Assalamu'alaikum =)
secara tak rasminya, semester 4 sudah berakhir. cuma belum rasmi sebab belum exam je. ya, kawan2. berseronok dan gembiralah kerana sudah habis exam dan mula bercuti. sambil2 cuti yang banyak masa lapang tu, kenanglah kami dalam doamu. eceh...
4 subjek pro, yang lain semua kendian hari pronya |
semalam hari last semester. ramai je yang tak pergi kampus semalam. tapi saya tetap kena hadir sebab gigi palsu yang separa (partial denture) saya tak siap lagi masa tu. dengan terhantarnya gigi2 yang saya buat sepanjang semester 2 ni, bermakna saya dah ada knowledge pasal buat gigi palsu. insha Allah tahun depan akan buatkan untuk patient pulak. insha Allah jugak, first patient saya ialah mak saya =) ya Allah, makbulkanlah permintaan hambaMu yang nak buktikan bahawa aku mahu balas jasa mak aku dengan buatkan gigi palsu lawa2 untuk beliau. walaupun saya tahu buat gigi palsu tu takkannya mampu balas jasa mak yang terlalu banyak. aamiin.
the full denture |
sebelum hantar kat dr..sila behave dpn dr nnt ye~ |
bila dah siap denture ni, lupa langsung macam mana sakit, penat dan stressnya buat gigi yang sepasang ni. yang full denture penuh dengan episod stress dan sedih sebab gigi susun tak lawa, senget sikit. memang lama jugaklah susun gigi tu nak bagi dia ikut susunan betul2 supaya bila patient pakai, orang yang tengok tak sangka langsung tu gigi palsu. belum masuk lagi part nak trim n polish denture tu nak bagi dia berkilat sampai boleh buat cermin. macam nak tercabut jari ni gosok denture tu dengan sand paper. bila dah sakit2 buat denture ni, mengadu kat mak dengan ayah. meskipun mak dengan ayah, tapi jantina tetap membezakan mereka.
mak cakap, " sabarlah. mak tahu ipah belajar susah. mak cuma boleh doa je. ipah yang kena sabar dan kuatkan semangat."
ayah cakap, " apalah susah sangat buat gigi palsu tu. ambik acuan dia, letak tanah liat sikit, siap."
err..tak pakai tanah liat pun pak, kata saya.
tapi maksud kedua-dua mereka ialah supaya saya tak patah semangat. mak dengan directnya bagi semangat dan ayah pulak indirectly bagi semangat dengan cuba brainwash saya cakap benda tu senang, saya je yang pandang dia susah.
yang partial denture pulak penuh dengan episod sakit2 jari bila cuba bend wire macam nak meneran dah gayanya. maunya tak, nak bend wire tu ikut bentuk gigi. twist sana sini. sekali dah bend bukan senang nak balik ke bentuk asal kalau tersilap bend. last2, ikut je cakap mak, sabar je la.
tapi tak sangka jugak dah berjaya buat tu. dengan bantuan kawan2 dan technician yang sangat banyak membantu. alhamdulillah =D
dengan ilmu optech setahun ni, saya akan masuk ke tahun klinikal yang lagi mencabar. harap sangat semuanya dipermudahkan, aamiin.
study week dah mula. study week yang dah kurang ditambah dengan tujuh paper yang akan dihadap masa exam nanti. sehari satu subjek=sehari baca yang setahun punya subjek.
may Allah ease =)
0 respons terhadap bicara saya:
Post a Comment