dunia ni. masing2 ada bahagiannya. hakikatnya, ujian kita semua hasilnya hanya satu, iaitu meningkatkan keimanan kita dan menambahkan lagi keakraban kita dengan Allah.

jadi, kepada diri sendiri, jangan cepat mengalah. jangan jugak cepat rasa inferior dengan orang lain. awak ada benda yang diorang takde. bersyukur dan teruskan bersemangat dalam membaiki diri kepada lebih baik. ingat, orang yang jatuh banyak kali dan berpengalaman dalam berusaha untuk bangun semula lebih baik daripada orang yang jalannya smooth sahaja. jangan risau, Allah kan ada =D

semoga terus tabah~

p/s: blog diserbu. kepada adik2 yang ada soalan, it's better for you to directly send me a private message through my facebook. susah sikit kalau nak jawab soalan kat blog sebenarnya sebab kadang2 jawapannya kena panjang. thanks =)

0 respons terhadap bicara saya: