Saturday, June 8, 2013

kebersamaan membawa berkat~

Assalamu'alaikum =)

selamat berhujung minggu. oh, hujung minggu pun takde beza dengan hari biasa bagi saya sebab kena stay depan laptop tengok global we got married taecyeon & gui gui sambil siapkan presentationS yang mendebarkan minggu depan. oh, sangat menguji minda dan emosi. doakanlah semoga semuanya dipermudahkan.

anyway, semester ni banyak benda yang saya join yang mana melibatkan kami satu kelas dalam setiap program tu. kalau ikutkan setiap satu program tu nak buat satu entri tapi apakan daya tangan tak sampai. eh, bukan. masa sangat mencemburui. yelah, nak update blog bukan setakat on laptop, bersila di depannya lalu mula menaip. tapi nak kena fikir ayat dulu, pastu nak upload gambar lagi. ah, pedulikan semua tu. walaupun susah, saya tetap suka tulis blog jugak sebab bila dah tua nanti boleh jenguk archive dan baca memories lama yang mengusik minda.

apapun, kalau orang baca mungkin orang kata cerita dah basi. oh, memori itukan sentiasa segar di ingatan. bagaimana pula boleh basi? adakah kerana korang membiarkan bakteria Salmonella beranak pinak di kotak memori korang? sila jangan lebih2. mana ceritanya kak pah oii?

ok, program first ialah majlis makan malam kolej kediaman atau nama hebatnya Malam Perdana Siswa. tahun ni buat dekat Kampung Pengantin, Kuala Lumpur. haha~ nama penuh tempat saya tak tau. tema dia ialah solidarity of Muslim jadi malam tu walaupun tema kalernye ialah pastel, tapi majlis jadi meriah sebab ramai yang pakai mafla Palestin & etc untuk menunjukkan solidarity of Muslim tu. overall, saya sangat berpuas hati dengan dinner tu sebab  makanan yang sangat sedap! serius sedap. kenyang yang amat. persembahan pun best cuma satu je tak best iaitu majlis mula lambat. nak buat camne, jalan jam kot. kitorang yang bertolak dengan bas sampai time Maghrib. takpelah, taun depan buat time jalan tak jam, ok?

seronok2 jugak, jangan lupa sedara mara kita kat Palestin, Syria, Myanmar =)

next ialah majlis makan malam fakulti yang untuk kali keduanya saya join sebagai salah seorang committee. tapi tahun ni saya pegang post penajaan (tahun lepas unit khas) jadinya saya belajar banyak benda baru. apapun, sangat bersyukur sebab dinner malam tu pun berjalan dengan lancar + habis awal. oh, seronok sangat. makanan pun not bad tapi sebab malam tu saya n unit saya bertugas mendeliver bunga + coklat mesej (?) jadi saya tak makan benda berat sangat sebab makan lewat. makan sikit je nasi sebab bila dah penat, saya tak rasa lapar sangat. cuma nak duduk. akibatnya, saya makan berbiji2 roti yang panas dari oven sapu dengan butter dan cicah sup cendawan. pun kenyang makan benda tu. eh, serius roti tu sedap. teringat2 sampai sekarang. haha~

the essence of enchanting spring =)
and finally, the last program was last night which was watching an English theater entitled 'In a Nuttyshell'. the play was about three man sitting at a warung and discussing about races in Malaysia. each of them are complaining and praising their own race and talking about the weaknesses of other race. finally, the conclusion is we should not be prejudiced and judging individual based on their race. so, say no to racism. it may take time to everyone change their mentality to not looking at people according to their skin colour but who knows, maybe one day we can live in harmony because of our mentality free from those bad attitude.

me: excuse me, can we take picture together?
le actors: sure, where? *haha*
sekianlah sahaja karangan saya yang bertajuk "Program Saya semasa Cuti Sekolah." babailah budak2 sekolah, esok dah habis cuti. haha~senang jugak compile banyak2 aktiviti dalam satu cerita. harap2 lepas ni kalau ada masa boleh update banyak2. insha Allah.

anyway, thanks for dropping by =) 


1 respons terhadap bicara saya: