Tuesday, February 14, 2012

terasa sangat dengan gambar ini

salam~

err...jelas tak?
mesti korang pernah jumpa gambar camni, kan? saya dengan ini secara rasminya menyatakan bahawasanya saya sangat-sangat-sangat-sangat terasa dengan kadar mas kahwin macam yang korang tengok kat gambar ni.

sebab kenapa? sebab saya orang Selangor. tengoklah berapa yang dia tetapkan. rm300 kot. itu sebab saya setakat ni ialah orang biasa. kalau tiba2 satu hari nanti rezeki ayah saya murah dapat pulak pingat bagai2 sampai dapat gelaran Datuk ke Tan Sri ke apa, mahunya kadar tu naik lepastu langsung takde orang nak kahwin dengan saya. sob3...

haha~itu hanya akan terjadi kalau mentaliti lelaki di luar sana menetapkan bahawasanya kadar mas kahwin kena ikut macam yang Jakim tetapkan. tapi, kalau tak silap saya, dalam Islam macam yang saya belajar dalam Pendidikan Syariah Islamiah dulu la kan, kadar ni ditetapkan oleh ahli keluarga saya (perempuan) yang dah berkahwin. alamak, macam dah lupa je. tolonglah sesiapa betulkan statement ni ye kalau tersilap.

jadi, kepada encik bakal suami, awak janganlah risau sebab mak saya orangnya baik, kakak saya pun orangnya baik serta ahli keluarga saya semuanya tak memandang pun harga tinggi2 ni. insya Allah mas kahwin kita nanti pun murah. hantaran kita pun insya Allah murah gak. hehe~

berbalik kepada point asal, sebenarnya saya terasa sebab masa saya tengok gambar ni orang dok share2 kat facebook, majoriti yang komen akan cakap, "bapak mahal orang Selangor!" atau "nak ada kategori pulak" atau "baik kahwin dengan orang negeri lain" dan sedih sekali "nasib baik tak jadi dengan orang Selangor"...wah... kenegerian betul.

tapi iman bukan dinilai dengan negeri mana. di mana bumi dipijak, disitu Islam kujunjung! cuma mungkin belum rezeki saya lagi untuk hidup di daerah yang menjadikan Islam sebagai cara hidup yang utama secara syumul.

p/s: apasal emo sangat kak? haha~chill la wei. saje je. jom jadikan kahwin itu urusan yang mudah dan tidak merumitkan =)

2 respons terhadap bicara saya:

farizaat said... [balas komen ini~]

Knp terasa 'Afifah?paling tinggi bndg negeri lain,seronok....~~~~~ hehe mmg mas kahwinkena yg tidakmembebankn..tp 300 ok la kot..rs cm murah pn ade jgk..errr. hehe

dr 'afifah said... [balas komen ini~]

@aa.fariza

haha~terasa part org yg komen kt facebook tu la..semua mcm melabelkn org Selangor ni demand la..hari tu borak dgn kwn2 kt umah pun diorg ckp cmtu..huhu~

tp baik la die tetapkn drpd xtetap..nnt bnyk pulak mintak..haha~bnyk bebel lak kt sini