Sunday, March 4, 2012

saya dan maahad

salam~

saya asyik cerita pasal Tamhidi je. eceh...macam la best sangat Tamhidi tu. best la. kan saya dah pernah cakap yang zaman Tamhidi ialah zaman kedua paling best selepas zaman sekolah. tapi tak best la kalau asyik cerita benda yang sama je kan. 

saya dan SMKA Maahad Hamidiah. saya masuk sekolah ni masa form 3. sebelum tu saya sekolah kat SMKA Pedas aka SMKA Dato' Abu Hassan (ye ke..dah tukar nama tahun lepas) sampai form 2. sebelum masuk Maahad, saya sangat tak suka kena pindah. alasan mak ayah saya pindahkan saya ke Maahad ialah supaya saya lebih dekat dengan mereka berbanding menghantar saya ke sekolah yang jauh di Rembau tu. saya memberontak sepanjang tahun pertama saya pindah ke Maahad. saya nekad nak belajar sungguh2 supaya saya boleh dapat 9A dan keluar dari Maahad, masuk SBP dengan harapan mak ayah saya faham yang saya tak suka duduk Maahad.

tapi tu masa mula2 masuk. lama2 saya dapat sesuaikan diri dengan kawan2, dengan cara hidup kat Maahad (lain rasanya sekolah area pekan dengan sekolah area bandar..haha~jahat) dan saya dah dapat kawan baru =) mula2 saya kenal dengan Azuar sebab dia punya dorm sebelah dorm saya. lepastu tak sangka pulak boleh rapat dengan Yasmeen padahal dorm dia bawah dorm saya dan kelas dia atas kelas saya. terima kasih ya Allah. lepastu dapat ramai lagi kawan yang best2 (serius, semua orang best walaupun kita semua ada banyak kekurangan), ceria, meriah dan banyak cakap serta suka berkongsi macam2 perkara. best sangat masa from 3 kat Maahad dulu.

naik form 4, saya dapat tawaran ke SBPI Temerloh. tapi masa tu saya rasa tak nak pergi. saya ingat lagi Salwa ke Hajar yang tanya saya, "kenapa tak nak pergi? dah sayang Maahad eh?" haha~memang pun. sayang sangat. sayang kat kawan2 la yang sebenarnya dan environment yang best. form 4 paling best sebab masa ni kitorang ada buat drama BI (based on short story in English Literature that we learned at that time), lepastu organise EDI (Ekspo Dunia Islam) di mana masa tu saya jadi AJK Pameran dan first time cakap dengan lelaki (saya sangat susah nak bercakap dengan lelaki zaman sekolah dulu), pergi Kem Remaja Islam (KRIS) under UBK (Unit Bimbingan dan Kaunseling) kat Sg. Congkak, lepastu ada majlis berbuka puasa dengan Kementerian Pelajaran ke amende ntah tapi yang pasti masa ni masjid An-Nur memang sangat cantiklah. dengan pelita bagai2. serius lawa. rasa macam nak main bunga api je time tu. lepastu ada program Srikandi. program ni acara tahunan untuk pelajar asrama perempuan sahaja. yang lelaki punya namanya Intermeso. kitorang boleh tengok acara penutup yang lelaki punya tapi lelaki tak boleh tengok langsung yang kitorang punya. haha~sangat best waktu from 4.

bila naik form 5 cuak sikit sebab dah nak SPM tapi dalam masa sama sedih sebab dah nak habis zaman sekolah. lepas ni dah jadi budak besar, banyak benda nak kena fikir. kalau zaman sekolah tak payah pening2 nak fikir nak pakai baju apa hari tu sebab uniform sekolah satu warna tu je la. eh, tak. saya ada dua sebab saya jadi pengawas dulu. haha~berterus-terang je la pah. pernah ada sekali tu bertukar warna dengan kawan yang jadi Exco. nasib baik time tu GPK HEM tak nampak n tak kena tahan oleh cikgu lain (untuk perhatian: GPK HEM kenal baik mak ayah saya..haha). mungkin sebab masa tu dah hujung tahun, dah nak SPM jadi tak perasan sangat kot. ceh, nak exam pun sempat buat jahat. from 5 best sebab jadi senior (memegang kuasa walaupun ada upper 6 n lower 6 kat atas. tapi selagi Ketua Umum ialah batch sendiri, itu kira berkuasa la kan) tapi tak banyak buat program sangat. hehe~saya rasalah. tapi tahun ni takut gak sebab banyak kali terjadi histeria (entah ye entah tak budak2 tu). meh sini nak cerita.

malam tu form 5 blok saya (MN) ada tuisyen Kimia (ke Fizik entah). penat tau hari tu. balik je kelas ramai yang pegi DM sebab lapar. saya n beberapa orang kawan yang tak pegi makan duduk kat bilik study. diorang je la yang duduk. saya terlentang kat tengah2 tu sebab letih sangat. tiba2 ada beberapa budak form 2 lari2 datang kat bilik study kitorang mintak kitorang pegi masjid sebab ada kawan diorang histeria. kitorang yang tinggal pun cepat2 siap pergi masjid n sempat pesan kat kawan2 lain untuk menyusul pergi lepastu. haha~gaya macam apa je. semua student naik dorm awal n mengaji. kat masjid memang kecoh jugaklah. ganas seyh budak yang 'histeria' tu. kitorang tengok sendiri dia lari2 la, dia tumbuk budak lelaki batch dia yang mengaji nak bagi dia tenang la, tudung pun dah serabai, ustazah pujuk pun tak makan gak. ustaz dengan budak lelaki batch kitorang pun ada sekali. macam berjangkit pun ada jugak. memang kecoh la suasana kat masjid tu. lepastu balik asrama, tak terus masuk dorm, masuk kat bilik study dulu. baca ayat Kursi ramai2 sampai tertidur n bila keadaan dah reda barulah naik dorm n tidur.

lepastu ada je lagi beberapa siri histeria berlaku. yang berlaku waktu tengahari la, hari Jumaat la. sekarang tak tahulah ada lagi terjadi ke tak. dah lama tak ziarah Maahad. dengar2nya pun Maahad dah naik taraf jadi sekolah Kluster. harapnya bila dah jadi kluster ni jadi makin cemerlang la student2 Maahad sekalian ye.

oh, rindu sangat kat zaman sekolah di Maahad. panjangnya cerita hari ni. malam tadi baru balik dari UIA Kuantan. ada Dental Students Intervarsity Sports Carnival. penat dan hari ni nak rest cukup2.

sebelum berakhir, jom ikut nyanyi lagu Maahad Cemerlang berduet dengan Mirwana. hehe~homework Cikgu Hassan dah siap belum? eh, cikgu Hassan ada lagi tak? huhu~


sekian, terima kasih =)

2 respons terhadap bicara saya:

_aLiaHwaFa_ said... [balas komen ini~]

btw aku teringat kau nangis time dengar lagu kenangan bersama(kot) nyanyian shila amzah kat bilik study. k nyanyian so skema. k lagi, aku pun nangis jugak sebenarnya. k lagi, bye. haha

Nur Atiqah Mohd Zaki said... [balas komen ini~]

Serius bila ko citer balik bnde nie.. secara automatik air mata jatuh dekat pipi.. rindu maahad dan rindu semuanya termasuk kawan2..