Wednesday, July 3, 2013

saya nak main jugak apa yang Running Man main!!

Assalamu'alaikum =)

dia ni kan, kata tengah study week tapi blognya berupdate macam setiap hari je. haha~stress tau tak menghadap nota tu je. sampai sekarang satu subjek pun tak habis2 lagi. disebabkan nak lepas lelah kejap, makanya koleksi Running Man pun jadi tontonan. bagus sangat dah hafal banyak2 pastu gelak sakan tengok Running Man. sabar jelah.

apa pun, saya rasa bukan saya sorang je yang berfikiran camni. mesti ada jugak yang pernah terfikirkan? apa kata kita gi main sama nanti? haha~

1) karaoke/ buat mission kat amusement park.

contohnya macam dalam episod 149 dengan episod yang Lee Hongki, Kim Soo Ro dengan Shin Bong Sun datang tu. jugak episod yang ada tiga orang tua datang tu. dalam episod2 ni diorang karaoke sambil naik either roller coaster, viking atau cawan teh yang pusing2 tu. yang lawaknya bila diorang tak boleh nak menyanyi pun sebab penat menjerit je. tapi serius, teringin sangat nak main camni! haha~tapi kalau karaoke tu mungkin kena consider la kot. kalau main mission macam episod orang tua tu, best jugak. tapi saya baru teringat yang hari tu saya ada naik viking kat Danga Bay. naik tu berapa lama je pun dah tutup mata sambil jerit panggil mak, inikan pulak nak buat mission kan. haha~

 

2) naik flying chair

yang ni pun teringin sangat!! memanglah akan terkejut lagi2 kena campak masuk dalam air tapi bila tengok diorang main, oh...seronoknya! sebab terasa macam boleh melayang kat udara. kat Malaysia mana nak cari ea game camni? tolonglah bagitahu. saya ni bukan pernah pergi main kat tempat2 camni. serius teruja nak mencuba!

 

3) main kat water theme park.

tak ingat episod mana tapi banyak je. antara yang latest ialah masa diorang lawan team jungle2 apa entah tu. tak tau kenapa tapi bila tengok gelongsor kat situ semuanya macam adventurous sangat dan nak sangat cuba. ah, yang kat Malaysia pun tak terpergi, inikan pulak nak main yang kat Korea kan. tapi best kot!!

4) sedut helium gas pastu suara jadi comel

ni macam dalam episod 13_ (sila isi tempat kosong sebab saya tak ingat). dalam episod ni mission first diorang ialah sedut helium gas pastu beli makanan sambil kena maintain suara tu. kalau berubah ke asal sebelum sampai dengan makanan, kalah. serius nak cuba.hari tu masa dinner kawan ada cakap, trylah sedut belon helium yang diorang buat hias dewan. senget ke apa nak buat depan orang? haha~tapi sejujurnya lepastu kitorang (tak, saya je. saya yang jadi mangsa. haha!) buat jugak. tapi tak jadi pun. cis~

rasanya banyak je lagi yang teringin nak buat. tapi episodnya banyak sangat tak ingat mana satu yang nak sangat buat. in fact, semua game yang diorang main saya nak try. lagi best kalau dapat main macam episod Hunter, Yoomes Bond yang special semua tu. paling penting jugak nak main cabut2 nametag. yang ni mesti lagi best. haha~boleh tercabut tudung agaknya kalau main cabut nametag ni.

oh,walaupun saya teringin sangat nak main semua ni tapi haruslah sedar yang game2 ni boleh dimain kalau saya sorang je atau dengan orang sama jantina je ada kat situ. so, main dalam mimpi je la ye.

selamat menghabiskan baca nota! harap lepas ni tak online dah except lepas exam dah habis.



1 respons terhadap bicara saya:

theVeryNicePerson said... [balas komen ini~]
This comment has been removed by the author.