Tuesday, September 6, 2011

farewell friends..let's start new life =|

salam~

esok saya akan mendaftar di usim. sambung belajar untuk peringkat degree dan sekarang tengah sesak2 packing barang pun masih sempat curi masa menghadap laptop.

dulu masa tamhidi saya sangat seronok. saya sangat berharap yang masa saya daftar degree nanti semua kawan sekelas saya akan mendaftar sekali dengan saya, course yang sama dan tinggal di hostel yang sama (except budak lelaki la).

tapi saya hanya mampu mengimpikan. Allah dah aturkan yang tercantik dan yang terbaik dalam hidup masing2.tak semua budak kelas saya dapat sambung ke course yang diharapkan (pergigian) tapi yang penting semua yang kita dapat dah ditetapkan Allah.

jadi, ada sebilangan yang akan tinggalkan usim =( sob3. sedih tu takyah cakap. haruslah rasa sedih sebab nak berpisah dengan kawan. tapi saya tak tahu kenapa saya tak menangis. mungkin sebab saya dah banyak rasa perpisahan sebelum ni. dan kesakitan tu mengajar saya supaya jadi kuat dan yakin bahawa di sebalik setiap pertemuan itu, pasti ada perpisahan dan perpisahan bukan selamanya. kalau tak berjumpa di sini mungkin dapat berjumpa di sana, dengan izinNya.

ada yang sambung local dan ada yang sambung oversea. mostly oversea tu mesir la sebab nak ambil bidang medic @ dental. memang peluang nak ambil course kritikal macam ni susah kat IPTA. so, kalau tak ada rezeki pilihan antara dua, either pergi IPTS dengan bayaran yang mahal ataupun fly. dan majoriti pilih mesir la. ayah saya pun berhasrat nak hantar saya ke mesir dulu kalau tak dapat tempat untuk study medic @ dental dalam negara (IPTA).

tapi tak dilupakan, walaupun tak dapat pergi pandan indah, masih ada yang stay usim. don't worry. as long as kita masih satu universiti, peluang untuk berjumpa still ada. i won't forget you, guys. belajar elok2. walau apa sekalipun cita2 kita, matlamat kita tetap satu, mardhatillah. kepada yang nak fly, jaga diri elok kat tempat orang. saya tak boleh cakap jaga diri jangan sampai culture shock, sebab kat negara sendiri pun boleh culture shock. tuntutlah ilmu lillahita'ala. oh, ya. kalau masuk salam perantau jangan lupa sebut nama aku sekali =)

p/s: huk3...sedih la nak berpisah dengan kawan2..takpelah..yang penting jangan pisahkan saya dengan 2 orang kawan terbaik saya. 


0 respons terhadap bicara saya: