Thursday, February 8, 2018

Kekecewaan Seorang Dentist

Hari ni pesakit agak ramai, ditambah lagi dengan fakta yang aku seorang terpaksa bertugas seharian tanpa pengganti sebab kawan aku yang lain kena ikut team ke sekolah buat rawatan. Juga salah satu dental chair kami ada masalah yang menyebabkan dental chair tu hanya boleh digunakan untuk pesakit yang perlu rawatan cabutan je. Maka bertabahlah aku melalui hari ni dengan orang ramainya, lepastu tiba-tiba hari ni semua datang nak buat tampalan *nangis*

Straight to the point. Menghampiri waktu rehat, aku terima seorang pesakit awal 20-an, mahu buat cabutan. Sedang pemeriksaan dilakukan, hati aku rasa kecewa sangat, sangat sangat.

Kebanyakan gigi geraham kekalnya sudah tiada. Gigi kekal lain ada yang masih elok, tapi kebanyakannya perlu tampalan. Ada juga yang sudah di ambang cabutan. Ohhh nooooo why like this, sister =(

Aku pun jelaskan padanya segala rancangan rawatan. Kemudian, aku cuba korek rahsia apa yang menyebabkan keadaan pergigiannya sebegitu rupa. Ada orang latar belakang sosioeconomic bukan pada tahap yang baik, itu dapat kita fahami. Tapi pesakit ini jelas bukan dalam golongan tersebut.

" Kenapa macam ni..." Suaraku memang hampa. Entah, bercampur penat juga.
" Saya takut doktor gigi. Dulu masa kat sekolah bila diorang bagi surat tu saya tak bagi kebenaran jadi saya tak buatlah rawatan," Patah hati aku dibuatnya.

" Sekarang, gigi geraham awak banyak dah kena cabut, ada yang perlu dicabut juga ni. Awak baru umur 20 lebih, macam mana awak nak teruskan hidup ke umur akan datang kalau gigi dah tinggal banyak ni?"

Sengih.

" Awak rasa berbaloi tak rasa takut awak tu? Berbaloi tak rasa lega bila kawan-kawan awak masa sekolah dulu pergi buat rawatan bila doktor gigi datang tapi nama awak tak dipanggil sebab awak tak nak buat rawatan?"

" Kalau direzekikan awak akan kahwin lepastu mengandung satu hari nanti, macam mana awak nak makan untuk bagi nutrient kat baby awak masa tu? Gigi belakang banyak dah tak ada, dah tentu pilihan makanan terhad. Kesian baby, tak pasal-pasal je tak dapat membesar dengan sihat,"

" Awak janganlah fokus nak jaga gigi depan je, saya tau tu," Dia tergelak kecil.
" Haa gelak tu maknanya betul la tu," ya, jangan sesekali berangan mahu kelentong doktor gigi anda ya.

Aku pun mulakan prosedur cabutan. Selesai cabutan, aku bebel lagi,

" Nanti boleh berus gigi macam biasa ya, cuma kat kawasan cabutan tu je jangan kasar-kasar,"

" Ok, terima kasih, Dr,"

" Sama-sama, ingat tau apa yang saya pesan tadi," Separuh merayu aku berkata.


Terasa berat pula bahu bila teringat sasaran golongan warga emas dengan sekurang-kurangnya 20 gigi kekal berfungsi. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Masih banyak jiwa yang perlu disedarkan.

Agak-agak kalau hari-hari aku jumpa pesakit macam ni, macam manalah aku tak jadi doktor gigi yang garang dan banyak membebel ya? Haha~

Bak kata Abang Jamil, bukan marah, nasihat.

0 respons terhadap bicara saya: