Friday, December 23, 2011

boikot je ke? lain xde?

salam~

dah lama tak meluahkan pendapat. hari ni nak luahkan sesuatu. 

perihal saudara-mara kita di Palestin. macam2 kekejaman yang berlaku kat diorang. memang teruk diorang dizalimi dan macam2 lagi. dan bila bercakap perihal peranan kita selaku saudara seIslam mereka, apa jawapan yang selalu kita dengar?

BOIKOT BARANG ISRAEL!! JANGAN MAKAN McD!! KFC PUN BOIKOT!! TERUSKAN BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI SANA!!

dan banyak lagi. semua bersemangat dengan harapan usaha itu tidak sia-sia.

yep, memang tak sia-sia pun. kita cuba untuk lumpuhkan ekonomi Israel, kita terus mengirim doa pada mereka sebab kita pun tahu bahawa Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

lepastu ada yang tanya: boleh ke setakat boikot semua tu? boleh. sebab kalau ikut kisah Nabi Ibrahim a.s sewaktu baginda dibakar hidup2 dalam api, ada seekor burung ciak2 (kalau tak silap) datang berulang-alik mengangkut air dengan paruhnya yang kecil supaya dapat memadamkan api yang besar tu. ada cicak lepastu datang, memperlekehkan usahanya, tapi burung tu cakap: aku takut nanti masa hari akhirat Allah tanya apa usaha aku ketika nampak NabiNya dibakar, aku jawab tak ada, Allah akan hukum aku.

sebab tu burung tu cuba jugak. 

tapi, kita nak jadi macam burung tu ke? boleh kalau nak jadi. tapi, umat Islam ni kekuatannya setakat kecil2an ke? tak boleh usaha lebih lagi?

sedangkan membenci kemungkaran dengan hati pun dikata selemah-lemah iman. kenapa kita tak boleh jadi pemimpin Islam yang berkuasa? dengan cara itulah yang terbaiknya yang dapat mencegah kemungkaran.

macam sekarang ni, kemungkaran sana-sini berlaku. sampai bila kita nak membenci?

serupa jugak dengan kes Palestin. kenapa kita tak boleh jadi pemimpin Islam yang berkuasa supaya satu hari nanti masa kuasa itu ada kat tangan kita, kita boleh terus merdekakan Palestin dan Masjid al-Aqsa kita dengan lebih mudah?

kita boleh jadi orang yang berkuasa itu. dengan syarat kita ubah diri kita, kita baiki diri kita untuk jadi Muslim yang baik, bentuk satu Baitul Muslim yang baik, bersatu padu wujudkan Masyarakat Islam yang harmoni dan mencegah kemungkaran dan menyuruh kebaikan, tubuhkan satu Daulah Islamiyah yang kukuh dengan pemimpin Islam yang baik, seterusnya wujudkan Khilafah Islamiyah dan akhirnya mencapai tahap Ustaziatul Alam yang kita semua inginkan.

kita memang manusia biasa. iman turun naik. saya pun macam tu jugak. tapi saya kat sini nak ajak semua orang yang saya kenal, yang saya sayang, kita ubah diri kita sama2. kita belajar bersungguh-sungguh. terutamanya kawan2 yang sedang menuntut dalam bidang EKONOMI, PERUNDANGAN, SAINS SOSIAL dan sebagainya. anda SANGAT3 DIPERLUKAN dalam membangunkan semula Islam kita.

bak kata profesor Physiology saya: tak payah fikir nak kahwin dulu masa belajar ni. belajar sungguh2 dulu. umat Islam kita sekarang ni kekurangan ilmu. dah habis belajar nanti belajar pulak ilmu keibubapaan.

see? belajar sungguh2 lepastu belajar ilmu keibubapaan. barulah dalam masa yang sama kita dapat didik diri kita untuk jadi Muslim yang baik, memiliki pasangan hidup yang soleh/solehah dan seterusnya membentuk Baitul Muslim yang berjaya.

insya Allah, yakinlah yang satu hari nanti Palestin akan kembali jadi milik kita dan Islam akan tertegak semula di muka bumi ini.

lastbutnotleast: sebenarnya pendapat ni diutarakan oleh seorang rakan kat kelas. tapi sebelum dia cakap tu, saya dah terfikir dulu, cuma berani cakap belakang2 je.terima kasih kawan kerana melahirkan pendapat itu. pengajaran terakhir: suarakan pendapat anda andai yakin itu benar. umat Islam kena berani!! ^_^

4 respons terhadap bicara saya:

Solihin Zubir said... [balas komen ini~]

tapi yg sedihnya, beria2 ckp nk boikot, padahal still pakai lagi barang israel yahudi tu.. ckp tak supa bikin.. boikot pun masih failed, camna nk jd pemimpin Islam yg berkuasa..

fAraH_K said... [balas komen ini~]

nice one.
*ehem sape yang utarakan pendapat tu? ;)

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@Solihin Zubir

itulah..jom kita same2 gerakkan 2 benda itu seiring~

nawwar_hanifah said... [balas komen ini~]

@fAraH_K

haha~nazrin =)