Thursday, May 16, 2013

terima kasih guru =)

Assalamu'alaikum =)

selamat hari guru kepada semua guru di Malaysia =D semoga sentiasa bersemangat dalam mencurahkan ilmu kepada anak bangsa tak kira di mana juga anda berada.

anyway, tak dapat nak tulis panjang2. Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah mengajar dan sedang mengajar saya sekarang. tanpa anda, saya tak kenal ilmu yang bermanfaat kepada saya.

Cikgu2 dari Tadika ABIM tapi tak ingat nama tadika dia apa. kalau tak silap cikgu kat situ namanya Ustazah Asiah. terima kasih ustazah sebab ajar saya tulis jawi, baca al-Qur'an dan segalanya yang saya perlukan sewaktu saya berusia 6 tahun. terima kasih ustazah =D

cikgu2 dari SRK Puteri Pandan 1 walaupun saya sempat sekolah kat situ setengah tahun je, tapi jasa cikgu mengenalkan saya kepada alam persekolahan takkan saya lupakan. cikgu kat sini namanya cikgu Hanizah kalau tak silap. oh, tak tahu la sekolah ni ada lagi tak sekarang.

seterusnya cikgu2 kat SK Taman Paroi Jaya, Seremban yang telah mengajar saya sepanjang setahun saya berada di sana. antara cikgu yang masih saya ingat, Cikgu Azah yang ajar BI. kalau tak silap. atau kepada cikgu2 yang mengajar di kelas 1 dan 2 Efektif tahun 1999 dan 2000, terima kasih saya ucapkan. 

kepada cikgu2 di SK Rahang, Seremban, terutamanya cikgu Mustafa, cikgu Zainah, Madam Koh Mei Ling, Ustazah Wan Hasni, Ustazah Hamnah, cikgu Zaharuddin, cikgu Rosnah, cikgu Hajah Tiarom dan semua cikgu2 yang mengajar saya sepanjang tahun 2000-2004, jutaan terima kasih saya ucapkan =D hari tu saya sempat pergi sekolah sebab temankan kakak saya mengundi. oh, rindunya zaman membesar di Negeri Sembilan. insha Allah ada rezeki saya datang lagi.

kepada cikgu2 di SMKA Pedas, Ustazah Anita, Ustaz Mohd Shah, cikgu Hanizah, cikgu Nafizah, Ustazah Noraini, Madam Afiza, dan cikgu2 yang mengajar saya sepanjang saya belajar di sana pada tahun 2005-2007, saya sangat2 menghargai pengorbanan cikgu mendidik saya =) terima kasih cikgu.

tak dilupakan kepada cikgu2 di SMKA Maahad Hamidiah, cikgu Ezana, Cikgu Ramrah, ustaz Zainaphi, ustaz Zainol, ustaz Solehuddin, ustazah Marzilah, ustazah Che Ainu, ustazah Rabiatul Adawiyah, cikgu Rohayati, cikgu Hassan, cikgu Maiselamah, cikgu Mahmudah, cikgu Saaidatul, cikgu Rashidah, cikgu Aishah, cikgu Harbiah dan semua cikgu yang mendidik saya semenjak tahun 2007-2009, terima kasih banyak2 cikgu! saya sangat2 berterima kasih dengan cikgu semua.

juga kepada semua lecturer di Tamhidi, madam Azlina, cikgu ARHO, cikgu Shikin, madam Ruby, Madam Latifah, Madam Faaizatul, ustaz Akhiruddin, cikgu Fatimah dan cikgu Faiza, jutaan terima kasih saya ucapkan kerana bersungguh-sungguh mendidik saya selama setahun yang amat bermakna dalam hidup saya itu. walaupun kampus saya kat KL dan jarang dapat jumpa cikgu2, cikgu2 tetap dalam ingatan saya =D

akhir sekali kepada semua lecturer di Fakulti Pergigian USIM yang telah banyak mengajar saya dan memperkayakan perbendaharaan pengalaman saya, baik dari segi ilmu teori mahupun praktikal dan survival di dunia yang penuh cabaran ini, jutaan terima kasih saya ucapkan. doakan saya berjaya menghabiskan pengajian yang berbaki 3 tahun 2 bulan ini dengan jayanya dan seterusnya menjadi doktor gigi produk USIM yang bermanfaat kepada ummah.

akhir kata, hanya ungkapan terima kasih yang dapat saya ucapkan sebab saya tahu saya takkan dapat balas jasa cikgu2 semua yang dah bersusah payah mengajar cikgu. saya minta maaf sangat2 sebab ada beberapa cikgu yang tak disebut namanya di sini sebab saya tak ingat nama. tapi cikgu jangan risau sebab saya akan sentiasa doakan cikgu2 semua walau di mana juga cikgu berada. 

kepada semua cikgu, teruskan perjuangan mendidik tanpa rasa jemu dan lelah. semoga usaha cikgu semua diganjarkan dengan ganjaran yang terbaik daripada Allah =)

SELAMAT HARI GURU!!

0 respons terhadap bicara saya: