Sunday, October 20, 2013

CGBS (cerita gigi besi saya)

Assalamu'alaikum =)

mengapakah seolahnya enthusiasm berkongsi cerita di blog seperti sudah berkurangan? waaa~sedih pula melihatkan blog ini sepi sahaja tiada topik baru yang menarik yang boleh dibaca.

nasib baik ada benda baru boleh share. ni nak share la ni sebab nak bagitau semua orang. haha!! tampar laju2 kang baru tau.

alhamdulillah,hari ni masuk hari keempat saya bergigi besi aka braces. kalau dulu (even sekarang pun) orang pandang pelik sikit kat orang yang pakai braces ni. meskipun mentaliti masyarakat sudah berubah tapi mata tu kalau tengok orang baru pakai braces mesti nak menghala kat gigi tu jugak. nasib baik saya punya warna biru cair yang cantik =D *masukbakulangkatsendiri*

sebelum ni takde langsung knowledge pasal braces ni. yang tau benda ni mahal dan dulu kat sekolah tengok orang kaya2 je pakai. disebabkan sekarang dah kayalah sangat, jadi alhamdulillah dapatlah rezeki nak buat braces. actually pakai braces sebab masalah gigi tak teratur. yang tak teraturnya sebelah bawah (kat area gigi depan kot, aesthetic tu) manakala sebelah atas pula mengalami malocclusion class 2 atau orang kita panggil jongang.

sebab tu la dulu2 sedih bila orang cakap jongang. kalau tak direct kat kita pun still terasa jugak sebab tau kita tergolong dalam golongan tu. ah, hentikan emosi ini. kepada yang tergolong dalam golongan yang sama,mohon dapatkan rawatan secepat mungkin supaya keyakinan diri anda tidak terjejas dan anda tidak merasa rendah diri lagi. kat mana? nanti saya cerita =)

dah sambung balik cerita tadi. masa tahun 1, ada senior ajak buat ortho screening dengan dia. masa tu tak taupun yang boleh buat braces melalui senior ie senior screening pastu nama kita masuk waiting list. lepas dah screening dan dah masuk waiting list, tunggu dan lihat. eh, bukan. tu masa tahun 1. naik tahun 2 disebabkan ada dua gigi kena tampal dulu so utamakan itu dulu. hujung tahun 2 lepas dah busy2 dengan dinner, dapat panggilan telefon dari klinik gigi USIM nak buat braces ke tak.

masa tu rasa nak nangis je sebab doa dimakbulkan =') setelah setahun lebih menunggu, akhirnya giliran saya pun sampai. tapi sebab dah nak exam, so masa ni jumpa doktor cuma sempat ambil impression gigi atas bawah + xray OPG sahaja. 



gambar di atas ialah satu daripada wish tahun 2013. sebab tu la terlebih emosi bila dapat call =P hehe~sambung balik cerita tadi. bukak je sem ni (tahun 3), doktor SMS tanya bila nak pasang braces. wah! laju2 reply cakap saya free waktu ni, waktu ni sebab boleh datang klinik bila2 saya free dan doktor free. haha~inilah satu kelebihan bila buat dekat klinik gigi universiti sendiri. alhamdulilah semua tu pun Allah yang bagi. sebabkan doktor yang buat tu lecturer sendiri, so boleh bagitau dia bila kita free dan dia pun boleh confirmkan bila kita boleh datang klinik.

nak senang cerita kita buat macam list je la ea. tadi ambik impression tu 1st visit. yang bawah ni visit2 seterusnya pulak.

2nd visit
- pasang separator untuk bagi ada ruang antara gigi geraham pertama aka first molar. masa baru pakai selamba je pergi melantak stewed yee mee kat garden cafe bawah tu dan esoknya pulak main belasah je makan burgerking sebab ada promotion hari tu. semuanya sebab masa tu ingatkan tak sakit mana. masuk hari ketiga, bangun pagi rasa terseksa jiwa raga. gigi semua rasa ketat, nak gosok gigi pun sakit, nak mengunyah apatah lagi. tapi masa tu satu ayat je jadi motivasi, BEAUTY IS PAIN. haha~apalah sangat sakit pakai separator ni berbanding sakit hati bila diejek sebab gigi tak lawa masa sekolah dulu.

3rd visit
- 2 minggu lepas pakai separator, doktor panggil naik klinik untuk ambik impression untuk buat TPA (transpalatal arch) yang nanti akan dipakai bersama braces. tujuannya nak control gigi molar supaya bila ada ruang untuk gigi lain nak ditarik ke belakang, takdelah tetiba molar tu nak menyibuk gerak sama seiring sehaluan dengan gigi lain. macam tu...masa ni tak rasa sakit apa dah sebab separator dah berjaya mewujudkan jurang pemisah antara gigi molar dengan adjacent tooth. dah boleh makan dengan selesa tapi masa ni lauk ayam dengan daging memang elak betul sebab lauk tu kena kunyah lama berbanding yang lain which lamabat laun menyebabkan sakit jugak.

4th visit
- cabut gigi 1st premolar sebelah kanan atas bawah. pengalaman first cabut gigi. sakitnya cabut gigi masa dia inject LA lagi2 kat palate. mengalir jugaklah air mata masa tu. tapi bila dia dah bertindak, tak sakit pun. doktor pun cabut sekejap je. tau2 dia dah pegang gigi tu keluar. tapi seksanya bila nak tunggu darah tu berhenti. dah la cabut dua batang, haruslah darah pun mengalir dengan banyaknya. sangat menyerabutkan bila kena bercakap dengan kapas dua keping digigit kat mulut.

5th visit
- cabut gigi 1st permolar kiri atas dan 2nd premolar kiri bawah. masa ni sebab dah berpengalaman cabut gigi jadi dah tau cara nak control darah tu bagi berhenti cepat. 

6th visit
- visit ni esoknya lepas visit ke-5 tu. doktor suruh naik klinik untuk pasang braces dan TPA. mengantuk masa duduk atas dental chair tu. hehe~yelah, dulu ingatkan braces ni pasangnya masuk je kat gigi tu. rupanya dia punya dawai tu kat permukaan gigi labial dan buccal je. palatal dan lingual tak pun. mula2 dia letak acid etch, pastu dia letak bonding kemudian dia letak composite satu2 pastu lekat bracket tu satu2. part ni la yang mengantuknya. haha~tapi bila doktor tekan sikit cheek retractor (kot) ke pipi belah dalam, terus terjaga sebab agak sakit. tapi sekejap je.pastu doktor suruh pilih warna elastic tie yang nak letak kat bracket tu. pilih punya pilih sebab tak nak colour yang akan obviously menampakkan saya ni pakai braces, saya pilih warna biru cair macam pastel sikit tu. padahal kalau dah pakai braces tu senyum dari jauh pun dah nampak.=P 

so, setakat ni tu jelah pengalamannya. insha Allah akan pakai braces ni sampai habis belajar dalam 2 tahun camtu dan harapnya gigi akan jadi elok teratur sebelum konvo. haha~boleh lak camtu kan. insha Allah, korang yang baca ni doakanlah saya ea.

oh, ya. saya buat orthodontic treatment ni kat klinik gigi USIM. harganya kat sini tak semahal private tapi tak semurah klinik kerajaan. tapi saya puas hati sebab untuk saya, senang untuk pergi follow-up dan harga pun berpatutan. apapun, ikut koranglah nak buat kat mana sebab demographic background korang juga yang menentukan klinik mana yang korang patut pergi untuk dapatkan rawatan ni.

sekian, terima kasih kerana membaca =) maaf takde gambar. ada masalah nak transfer gambar dari hp ke laptop.

vocabulary:

palatal: permukaan gigi yang menghadap lelangit.
lingual: permukaan gigi menghadap lidah
buccal: permukaan gigi menghadap pipi
labial: permukaan gigi menghadap bibir
demographic background: latarbelakang demographic macam tempat tinggal, tahap pendidikan, pekerjaan,tahap ekonomi, etc.

9 respons terhadap bicara saya:

Zahrah M Yunos said... [balas komen ini~]

alhamdulillah...akhirnya dpt jgk afifah pakai braces! =D

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Zahrah M Yunos

alhamdulillah =) syukur jugak.thanks kak zahrah sbb ajak bwt screening dulu =D

expressway daughter's said... [balas komen ini~]

Macam mane nk mohon nk pakai braces dari usim ye ? Sy pun jongang atas dan nk betulkan yg atas shj... ;)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@expressway daughter's

kalau berminat, datang ke klinik gigi usim kat bangunan MPAJ.daftar dan bagitau nk buat braces. lepastu nama akan masuk waiting list utk screening sebab kita nak tengok masalah ketidakaturan gigi tu macam mana.

then kalau ada gigi kena tampal atau gigi kena cuci (scaling) dan tahap kebersihan mulut (oral hygiene) kurang memuaskan, kena rawat semua masalah tu dulu. bila gigi dah bersih, nama akan masuk waiting list braces dan tunggu nama dipanggil untuk rawatan braces =)

insha Allah tak lama pun tunggu waiting list plus harga berpatutan =D

Siti Aisyah Binti Mohd Ridza said... [balas komen ini~]

berapa lama kena pakai TPA tu ye ?

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Siti Aisyah Binti Mohd Ridza

setakat ni saya masih pakai TPA tu sebab taknak space untuk tarik gigi hilang. saya dah pakai braces hampir setahun 8 bulan.

SYAZWANI JAMAHIR said... [balas komen ini~]
This comment has been removed by the author.
syasmiq said... [balas komen ini~]

Saya pelajar usim.nak tanya kalau kos rawatan buat braces kalau pakai klinik gigi usim kos ada diskaun ke?hehehe

syasmiq said... [balas komen ini~]

Nak tany kalau student usim buat kat klinik usim ada harga tuk pelajar usim sama ke berbeza?