Wednesday, August 23, 2017

Ubat Bius

" Assalamu'alaikum, apa khabar? Ada apa datang hari ni ya?"
" Waalaikumsalam, Dr. Saya nak cabut gigi. Ada tunggul kat atas ni bila nak makan ganggu la sebab selalu lekat," balas pesakit. Aku angguk faham dan mulakan pemeriksaan.


" Aah ada tunggul kat sini jadi kita cabut ya. Nanti saya bagi bius supaya kebas," Syringe dihulur oleh DSA lalu aku pun mula menyuntik mepivacaine ke bahagian yang mahu dikebaskan.

Selang beberapa minit,

" Ok puan saya check ya ubat kebas dah jalan ke belum," Aku capai probe dan masukkan ke antara gusi dan gigi.
" Ada rasa tak tekan ke tajam ke?" Pesakit angguk. Aku letak semula probe dan sambung menunggu.
Selepas beberapa minit lagi,
" Ok, ada rasa tak sini?" Soalku sambil melalukan probe di sekeliling gigi. Pesakit angguk.
" Rasa tekan ke tajam?"
" Tajam," Ok, aku pelik. Selalu anaesthesia bahagian atas ni cepat je bertindak.

" Rasa tajam bila saya masukkan barang ni tadi ke?" Soalku sambil tunjukkan probe.
" Tak, saya masih boleh rasa tunggul tajam tu dengan lidah saya," Tepuk dahi dalam hati. Spontan aku tergelak.
" Laa saya punyalah ingat bius saya tak berkesan tadi sebab masih rasa tajam. Bukan rasa dengan lidah kat gigi tu puan, maksud saya masa saya masukkan barang ni tadi ada rasa ke hahaha.."
" Ohh takde rasa apa-apa dah, Dr. Haha saya ingatkan kena rasa gigi tu ada ke tak saya rasalah dengan lidah," balas pesakit sambil ikut ketawa. Aku pun periksa sekali lagi dan confirm yang bius dah efektif lalu aku pun cabut tunggul gigi tu.

Selesai cabutan, aku ditegur oleh kawanku dari surgeri sebelah sebab ketawa terlalu kuat haha..

P/s: lepas bius, kalau rasa tekan tu biasa. Rasa tajam tu maksudnya ubat kebas belum berkesan sepenuhnya lagi.

0 respons terhadap bicara saya: