Friday, February 3, 2012

kenangan yang dibuang

salam~

saya ada sebijik diari ni. sebenarnya bukan diari pun. buku warna hitam yang dibeli masa Book Fair kat PWTC tahun lepas punya lepas sebelum masuk sem 2 Tamhidi.

dalam diari tu banyak sangat kenangan ngan kekawan time tamhidi. bila baca balik rasa sedih, gembira dan rindu mesti ada.

tapi, dalam diari tu jugak 95% daripada tu saya tulis kisah saya dan 'dia'. saya suka dia, saya marah kat dia, harapan saya kat dia n doa saya kat dia. banyak sangat. tulisan lawa pulak tu.haha.

tapi hari tu saya rasa saya dah patah hati tahap kecewa sangat dah. tak, hiperbola je ni sebenarnya sebab ternampak dia komen2 ngan sorang wanita itu di facebooknya, itu aje. pastu tetiba rasa jeles en pastu terus nekad tak nak suka sangat dah *eleh, dari dulu lagi camni..kalau ejat dengan yasmeen dengar mesti diorang dah boring gak. haha. kejap suka pastu tak suka pastu suka balik.

dah la nak exam nih. last2 ambik diari yang sorok bawah bantal tu, saya koyakkan semua muka surat yang tulis pasal dia. kesah hape sweet tak sweet. banyak wooo...

dah koyak tu, sesi koyakmengoyak kepada cebisan yang lebih kecil lagi. ingat nak bakar tapi lambat sangat nak tunggu balik rumah.kalau bakar kat asrama ni karang bahaya. boleh jadi salah faham.

last2 lepas dah koyak sampai merah2 tangan tak boleh nak koyak dah, masukkan semua cebisan tu kat dalam plastik yang dulunya plastik masa beli baju untuk tournament bowling. ikat kemas2, sarung tudung toilet, turun bawah dengan kunci.

housemate: pah nak gi mane?
saya: nak gi buang sampah jap. (nasib baik kebetulan ada sampah yang memang nak dibuang)

sampai tong sampah, campak sampah dulu, pastu baru campak semua kenangan tu. saje je campak kuat2, biar semua perasaan kat hati pun ikut terbuang sekali.

sekarang, saya rasa sedikit lega. rasa bebas jugak sebab akhirnya saya berjaya bebaskan diri saya dari terus berharap dengan harapan yang langsung tak pasti.

sekarang jugak, masa baca doa jodoh pun dah tak terbayang dia lagi dah. memang sepatutnya saya serahkan pada Allah semua ni lama dulu lagi. 

babai awak. tapi saya tengah fikir banyak kali, nak delete ke tak entri pasal awak dulu tu? takyah la.

p.s: nak pergi kursus kahwin. 10 n 11 mac. hehe~tadi dah bayar yuran die.

4 respons terhadap bicara saya:

aa.fariza said... [balas komen ini~]

saya nak komen bole x? hehe
xpe..xboring pun..da bese..hehe
walau apa pun, selamat datang ke kelab "Serahkan segalanya pada Allah"..hehe

'Afifah nak pegi kursus kahwin!rs mcm da sampai masa plak kawan aku sorang ni..hehehehe

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

haha~obviuosly u've just done that~
terima kasih kerana mengalu2kn ahli yg baru balik ke pangkal jalan ni =)

haha~smpai mase kebendanya...saje je pegi awal2...orang kata nanti dia nak naikkn harga, sijil pun dah ada expired nanti...pastu takut nanti busy sgt dengan klinikal bagai =)

kau bile lagi? ;)

aa.fariza said... [balas komen ini~]

xtau cmne nk reply komen kau.
bunda sy kata nk pegi seminggu sblm khwn pun bole tp sndiri cr masalah la sbb sibuk en.hehe sebulan sblm pn bole..

lebih tertanya2 siapa "imamku" drpd "da pegi belum"..huhu:)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

juge tertanya, siapa yg bakal jd ayah yg soleh utk anak2 aku n bakal jdkn aku ibu yg solehah (amin)?

xpe..take ur time =)