Alhamdulillah aku dah selamat bersalin 25/10 yang lalu. Czer yang paling aku nak elak tulah yang terpaksa aku lalui juga. Tapi semua ada hikmahnya insha Allah, yang penting sekarang aku dah balik rumah & syukur setakat ni tak ada komplikasi apa-apa. Semoga terus sembuh dengan baik, doakan ya.
Aku ni first time mom so memang buat preparation bersalin tu tak tau betul ke tidak, cukup ke tidak. Memang learn the hard way la senang kata. Tapi bagus zaman aku mengandung & bersalin ni dah ada banyak benda yang membantu ibu yang clueless macam aku. So kat sini just nak share apa benda yang aku rasa berguna kalau korang first time mom macam aku. By the way aku bersalin kat hospital Ampang jadi benda ni juga boleh la nak bawak sekali in case korang bakal bersalin di sini juga.
1. Milk collector & silicone breast pump
Aku ialah ibu yang tak dapat nak direct feeding baby lepas bersalin. Plus dengan sakit czer, kena cucuk ubat cair darah 2 kali sehari, baby pulak tengah kuning so struggle gila nak bagi susu badan kat baby. Susu topup kat wad pulak terhad & kena berebut dengan mak-mak lain. Susu badan sendiri ada je tapi terbazir camtu je meleleh kat baju so milk collector ni memang boleh jadi penyelamat. Lagipun dia tak sakitkan npple & boleh pam secara manual cuma tak serancak suction baby & yang jenis pam elektrik la. So benda ni berguna untuk collect susu yang extra tu, sebenarnya bila tadah tu banyak je boleh dapat tau, maybe cukup untuk sekali feeding pun ya, ikut rezeki.
2. Pad jenis sarung
Aku beli brand ni sebab aku kan tinggi dan lebar haha so aku memang buat research gitu mana yang paling sesuai. Harga dia berpatutan je and kalau nak murah belilah di shopee tolak coin bebanyak hehe. Teramat mudah sebab tak payah nak kena bawak panty asing pastu nak lekat pad lagi, especially jika korang ialah ibu yang bersalin czer macam aku. Rajin ke nak bergerak banyak time sakit camtu haha so investlah kat pad jenis ini. Even kalau terkucil dalam ni pun dia tak bocor, just kau kena terus tukarlah sebab tak selesa.
3. Ted stocking
Untuk makluman ibu-ibu sekalian, kita ni berisiko tinggi untuk dapat darah beku masa pregnant & sepanjang 3 bulan lepas bersalin tau. Kalau ikut adat pantang zaman dulu, kena pakai stokin sebab tak nak angin masuk tapi kita haruslah akui bahawa sekarang dunia dah makin moden, angin tak boleh masuk ikut mana-mana pun sebenarnya. Tambah pulak kita ni duduk Malaysia iklim khatulistiwa, kalau time tu panas terik, tak ke stokin tebal tu buat badan dehydrated? Dah la nak kena menyusu baby, kena pulak dapat orang kolot tak bagi minum air suruh bercatu, makin kontang la badan nanti.
So marilah kita ubah kepada cara pantang yang betul: pakai ted stocking semasa mengandung & berpantang untuk mengelakkan kaki bengkak & terjadi darah beku. Bahaya tau sebab kalau darah beku biasa (deep vein thrombosis DVT) ni dia terapung kat salur darah & tersangkut kat paru-paru, dia akan jadi Pulmonary Embolism dan boleh membawa maut. Trust me, I'm a Pulmonary Embolism survivor. Sila la baca pengalaman aku kat post sebelum ni.
Stokin ni membantu sangat tau sebab dia ketat yang selesa jadi dia buat pengaliran darah kat kaki tu lancar. Sepanjang pregnant aku pakai, tak pernah sekali pun kaki bengkak atau jadi cramp sebab aku pakai stokin ni almost 24 hours atas nasihat doktor pakar. Plus dia tak panas so selesa pakai, harga dia memang mahal sikit berbanding stokin biasa tapi untuk orang yang tahu peritnya kena darah beku, harga dapat hidup tu jauh lebih mahal tak ternilai.
4. Collostrum collector
Ini sebenarnya membantu tapi untuk aku yang terkial-kial nak marmet dan uruskan baby, benda ni tak dapat digunakan sepenuhnya huhu tapi ok la dapat jugak kumpul sikit & suap kat baby setakat yang dapat. Terpulanglah nak prepare atau tak, benda ni pun murah je hiks
5. Manual breast pump
Sebenarnya untuk awal-awal lepas bersalin ni kalau nak pam susu elok pakai yang ni instead of yang elektrik tu. Aku baru tahu sebenarnya haha. So kalau nak bawak pam pun better bawak yang ni. Selesa pun ye, tak payah nak kena caj bagai pun ye. Plus, untuk ibu yang plus size macam aku maybe better pakai jenis corong macamni.
So itulah semua benda yang aku rasa perlu & berguna & learned the hard way haha. Semoga dapat membantu ibu-ibu baru macam aku. Bye~