Sunday, January 2, 2011

betul ke nak jadi doktor?

Salam..setelah sekian lama tidak menge’post’ entri baru @ luahan hati, maka hari ini aku ingin meluahkan segalanya. Hari itu,kan, entah kenapa timbul hasrat di hati macam nak tukar course daripada pergigian kepada perubatan (apa salahnya mencuba,kan?). Aku belum begitu yakin jugak yang aku dapat sambung ke pergigian tapi mungkin dengan hasrat pergi kea rah medic boleh buat aku lebih malas rajin (h0h0)...

Exactly, what is my intention aiming for medicine? Why not dentistry? Mungkin ada sebilangan berpendapat, ‘oh,kawan maahad diakan ramai amik medic, dia pun mesti nak amik medic gak..’ Aiyoo..kalau gitu baik aku isi medic dari awal-awal Umi Sapiah bagi panduan mengisi boring UPU tahun lalu2 (suddenly I realized today is 2nd of January).Entah. Macam best jugak tapi dalam best2 memasang cita-cita nak jadi doktor, banyak perkara yang kita kena sedar dan fahami sedalam-dalamnya.

Pertama, kenapa kita nak jadi doktor? Adakah kerana ada saudara-mara jadi doktor, maka seorang dari keluarga sebelah sini perlu jadi wakil supaya setiap keluarga ada yang bergelar Dr.? Kalau itu yang pertama sekali muncul, maka baik ubah cepat-cepat sebelum terlambat. Kerjaya doktor bukan susah mudah. Sedangkan belajar pun menuntut seribu satu kekuatan dari segi mental dan fizikal (aku rasa sebab tamhidi ini sahaja pun dah boleh buat aku gila bayang dengan buku-buku,apatah lagi kalau masuk fakulti nanti.) apatah lagi kalau kerja. Kalau niat ikhlas, insya Allah dipermudahkan dan belajar yang rasa susah pun akan jadi mudah sebab niat nak menuntut ilmu serta memanfaatkannya.

Kedua, (dan mungkin yang akhir dari sudut pandangan aku setakat ini) fahamkah kita dengan skop kerjaya seorang doktor? Atau fahamkah kita dengan ‘nature’ kerja seorang doktor? Masa aku cakap nak lompat dari dentistry ke medicine dekat ayah aku dulu, benda inilah yang dia tanya. Huh…maknanya, sekarang ni pun kena buat solat istikharah banyak-banyak supaya diberi jodoh petunjuk yang soleh baik dan betul,dengan keredhaan Ilahi serta paling penting, ibubapa.

Huhu…rasanya setakat ini sahaja dulu. Maaf andai pendapat ini menimbulkan banyak tentangan dalam benak pemikiran anda. By the way, share your comment. I am waiting it for improvement =D

Till we meet again. Wassalam~

footnote: I’ve already upload some pictures to be published together with this entry but somehow, we are able to plan but Allah decided that I am disable to make it because of some technical error in this ‘poor’ and ‘pity’ computer.Get well soon!!

2 respons terhadap bicara saya:

Rasa-rasa sape? said... [balas komen ini~]

siapakah yg mengatakan anda mahu menjadi doktor kerana kami2 di tamhidi medic?sedihnya.tapi kami mengalu2kan anda kerana anda sebenarnya layak bergelar Doktor sakit puan.Doktor gigi pun okayla..yg penting kita berkhidmat utk ummah.'Afifah,berusaha!^^

'afifah azam said... [balas komen ini~]

haha~adelah sorang umat itu.tp xpe.korg kn bleh jd sumber inspirasi aku..hehe tapi skang ni dah nekad nk amik dentist je la.sbb aku nk ade mase ngan famili.insya Allah,still kita masih dlm bidang yg sme,mengubat fizikal dn rohani pesakit,insya Allah..mari ramaikan doktor Hamidiah!!hehe