Monday, September 9, 2013

Welcome to Clinical Year =D

Assalamu'alaikum =)

alhamdulillah, saya dan kawan2 dah masuk tahun ke-3 pengajian kami Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. syukur sangat2 sebab kami sekelas masih bersama dan insha Allah, doakanlah urusan kami dipermudahkan dan kami dapat berjaya dengan cemerlang dan memberi manfaat kepada anda =D

bila dah masuk tahun klinikal, banyak kali saya ingatkan diri sendiri. belajar tak boleh main-main. in fact sepatutnya saya rajin dan lebih bersungguh-sungguh sejak tahun satu lagi. tapi nak buat macam mana, malas tu sentiasa ada. harap-harap tahun ni tak sekronik dulu dan jugak dah boleh kawal diri untuk tak terlebih tengok Running Man bila stress. boleh tengok tapi masa cuti je,ok?

so, how's the life so far?

hari ni baru masuk lecture. eh, minggu lepas lagi sebenarnya. tapi minggu lepas banyak taklimat dengan masuk klinik, berkenalan dengan klinik dan CSSD serta staf2 kat klinik je. jugak tahun ni dah dapat kubikel sendiri! selama ni pergi klinik gigi tengok je kan doktor gigi tu buat kerja kat kubikel dia. hah, tahun ni dah ada kubikel sendiri.dah makin banyak dah 'harta' saya kat fakulti tu. hartalah sangatkan. nak jaga bertahun tu kalau tak sedialah melayangkan duit anda. wuu...harap2 boleh jaga baik2. jugak boleh jadi contoh kat adik2 nanti. even ada benda yang hari tu buat inventori pun ada je yang takde tapi taknaklah nanti bila saya dah habis guna adik-adik pulak takde nak pakai kan.

kubikel saya!!

excited tak tunjuk kubikel sendiri. haha! budak-budak zaman sekarang. pergi mana-mana mesti nak bergambar. so, inilah dia kubikel saya. yang saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atasnya dan kena sayang dan jaga kebersihan dan kekemasan dia macam saya sayang diri sendiri dan suami.


jadi, kalau anda jadi patient saya, ni la dental chairnya. saya suka tempat ni sebab dia menghadap luar tingkap dan nampak bangunan2 kat luar. which saya kalau penat2 mata tak jumpa caries ke apa boleh la rehat mata kejap tengok luar. patient pun tak boring ada benda boleh ditengok. tapi maaf ya, monitor kat atas tu bukan tv. haha~jangan berangan nak tengok tv pulak sambil treatment.

oh, hari tu pergi kursus Basic Life Support. belajar buat CPR. best! serius best. dan rasa tak puas bila masa exam praktikal hari tu tak tekan dalam2 chest mannequin tu. padahal masa latihan semalamnya tu boleh dikata saya punya compression kuat jugaklah. tangan sakit kot lepas buat ni. tapi alhamdulillah examiner tu bagi lulus. oh, suka sangat. bukan suka sebab dapat sijil je tapi suka jugak sebab dah tahu apa yang patut dibuat kalau tetiba ada orang pengsan ke, orang tercekik ke, terjumpa baby tercekik ke. insha Allah. harapnya kalau masa tu saya berdepan dengan situasi macam tu, saya diberi kekuatan dan ketenangan untuk berusaha menyelamatkan orang tu. insha Allah.

praktikal adult unconscious choking

dah habis!! r4bia =D

throughout the course, saya rasa seronok belajar sebab fasilitatornya semua baik2 dan mereka banyak bagi nasihat kat kitorang. macam examiner saya masa exam praktikal tu, dia sempat pesan," belajar jadi doktor ni, tak kisahlah doktor gigi ke doktor medik ke, kena ada minat.berapa ramai doktor kat luar sana yang belajar medik, jadi doktor sebab mak ayah suruh. akibatnya bila dah kerja, takde rasa tanggungjawab, tunggu gaji masuk je. kerja tak buat betul2." bila fikir kata2 dia, betul sangat. sebab tulah sampai sekarang ada je komen orang terhadap servis daripada doktor2 ni. 


benda ni berkait dengan diri sendiri jugak sebenarnya. actually semua pihak main peranan. parents kalau boleh janganlah paksa anak-anak ambik bidang yang diorang tak minat. let them choose. just guide them and tell them the pros and cons based on your experiences but in the same time, encourage them to find it themselves, either through search by internet or asking experienced people. anak2 pulak kalau kita yakin dengan diri kita dan kita nak tunaikan harapan mak ayah kita, buat betul2. kuatkan semangat dan tanamkan minat. belajar sungguh2. kita bekerja dengan manusia yang kalau ketiadaan dia mungkin akan lumpuh sesuatu, tak kiralah keluarga dia ataupun tempat dia bekerja.

sebab ni bidang yang mulia. sihat seorang, mana tahu dia akan bagi banyak manfaat pada ummah. sampai bila kita nak dengar orang komen " doktor tu tak bagus" ataupun sangka2 " doktor kat situ memang macam tu." dah bertahun sangat dah kita dengar takkanlah kita nak benda yang sama berlaku kat generasi akan datang jugak, kan? so, the choice is in our hands. either be responsible or let the responsibility diffuse.

berbalik kepada CPR tadi, saya jugak nak ajak semua pembaca saya untuk belajar macam mana nak perform CPR ni. mana tahu kita boleh selamatkan nyawa seseorang dengan izinNya tanpa perlu menjadi doktor. lagi2 kalau seseorang tu ialah mak kita, atau ayah kita atau anak kita. tak semestinya orang yang berkhidmat kat bahagian kesihatan je yang perlu tahu. semua orang boleh belajar.

so, panjang sangatlah pulak bila dah dapat menulis ni kan. lepastu lama22222 baru dapat menulis balik. korang doakanlah laptop saya kembali sihat walafiat dan saya dapat update blog selalu =) banyak benda nak share sebenarnya. insha Allah~

kepada adik-adik Tahun 1 2013/2014 FPg, selamat datang =D belajar elok2 ye. jangan malas2 macam akak awak ni. insha Allah korang akan jadi lagi better dari kami. fighting!!



2 respons terhadap bicara saya:

kNoWRuLE_sUN said... [balas komen ini~]

bkpo gmbq msa ltihan cpr 2, aku juz nmpk jam tgn ja?:'(

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@kNoWRuLE_sUN

jgn sedih2..aku pon nmpk tangan jer..haha~buat syarat utk siap satu entri