Wednesday, June 26, 2013

rasa macam nak kahwin

Assalamu'alaikum~

malam ni kepala tak berapa betul sangat. semuanya sebab keletihan lepas berdiri tah berapa lama tak sedar diri kat lab tadi sebab nak siapkan denture yang masih tak siap. asyik buat silap je =( takpelah. Allah nak suruh belajar lebih sikit =)

selalu sangat bila dah letih dan rasa macam nak putus asa, mesti timbul perasaan macam ni,

" kenapalah aku ambik dentistry?"
" sempat lagi tak kalau aku nak berhenti n tukar course?"

dan selalu rasa macam,

" penatnya belajar! nak kahwin je la macam ni!"

pastu kawan cakap,

" eh, kalau kahwin bukan lagi penat ke?"

eheh. cakap senang. menjadi suri rumah lebih penat tahu berbanding duduk je kat fakulti ni pay attention dan belajar benda baru. tapi satu hari nanti saya akan tempuh itu jugak, insha Allah.

apa pun, penat sangat. sekarang tengah exam subjek-bukan-core. tak tau nak sebut camne. esok subjek Critical Thinking n Problem Solving. baca kejap pastu lagha kejap dengan laptop. hehe~tah bila baru habis baca kalau camni. 

oh, denture tak siap lagi. harap sangat2 boleh siap paling tak pun esok. tapi ingatlah bahawa sesungguhnya kita hanya merancang dan Allah itu sebaik-baik Perancang. jangan lupa sebut insha Allah!

oh, adakah benar nak kahwin sebab dah penat study?

nanti-nantilah. belajar bukan setakat nak dapat ijazah je. nanti dah kahwin lagi macam-macam benda kena belajar.

p/s: sakit hati masa buat denture sebab ada satu homo sapien yang timing dia selalu tepat sangat dalam bab nak men'down'kan orang bila masa tengah buat denture, tersilap step etc. kalau dapatlah cubit dia, dah lama saya cubit pastu toreh muka lidah tu dengan le'cron bagi tak yah downkan orang dah pasni.


2 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

lecron:ahli sunnah
wax knife:.....
*the ridiculous joke by zharep

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@kNoWRuLE_sUN

ala....xpaham...terangkn~hehe