Monday, July 1, 2013

nah! nak sangat burger bakar abg burn kan?


Assalamu'alaikum =)

majoriti rakyat Malaysia hari ni dah tak kisah dah pasal burger yang dah femes sejak sekian lama dulu. saya je yang baru pergi dan makan burger ni. espesiali nya makan meatball dia la.

sebenarnya dah lama plan nak makan sini. siap buat list lagi dengan kawan2 nanti nak makan sini la, nak pergi moon's kitchen la, makan tu, makan ni. makan aje kerjanya kan. terima kasih kepada JPA atas tajaan makanan2 tersebut dengan ucapan, bila nak masuk elaun sem baru? eheh~

makanya, saya dengan 7 orang kawan pun dengan berani matinya tak tau jalan redah je naik teksi pergi jajahan Abang Burn yang dekat Taman Dagang tu. seperti yang diceritakan orang sebelum ni, memang servisnya memuaskan serta makanannya mengenyangkan. alhamdulillah. Allah yang bagi rasa kenyang. kalau tak mahu tambah lagi sebijik burger tu.

mine~tengok saiz pun tau dah mengahnya nak habiskan

the meatballs

beli dua ni je. meatball tu pun kongsi dengan kawan. selain dapat menjimatkan wang, juga dapat mengeratkan silaturrahim.

so, macam mana? seronok tak? seronok =D memang sedap dan seperti kata fatin liyana dalam blog beliau, jika anda masih lagi menjadi pelanggan McD, jangan ragu2 lagi untuk memboikot mereka dan berhenti membeli produk mereka yang memang sah2 menyumbang kepada keganasan terhadap saudara seIslam kita di Palestin. jangan nak kata takde alternatif, burger bakar ni bukan satu alternatif ke? yang saya perasan, produk tempatan kita kalau berkaitan western, kalau pandai buat tu memang sedap betul. serius lagi sedap daripada produk francais yang harga je mahal tapi rasa takdelah sedap mana pun. best lagi Moon's Kitchen. cumanya nasihat saya kepada pengusaha tempatan dalam bidang ni, teruskan istiqamah dalam ikhlas berniaga makanan yang halal dan janganlah sekali-kali wujud perasaan tak baik. kalau tak, itu yang Allah uji tu.

apa pun, semoga produk macam ni terus maju! yeay! 

dah kenapa pulak nak yeay.

oh, pesanan penaja. kalau nak pergi sini, better la naik kereta sendiri. susah naik teksi dan nak dapat teksi balik. contohnya kitorang yang jalan sampai ke simpang UO semata-mata nak dapat teksi =P haha~

selamat mengulangkaji!!!

0 respons terhadap bicara saya: