" Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan."
Monday, January 31, 2022
kenangan
Friday, January 28, 2022
Staycation @ Hilton KL
Last aku pergi staycation ialah masa kursus bridge tahun lepas, itupun aku rasa more kepada reunion dan pergi course sebab tak berjalan sangat pun. Staycation yang betul-betul aku enjoy ialah masa pergi Mandarin Oriental awal Januari tahun lepas. Maka selepas igstories staycation terbabit muncul semula di ig aku, semangat untuk pergi staycation lagi sekali pun membuak-buak.
Kali ni aku pergi Hilton KL Sentral sebab tujuan utama aku ialah nak berendam dalam bath tub sambil marathon Friends. Menurut recommendation dari kawan aku, hotel ni bath tub dia best, so aku pun cepat-cepat check harga kat Agoda. Oklah mampu milik untuk aku pergi staycation di hujung bulan sementara tunggu gaji masuk. Aku book terus sekali free breakfast. Dalam kepala dah tertanya juga mampu ke aku nak pergi breakfast sorang-sorang nanti? Siapa nak jaga meja aku? Macam mana kalau masa aku tengah melayan nafsu makan aku round setiap buffet station tu pastu tetiba waiter angkat pinggan aku sebab ingatkan dah tak nak makan? Begitu sekali tahap insecure aku 😂
Akhirnya hari yang dinantikan pun tiba. Aku saja book weekdays sebab tak nak bersesak plus kebetulan minggu ni off day aku jatuh hari weekdays. Habis je kerja, terus shoot ke hotel. Oklah dari Greenwood ni tak jauh pun dan jalan nak ke sana pun mudah je nak ikut, jem sikit je la. Tapi hati kena kental drive kat KL ni dan yang paling penting jangan lupa bagi signal.
| Haruslah selfie, banyak betul cermin kat dalam bilik ni 😂 |
| Best bilik air dia, luas dan tandasnya tersorok kat belakang sana. |
| Aku suka view KL waktu malam, cantik banyak lampu-lampu. |
| Roti canai tu dia tebar sendiri kat situ tau, makan panas-panas sedapp |
| Nasi lemak tu sedap wei sambal dia, menyesal mintak sikit je. Nak tambah lagi segan haha |
Sunday, September 19, 2021
Memanjakan Diri
Hari ni aku off day, so aku pergi spa. Since KL Selangor dah fasa 1 dan spa dah dibuka, laju-laju aku search pakej best & spa yang banyak review bagus, dalam masa yang sama comparekan harga dengan pakejnya juga. Akhirnya dapat satu, dekat je dengan rumah sewa aku ni so oklah lets give it a try 😉
![]() |
| Gambar courtesy Google. Tak dan nak snap gambar sendiri 😆 |
Wednesday, September 8, 2021
Makin Lama Makin Banyak Belajar
Dulu kan masa study, aku risau sangat aku tak dapat jadi doktor yang baik. Salah rawatan la, buat kerja lambat la, tu semua benda yang aku takut sangat terbuat.
Tapi sebenarnya jadi dentist ni bukan bermakna kau kena excellent gila dari zaman study lagi. Yang penting kau excellent. Haha~maksud aku ialah kau kena jadi doktor yang selamat, tapi skill tu akan makin develop sewaktu bekerja. Yelah time study jumpa patient banyak mana sangat pun kan.
Apa yang sangat penting, faham dan kuasai basic theory. Practical memang bila dah kerja baru kita akan tahu macam mana nak carve tampalan lawa-lawa, macam mana nak longgarkan gigi yang dah reput before cabut, macam mana nak ambil ukuran gigi palsu dalam kes sekian-sekian. Basic theory wajib tahu sebab kita memang kena tahu diagnosis. Time kerja memang boleh consult senior, tapi idea differential diagnosis kita sendiri kena ada, bukan mengharapkan orang lain diagnose untuk kita.
In fact bila aku dah masuk private ni, lagi banyak aku belajar, walaupun aku baru setahun kerja kat sini. Tapi every week mesti ada kes menarik yang buat aku rasa ya Allah seronoknya dapat belajar dan tolong patient dapatkan rawatan. Aku pernah dapat patient with odontome, dental trauma (complicated crown fracture & subluxation), gingival abscess yang surprisingly very common rupanya (tulang ikan tersangkut celah gusi ada, tulang siput sedut sangkut kat gusi pun ada, juga tak dilupakan cebisan popcorn sangkut celah gusi). Seolahnya inilah yang aku nak buat selama ni. Kerja-kerja pentadbiran memang bukan minat aku (if you know what i mean haha) so aku rasa nilah hikmah terbesar aku tak diserap tetap.
Kadang aku terkenang juga zaman study, kalaulah aku usaha lebih lagi, banyak lagi benda aku dapat belajar. Boleh grad dengan CGPA yang lebih cantik, entah kenapa makin naik tahun makin turun angkanya lol alhamdulillah la grad juga. Tapi itulah, bila aku learn the hard way, lebih mudah untuk aku retain knowledge tu.
So, if anyone who read this is still doing your diploma/degree whatever level it is, do not give up. Belajar mana ada yang mudah. Korang memang akan belajar lebih banyak waktu bekerja nanti. Teruskan usaha sedaya upaya menghadam segala teori, supaya bila bekerja korang tahu apa dan bagaimana nak apply. Banyak pahala kita berjuang mencari ilmu ni tau. Makin banyak ilmu kita dapat, makin banyak kita dapat bagi manfaat kepada masyarakat, insha Allah akan makin murah rezeki kita nanti.
Tuesday, September 7, 2021
Kisah Umrah
Aku saja nak share sebab aku rindu gila Mekah dan Madinah 😢 entah bila nak ada rezeki lagi dapat ke sana. Boleh tak nak keluarkan kwsp untuk pergi umrah once border dah bukak nanti 👉👈
By the way aku pergi umrah ni dengan 2 orang adik perempuan & sorang adik lelaki. Patut pergi beramai-ramai dengan makcik aku & nenek aku tapi sebab kitorang berempat ada jadual kerja & kuliah masing-masing, maka kitorang berempat pergi masa November 2019.
Best weii! Kitorang pergi Madinah dulu baru Mekah. Hotel kat Madinah sangat dekat dengan Masjid Nabawi dan sepanjang kat sana, of courselah setiap waktu kitorang usahakan berjemaah kat bahagian dalam. Actually kan, rasa nak nangis bila teringat ni sebab beberapa bulan lepastu Covid, langsung dah takde berjemaah kat masjid dah sampai hari ni 😢 yelah memang aku dah fully vaccinated tapi sekarang still terhad kan so dah lama gila tak merasa solat jemaah kat masjid.
Anyway aku share gambar je, malas nak cerita banyak-banyak haha~tips-tips ke apa nanti kalau rajin baru aku buat post lagi. Sekarang nak meraikan kerinduan kat Haramain je dulu huu
![]() |
| Ni masa baru mendarat kat airport Madinah |
![]() |
| Aku salah susun gambar sebenarnya. Pun boleh layan Frozen dalam flight haha~ |
![]() |
| Masjid Nabawi 💕 sangat tenang, sejuk dan aku tak tau macam mana nak describe seronoknya kat sini |
![]() |
| Langit kat Madinah macam dalam lukisan, sangat cantik |
![]() |
| Ni waktu lepas Subuh, bumbung dia ada yang boleh terbuka, sejuk angin Subuh menyapa. Oh ye time ni tengah tunggu diorang buka pintu Raudhah. |
![]() |
| Alhamdulillah dapat masuk Raudhah. |
![]() |
| Seronok, sayu dan terharu dapat tengok sendiri Kaabah depan mata |
![]() |
| Dalam Masjidil Haram tingkat atas |
![]() |
| Ustaz yang guide kitorang. Apa entah term dia, aku tak ingat haha. Comel kan dia bawak bunga tu so kalau kitorang lost, senang nak cari dia. |











